SHANGHAI, 30 September 2016 /PRNewswire/ -- UnionPay International hari ini mengumumkan QUNR, KingPower Duty Free dan lima lagi jenama gedung terkenal yang merupakan subordinat kepada Singapore Valiram Group telah menyertai platform pemasaran rentas sempadannya. Pelanggan boleh mendapatkan kupon eksklusif menerusi telefon mudah alih dan menikmati diskaun tertinggi yang disediakan oleh peniaga yang mengambil bahagian. Platform kini meliputi kira-kira 300 gedung di seluruh Hong Kong dan Asia Tenggara dan akan diperluas ke AS, Australia dan Jepun pada tahun ini, yang bakal menjadikan platform ini mempunyai kira-kira 1,000 gedung yang mengambil bahagian.
Perkembangan pesat platform pemasaran rentas sempadan ini dijayakan oleh rangkaian meluas UnionPay merentasi 160 negara dan rantau, selain banyak keistimewaan yang diberikan apabila kad mereka digunakan. Kad UnionPay memenuhi keperluan pembayaran pelanggan yang berbeza-beza, bermula dengan penempahan tiket kapal terbang dan hotel, mengeluarkan wang tunai di ATM, berbelanja di gedung-gedung perniagaan, menaiki kenderaan awam dan teksi, serta menuntut bayaran balik cukai. Kini sistem perkhidmatan pengguna rentas sempadan UnionPay sudah tersedia sepenuhnya.
Dalam membina sistem ini, UnionPay International telah melancarkan program keistimewaan global bagi memperkayakan perkhidmatannya, termasuk dua pada tahun ini yang menampilkan "100 kedai bebas cukai di lapangan terbang" dan "50 destinasi pengembaraan pilihan". Kira-kira 100 buah kedai bebas cukai di lebih 70 lapangan terbang menawarkan hingga 10% diskaun untuk pemegang kad UnionPay. Di 50 destinasi pengembaraan terpilih, lebih 300 perniagaan menyediakan sehingga 15% diskaun bagi pemegang kad UnionPay. Program keistimewaan "50 daerah komersial utama" juga bakal dilaksanakan tidak lama lagi.
Dengan tiga program keistimewaan ini, platform pemasaran baharu UnionPay International menawarkan perkhidmatan pengguna rentas sempadan yang lebih tepat. Selaku platform pemasaran rentas sempadan terbuka pertama di dunia yang dilancarkan oleh skim kad bank, ia merealisasikan peletakan pemasaran yang tepat dan diskaun serta merta. Sejak pelancarannya pada bulan Julai, beratus-ratus ribu kupon sudah dimuat turun, dan bilangan urusniaga kad UnionPay di kedai-kedai yang mengambil bahagian pantas meningkat tinggi.
Kedai-kedai yang mengambil bahagian kini termasuk: Sasa, Prince Jewellery & Watch, LUKFOOK, ISA Boutique, KingPower Duty Free dan semua kedai Michael Kors, Victoria Secrets, Kate Spade, TUMI dan Bath&Body Works yang merupakan subordinat kepada Singapore Valiram Group.
Para pelanggan boleh menikmati tawaran eksklusif ini menerusi dua cara. Pertama, muat turun kupon kod QR menerusi APP UPI, BOC atau CMBC. Kedua, gunakan APP CYTS, Ctrip, Spring Airlines atau QUNR untuk menempah tiket penerbangan atau hotel untuk mendapatkan kupon. Pelanggan boleh menunjukkan kupon dan membayar dengan kad UnionPay di kedai-kedai yang mengambil bahagian dan menikmati diskaun dengan serta merta.