omniture

Mahindra Comviva Lancarkan Kupon Fleksibel MobiLytix untuk Pengendali

Mahindra Comviva
2016-10-01 00:53 674

NEW DELHI, 1 October, 2016 /PRNewswire/ --

Membolehkan Cadangan Tawaran Terbaik kepada Pelanggan bagi Sistem Imbuh berasaskan Kertas 

Mahindra Comviva, peneraju global dalam menyediakan penyelesaian mobiliti, hari ini mengumumkan pelancaran Kupon Fleksibel MobiLytixTM, satu alat pengurusan dinamik yang membolehkan pelanggan memilih tawaran terbuka dan bersegmen yang tersedia pad a satu titik harga dalam pasaran kad gores yang besar.

     (Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130626/625127 )

Menyasarkan untuk mempermudahkan proses imbuh yang kompleks menerusi baucer, Kupon Fleksibel MobiLytixTM  merupakan satu tawaran unik untuk menangani semua cabaran imbuh tradisional yang dihadapi oleh penjual dan pelanggan serta memperkasakan mereka dengan kemudahan 'satu harga berbilang faedah' dengan enjin cadangan tawaran terbaiknya. 

Berucap di pelancaran tersebut Amit Sanyal, Ketua Perniagaan, Penyelesaian Nilai Pelanggan di Mahindra Comviva berkata, "Dalam kebanyakan negara termasuk negara Timur Tengah dan Afrika, imbuh berasaskan baucer merupakan cara yang paling digemari untuk mengimbuh perkhidmatan mudah alih prabayar. Oleh kerana ketiadaan tawaran fleksibel pada kad gores, ia menghadkan peranan pelanggan dan hal ini menjadi cabaran buat penjual dan pengendali.  Dengan mengambil kira dinamika pasaran, kami memperkenalkan Kupon Fleksibel MobiLytixTM untuk memudahkan penyelesaian imbuh pelanggan dan memperkukuh perniagaan pengendali untuk mengurangkan kos jualan dan agihan serta meningkatkan kesetiaan pelanggan."  

"Kupon Fleksibel MobiLytixTM Mahindra Comviva bakal menyokong penjual dan pengendali, dengan menyediakan produk yang menarik perhatian dengan tarikan pasaran yang kuat," tambah beliau.

Kupon Fleksibel MobiLytixTM menawarkan peluang untuk meneroka pelbagai pilihan yang tersedia pada titik harga khusus yang digabungkan dengan mata kesetiaan lain yang mungkin juga turut tersedia. Pelanggan perlu membeli Baucer Kad Gores dengan nilai yang ditetapkan dan mendail kod baucer, kemudian memeriksa mata kesetiaan mereka dan membuat pilihan imbuh daripada pilihan yang tersedia. Selepas memilih kod produk, mata kesetiaan pelanggan akan diperuntuk dan beliau akan menerima ID pelanggan di akhir proses imbuhan tersebut. Peralihan daripada 'satu kepada satu' kepada 'satu kepada banyak' merupakan transformasi sebenar yang membawa pelanggan kepada pengalaman perkhidmatan ke tahap seterusnya, yang diupayakan oleh Mahindra Comviva.

Kupon ini juga memudahkan penjual kerana ia tidak memerlukan penjual menyimpan stok SKU berbilang untuk menawarkan pilihan imbuh berbilang. Ini dapat membantu penjual mengurangkan masa pusing balik. Selain itu, ia membantu dalam mengekalkan pelanggan dan meningkatkan kesetiaan menerusi penglibatan tinggi pelanggan ketika proses pembelian.

Sila Hubungi:
Sundeep Mehta
Mahindra Comviva
Emel: pr@mahindracomviva.com

Source: Mahindra Comviva
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services New products/services