omniture

Generasi Baharu Produk Dlodlo VR Boleh Pakai 88g Dlodlo V1 Mulakan Penyumberan Ramai

Shenzhen DLODLO Technologies Co.,Ltd
2016-10-01 04:47 537

NEW YORK, 1 Oktober 2016 /PRNewswire/ -- Dlodlo V1, fon kepala VR boleh pakai pertama di dunia yang kelihatan seperti cermin mata hitam sebenar dibangunkan oleh Dlodlo, bersedia untuk melancarkan penyumberan ramai pada 28 September di Kickstarter dengan sasaran USD 200,000 dalam tempoh 40 hari, menawarkan harga nilai kepada pelanggan pada harga USD 559.

Kecil, ringan, bergaya dan tahan lasak, Dlodlo V1 menarik perhatian ramai di acara pelancarannya pada 8 Ogos di New York kerana penemuan-penemuan baharu teknologi yang ditawarkannya.  Ini termasuk ciri unik berikut:

  • Selesa, reka bentuk bergaya dengan berat hanya 88g dan kaca 16mm
  • Resolusi 2400 x 1200 dan kadar sedar semula 90Hz 
  • 105 darjah bidang pandangan 
  • Pengurangan rasa pening dengan meminimumkan kebanyakan penangguhan dinamik menerusi algoritma ramalan Dlodlo yang dibangunkan sendiri. 

Menerusi teknologi ini, Dlodlo V1 mengurangkan penangguhan dinamik untuk mengurangkan rasa pening apabila pengguna memakai kaca mata. Selain itu, ia boleh membetulkan herotan secara automatik untuk meningkatkan pengalaman pengguna dengan kandungan visual.  Dlodlo juga turut memasang tetapan khas yang dilaraskan kepada keperluan pengguna rabun jauh agar pemakai cermin mata biasa tidak perlu memakai cermin mata korektif tambahan.

"Dlodlo V1 merupakan penemuan ulung dalam pembangunan peralatan VR Dlodlo, dan merupakan langkah penting dalam memperkenalkan peralatan VR kepada orang ramai," kata Li Gang, Ketua Pegawai Eksekutif Dlodlo. "Ia lebih kecil, lebih pintar, lebih menarik dan menawarkan pengalaman yang lebih baik berbanding produk VR lain dalam pasaran.  Kami telah membuat kemajuan dalam setiap bahagian bermula dengan optik dan elektronik kepada bahan dan struktur."

Dlodlo kini mempunyai empat barisan produk merentasi siri H, A, V dan Xnya. Model utama termasuk edisi terhad Dlodlo Glass H1, versi dipertingkat Dlodlo H2, Dlodlo A1 (untuk iPhone), Dlodlo V1, Dlodlo X1 semua-dalam-satu dan juga hos luar yang bebas D1.

Dalam usaha meluaskan rangkaian produknya, Dlodlo bukan sahaja mereka dan membangunkan cermin mata VR boleh pakai, malah turut mempromosi kandungan berkaitan VR, seperti video, permainan dan aplikasi yang serasi dengan perkakasan Dlodlo. Platform kandungan syarikat kini menstrim 658 video, termasuk wayang 139 3D dan 519 klip panorama VR. Platform ini juga memperkenalkan 76 sukan bebas, aksi pengembaraan dan permainan jaringan seperti Basketball, Deep Space Battle dan Lamper.

"Cermin mata V1 hanyalah satu permulaan," kata Li. "Langkah seterusnya strategi produk kami tidak terhad kepada penghasilan perkakasan, tetapi menawarkan kandungan yang menggalakkan perkongsian. Kami mahu lebih ramai orang menikmati pengalaman realiti maya terunggul pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja, dan dengan barangan seperti cermin mata pintar yang disokong oleh perkakasan, perisian, aplikasi, platform dan komuniti, kita boleh membina Dunia Dlodlo sebenar."

Untuk maklumat lanjut, sila lawati: https://www.kickstarter.com/projects/203407287/dlodlo-v1-opening-a-new-world-of-vr atau http://www.dlodlo.com/en

Latar Belakang Dlodlo

Dlodlo ialah syarikat teknologi Cina yang mengkhusus dalam rekaan dan pembangunan cermin mata dan platform VR sejak 2013, dan kini mempunyai empat barisan produk merentasi siri H, A, V dan X. Syarikat ini mengkhusus dalam mencipta eko-sistem VR untuk menyampaikan kuantiti video, permainan dan kandungan aplikasi yang besar.  Dlodlo kini mempunyai lebih daripada 100 kakitangan di pejabat di China, AS dan Jepun.

Source: Shenzhen DLODLO Technologies Co.,Ltd
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Internet Technology New products/services