omniture

Wissmann: IAA Melangkaui Jangkaan Kami

German Association of the Automotive Industry (VDA)
2016-10-03 08:22 792

HANOVER, Jerman, 3 Oktober 2016 / PRNewswire/ -- Pernyataan disampaikan oleh Matthias Wissmann, Presiden Persatuan Industri Automotif Jerman (VDA), di sidang media IAA yang terakhir pada Khamis, 29 September 2016, 12.30 tengahari, Pusat Konvensyen, tapak pameran Hannover

Pameran dagangan terkemuka dunia semakin bersifat antarabangsa – pengunjung bertambah walaupun jumlah hari semakin kurang – 332 pameran perdana dunia – pendigitan, mobiliti elektrik dan logistik bandar adalah trend mega.

Slogan bagi IAA kali ini – "Pacuan idea" – benar-benar direalisasikan di sini, pameran dagangan terpenting di dunia bagi kenderaan, logistik dan mobiliti. IAA kali ini bercirikan sebuah dinamisme unik dan tampak lebih jauh kehadapan. Di sini, di Hannover, masa hadapan menjadi sebuah realiti yang boleh digapai. Keseluruhan industri kenderaan komersial mempamerkan kepada pengunjung IAA usaha mereka terhadap inovasi, kreativiti, dan semangat perintis mereka. Ciri-ciri ini dipaparkan oleh 332 pameran perdana dunia dan lebih 100 pameran perdana Eropah. IAA kali ini adalah lebih bercirikan pameran dagangan oleh para pembuat keputusan, dan ianya semakin lebih bersifat antarabangsa berbanding sebelumnya.

Tiga topik utama yang telah mendominasi IAA kali ini: mobiliti elektrik, pendigitan dan logistik bandar

Mobiliti elektrik: Hampir kesemua pengeluar bas dan van bandar memiliki model elektrik dan hibrid dalam portfolio mereka. Sesetengah kenderaan ini sudahpun berada di jalan raya, dan semakin banyak lagi akan muncul dalam masa terdekat. Ini bermakna bahawa di pekan-pekan dan bandar-bandar, kebarangkalian untuk mobiliti emisi sifar boleh diwujudkan, dan bas serta van akan menjadi senyap seakan berbisik. Dalam terma sederhana, ia juga akan digunapakai bagi trak berat untuk pengedaran tempatan. Ini akan mengenengahkan kualiti hidup yang baharu kepada kawasan-kawasan bandar kita.

Pendigitan: Ini adalah pemacu inovasi yang paling kukuh dan menyeluruh. Sambungan dan automasi pada kenderaan komersial melangkaui sistem-sistem bantuan yang telah kita saksikan setakat ini.

Sebagai satu contoh: trak yang dirangkaikan secara elektronik dan disambungkan secara digital di atas jalan raya dan laluan jarak jauh yang lain – yang kita gelar sebagai "platooning" (platun) – boleh mengurangkan penggunaan bahan bakar dan emisi CO2 pada kadar yang tinggi. Pada masa yang sama, platun meningkatkan tahap keselamatan kerana tiada lagi "saat kejutan" dan sistem elektronik yang disambungkan bertindakbalas serta merta. Untuk para pemandu trak jarah jauh, rangkaian sambungan ini mempunyai kelebihan tambahan yang membolehkan mereka menempah parkir kosong secara digital.

Logistik bandar: Pendigitan menawarkan peningkatan yang besar di pekan dan bandar: lebih keselamatan, keberkesanan yang lebih hebat, dan kualiti hidup yang lebih baik. Kamera dan alat pengesan menyeluruh pada kenderaan digunapakai supaya "titik buta" dan bahaya-bahaya yang berkaitan dengannya tidak lagi menjadi suatu isu. Barangan akan dibekalkan mengikut permintaan, secara individu dan tepat pada masanya. Untuk pekan-pekan dan bandar-bandar, ianya masih lagi suatu visi, tetapi ianya sudah dapat dilakukan untuk destinasi-destinasi di kawasan pedalaman atau di pergunungan: van itu dibantu oleh dron penghantaran yang bergerak pergi dan terbang ke pintu yang dituju. Di sini, di IAA kami mendemonstrasikannya kepada pengunjung secara langsung di hadapan Dewan 19.

Ketiga-tiga mega trend ini akan memberi impak sepenuhnya kepada kawasan bandar secara khususnya. Untuk komuniti di sana, ia bermakna mobiliti dan logistik bandar akan mendapat manfaat hasil daripada keberkesanan, keselamatan dan keselesaan yang semakin dipertingkat.

Di logistik Dunia Mobiliti Baharu, kami telah membincangkan topik-topik ini di pelbagai persidangan, di pentas SIARAN LANGSUNG di tapak terbuka, sewaktu Lawatan Berpandu dan ketika pandu cuba kenderaan elektrik di tapak pameran – jadi ia sudah boleh dialami. Para pengunjung IAA telah dapat menyelami dunia mobiliti dan logistik yang baharu ini dan mengalaminya secara terus. Ini juga merupakan sebahagian daripada daya tarikan di IAA, dan kami sedang membangunkannya untuk menjadi sebuah acara dan bukan sekadar bahan pameran.

IAA adalah satu-satunya tempat di mana keseluruhan rantaian penciptaan-nilai untuk kenderaan komersial boleh disaksikan. Ini membezakan kami dengan semua pameran dagangan automotif yang lain. Para pembekal diwakili dengan baik: separuh daripada 2,013 pempamer berada dalam kumpulan pengeluar ini. Mereka mewakili sebahagian besar bagi pameran perdana dunia IAA: 72 peratus (239) daripada 332 pameran perdana dunia adalah daripada syarikat pembekal, kebanyakannya terdiri daripada mereka yang terlibat dengan mobiliti elektrik dan pendigitan. Pembekal juga merupakan pempamer terbanyak bagi pameran perdana Eropah (71 peratus).

Para pengeluar treler dan badan treler juga begitu menonjol dengan banyak inovasi mereka. Pengunjung boleh mengalami "secara dekat" penekanan mereka terhadap penciptaan nilai yang makin bertambah, daripada rangkaian kuasa alternatif kepada perkhidmatan baharu, pada masa yang sama, halangan-halangan lama antara pembekal dan pengeluar semakin berubah dengan bermulanya pendigitan dan model-model perniagaan baharu.

Bas-bas terutamanya amat banyak dipamerkan pada IAA kali ini. Bukanlah satu kebetulan apabila empat daripada lima calon untuk anugerah "Bas Terbaik Tahunan" adalah bas-bas dengan pacuan elektrik. Trendnya jelas ke arah sektor yang lebih bercirikan elektrik. Itu adalah hakikatnya walaupun bas sudah menjadi juara mutlak CO2.

IAA telah menjadi lebih antarabangsa lagi. Perkadaran pempamer asing meningkat kepada 61 peratus (59 peratus pada 2014). Bilangan negara yang membuat pameran turut meningkat kepada 52 (45 pada 2014). Lima negara yang paling banyak diwakili adalah China (dengan 229 pempamer), Itali (145), Belanda (121), Turki (92) dan Perancis (85). Lebih daripada satu pertiga pempamer berasal dari Eropah (tidak termasuk Jerman), dan satu perlima datang dari Asia.

Kami gembira dengan minat pengunjung yang sungguh tinggi, dari segi kualiti dan kuantiti. Bilangan pengunjung tidak dapat dibandingkan secara terus, kerana pada tahun ini, IAA 2016 berlangsung selama sembilan hari, manakala pada 2014 ia berlangsung selama 10 hari. Kali ini, kami bermula dengan bilangan siding-sidang media yang jauh lebih tinggi, tetapi lewat sehari. Tetapi purata bilangan pengunjung yang hadir ke IAA setiap hari adalah lebih tinggi berbanding dua tahun lalu. Kami sangat gembira merekodkan sebanyak 245,000 orang pengunjung, yang merupakan suatu hasil yang, sangat, sangat baik. Dan ini bermakna – walaupun dengan pameran yang lebih singkat – kami telah melangkaui bilangan pada tahun 2014.

Para pempamer kami telah melaporkan rasa puas hati mereka terhadap kualiti pengunjung dan perbincangan intensif mereka dengan pelanggan. Kenderaan Komersial IAA telah membangun dengan lebih kukuh ke arah sebuah pesta dagangan pembuat-keputusan yang professional. Perkadaran pengunjung dagangan telah meningkat kepada 86 peratus (84 peratus pada 2014). Lapan daripada 10 pengunjung dagangan adalah pembuat-keputusan, dan di kalangan pengunjung dagangan asing, perkadarannya adalah 9 daripada 10. Para pengurus kebangsaan dan antarabangsa dalam industri ini semuanya mengetahui bahawa Kenderaan Komersial IAA adalah suatu kemestian bagi perniagaan mereka, sebagaimana yang didedahkan oleh bancian wakil pelawat kami.

Perkara yang dicapai dengan para pempamer turut sama dicapai dengan pengunjung dagangan. Mereka semakin bersifat antarabangsa. Setiap seorang daripada 3 pengunjung dagangan datang dari luar negara (29 peratus pada 2014), dan pada hari-hari terbaik, angka itu mencecah setinggi 43 peratus. Kebanyakan dari pengunjung dagangan asing berasal dari China, diikuti oleh Belanda dan Poland.

Terdapat lebih banyak lagi berita baik: Pengunjung IAA lebih bersedia untuk membuat pelaburan setelah mengunjungi pameran itu – dan perkadarannya lebih tinggi berbanding dua tahun lalu: 60 peratus dari pengunjung dagangan dengan pengaruh terhadap keputusan pembelian, merancang untuk membuat pelaburan dalam bidang kenderaan komersial, dalam tempoh enam hingga 12 bulan akan datang (56 peratus pada 2014). Lebih separuh daripada pengunjung dagangan menggunakan kunjungan mereka ke pameran itu untuk merancang pelaburan mereka, dan di kalangan tetamu asing, angkanya adalah lebih tinggi (68 peratus). Sesetengah pengunjung IAA sangat berminat untuk mengambil keputusan sewaktu pameran itu. Sesetengah pempamer membunyikan loceng di tempat mereka setiap kali perjanjian pembelian dimeterai, seringkali bunyi loceng kedengaran beberapa kali dalam setiap jam.

Ini menunjukkan bahawa IAA adalah pameran dagangan pembuat-keputusan dan mencapai kumpulan sasar yang tepat. IAA adalah platform unik untuk perhubungan pelanggan yang cemerlang. Dan para pengunjung bertemu pempamer pakar yang sangat professional di pameran itu.

Tambahan pula, IAA adalah persidangan utama dengan 27 acara khusus dengan jumlah sekitar 4,400 peserta. Saya ingin sebutkan di sini sebagai contohnya, persidangan CarIT, dua acara klasik IAA berkaitan barangan berbahaya dan penyimpanan selamat muatan, serta persidangan baharu di logistik Dunia Mobiliti Baharu termasuk Logistik Dronemaster dan "Lab 16 – Perniagaan baharu bertemu Industri". Melalui Lab 16 secara khususnya kami telah mencipta satu format acara baharu di mana perniagaan baharu dan industri dapat bertemu dan menghasilkan idea pintar baharu. Lab itu turut diiringi dengan "hackathon" 24 jam, di mana para pelajar berusaha dalam tekanan hebat untuk menghasilkan penyelesaian IT kreatif untuk sebuah pengeluar kenderaan komersial Jerman.

Dengan program ini dan penceramah berkedudukan tinggi, pilihan topik-topik kami juga sangat bertepatan dengan sasaran, sebagaimana yang ditunjukkan oleh sebilangan besar peserta. Lawatan jalan kaki yang banyak dilaksanakan untuk para VIP – termasuk Pesuruhjaya Eropah Guenther Oettinger, Menteri Pengangkutan Wilayah Alexander Dobrindt, dan ahli-ahli Parlimen Eropah dan Bundestag Jerman – mendedahkan minat yang tinggi terhadap mobiliti elektrik dan sambungan khususnya.

Selain itu, pandu uji kenderaan elektrik dan konvensional yang banyak dilaksanakan, aktiviti-aktiviti kami untuk mempromosikan generasi akan datang, dan banyak pameran istimewa juga merupakan sebahagian daripada konsep keseluruhan pesta dagangan yang terkemuka ini.

Secara ringkasnya, IAA kali ini adalah juga sebuah persidangan mobiliti antarabangsa yang besar, dengan sebuah program tindakan yang menarik dan sebuah platform komunikasi efisien yang dapat mengurangkan sebilangan lawatan-lawatan perniagaan, sebagaimana yang diperakui oleh para pempamer kami.

Lebih dari 2,100 wartawan dari 58 buah negara telah diakreditasi untuk IAA, yang merupakan peningkatan sekitar 10 peratus berbanding 2014 (1,944). Kenderaan Komersial IAA, tanpa ragu-ragu lagi, ialah pameran dagangan antarabangsa yang paling terkemuka bagi pengangkutan, logistik dan mobiliti, dengan respons media seluruh dunia yang terhebat. Ramai pempamer menyebut bahawa mereka mendapat lebih banyak kunjungan dari wakil media di tapak pameran mereka berbanding tahun 2014 di sepanjang tempoh pameran, dan bukan sahaja pada Hari Media, di mana lebih dari 100 sidang media dilangsungkan.

Hari ini kami membuat sebuah penilaian yang sangat positif tentang IAA. Pada ketika ini, kami ingin berterima kasih kepada seluruh pasukan di Deutsche Messe AG atas sokongan, profesionalisme mereka, perhatian cemerlang mereka terhadap perkhidmatan dan atas kerjasama erat bersama kami semua di VDA. Memandangkan beban kerja yang dilaksanakan itu berat serta mengambil masa yang panjang, kami amat menghargai dedikasi ini. Kami sangat gembira untuk datang ke sini lagi.

Selepas IAA ini, tiba pula IAA: dalam masa satu tahun dari sekarang, Kereta IAA kali ke-67 akan bermula di Frankfurt am Main (14 hingga 24 September 2017) dan pada 2018 kita akan bertemu lagi di Hannover untuk IAA Kenderaan Komersial kali ke-67 (27 September hingga 4 Oktober, 2018).

http://www.iaa.de

Twitter @VDA_online

Hubungi: Eckehart Rotter

Persatuan Industri Automotif Jerman (VDA)
Tel.: +49-30-897842-120
E-mel: rotter@vda.de

Source: German Association of the Automotive Industry (VDA)
Keywords: Auto Transportation Trade show news