omniture

Eurofins Perluas Kapasiti Asia Pasifik menerusi Makmal Ujian Makanan Canggih Baharu di Singapura

Eurofins Food Testing Singapore Pte. Ltd
2016-10-03 10:00 687

SINGAPURA, 3 Oktober 2016 /PRNewswire/ -- Eurofins Scientific (EUFI.PA) (Paris:ERF), peneraju global bagi perkhidmatan ujian makanan dan bekalan makanan, mengumumkan pembukaan makmal yang canggih di Singapura bagi tujuan menyediakan perkhidmatan untuk industri makan dan minuman yang kian berkembang pesat di rantau itu. Eurofins Food Testing Singapore Pte Ltd ditubuhkan pada Disember 2015 bagi menyediakan perkhidmatan analisis untuk pasaran Singapura yang sofistikated dan berperanan sebagai pusat kecekapan untuk pasaran yang terus berkembang di Filipina, Thailand dan juga Indonesia.

 Kemudahan baharu berkeluasan 557m2 yang terletak di Paya Lebar itu telah pun memulakan perkhidmatan menjalankan ujian untuk beberapa buah syarikat makanan & minuman terbesar bertaraf global yang terdapat di rantau ini.

Perkhidmatan ujian disediakan sama ada di dalam negara tersebut atau melalui Pusat Kecekapan Eurofins. Jaringan makmal bertaraf dunia peringkat antarabangsa kami yang kukuh ini terdapat di 39 buah negara. Pusat kecekapan utama termasuk Eurofins Denmark menjalankan ujian terhadap vitamin dan asid amino, Eurofins Dr. Specht Lab Jerman menjalankan ujian terhadap racun perosak, Eurofins WEJ Contaminants Lab Jerman menguji mikotoksin, sisa-sisa haiwan dan bahan pencemar organik, manakala Eurofins Genescan Lab Jerman pula menjalankan ujian untuk organisma yang diubah suai secara genetik (GMO). Dilengkapi dengan peralatan terkini dan kaedah proprietari, makmal baharu ini bermatlamat untuk menyediakan penyelesaian ujian kimia analisis dan mikrobiologi terbaik dalam kategorinya untuk industri-industri perkhidmatan makanan katering, pengeluar makanan serta peniaga makanan & minuman.

Ulasan daripada Dr. Gilles Martin, Ketua Pegawai Eksekutif Eurofins: "Makmal baharu ini memperlihatkan satu lagi komitmen Eurofin untuk mengembangkan sayapnya di Asia Pasifik, dan menyokong industri-industri tempatan dengan menyediakan perkhidmatan analisis yang bertaraf dunia di rantau ini. Kami berhasrat untuk mengukuhkan pengaruh kami di Singapura, dan seluruh Asia dengan memperkenalkan keupayaan penuh Syarikat ini serta kepakaran teknikalnya."

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.eurofins.sg

Hubungi

Sanjay Anugula, No. Tel: +65-8876-4350
Eurofins Food Testing Singapore Pte. Ltd
E-mel: SanjayAnugula@eurofins.com
Jualan: sales_singapore@eurofins.com

Penafian penting:

Siaran media ini mengandungi kenyataan jangkaan dan taksiran yang melibatkan risiko serta ketidakpastian. Kenyataan jangkaan dan taksiran yang terkandung dalam dokumen ini menyatakan pendapat pihak pengurusan Eurofins Scientific pada tarikh siaran media ini. Kenyataan jangkaan ini tidak menjamin sebarang prestasi masa depan, dan peristiwa jangkaan yang dibincangkan dalam siaran media ini mungkin tidak berlaku. Eurofins Scientific menafikan sebarang hasrat atau tanggungjawab untuk mengemas kini kenyataan jangkaan serta taksiran ini. Kesemua kenyataan dan taksiran yang dibuat adalah berdasarkan maklumat yang tersedia untuk pihak pengurusan Syarikat pada tarikh penerbitan, tetapi tidak memberi sebarang jaminan terhadap kesahihannya.

Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20160923/8521606062LOGO

Source: Eurofins Food Testing Singapore Pte. Ltd
Keywords: Food/Beverages Corporate Expansion