MILAN, 3 Oktober 2016 /PRNewswire/ --
Barbara Berlusconi: "Perkongsian strategik untuk menjangkau pasaran yang lebih muda, mengikuti jejak langkah kelab-kelab terkemuka Eropah yang lain"
Renzo Rosso: "Impian yang sekian lama tersemat menjadi kenyataan, bagi saya dan keluarga, dan bagi Diesel"
Diesel menjadi Rakan Kongsi Gaya bagi kelab bola sepak legenda Itali, AC Milan untuk 3 tahun akan datang, bila mana Diesel akan menggayakan pasukan AC Milan "di luar padang". Kedua-dua ikon Itali ini, masing-masing tersohor di persada dunia, berkongsi banyak nilai yang yang menjadi darah daging mereka: semangat berpasukan, keberanian, dan keazaman untuk menang. Digandingkan dengan minat mendalam terhadap sukan itu sendiri, AC Milan dan Diesel membawa keghairahan mereka ini dalam bidang mereka masing-masing dan ia telah sentiasa mendorong mereka untuk mencapai tahap yang lebih tinggi. Dua jenama dengan kepimpinan yang kukuh di seluruh dunia, sekukuh di Itali dan Eropah sebagaimana kukuhnya di Asia dan Emiriah Arab Bersatu.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160930/413850LOGO )
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160930/413878LOGO )
Renzo Rosso, Pengasas Diesel : "Impian yang sekian lama tersemat mejadi kenyataan, bagi saya dan keluarga, dan bagi Diesel. Perjalanan luarbiasa Diesel dan AC Milan saling berkait rapat: kami adalah dua tunggak Itali, ikonik, saling bersemangat, dengan resonans global, dan kami bergandingan demi sebuah impian maruah, semangat, dan keberanian. Kami ingin menjadikan kolaborasi ini unik, dijana dengan ironi, inovasi dan kemodenan."
"Saya membesar bersama-sama merah dan hitam. Saya selalu merasakan ia seakan kulit kedua saya. Ia menjadi minat mendalam saya – minat yang sama memacu AC Milan dan Diesel untuk mewujudkan perkongsian ini. Diesel ialah sebuah syarikat antarabangsa yang dinamik dalam dunia fesyen, berorientasikan pasaran yang lebih muda, pasaran yang turut ingin ditarik perhatian dan didekati oleh AC Milan, mengikut jejak langkah kelab-kelab terkemuka Eropah yang lain," kata Naib Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif AC Milan, Barbara Berlusconi.
Latarbelakang AC Milan
Selama seratus tujuh belas tahun AC Milan sudah menjadi sinonim dengan bola sepak, hiburan, emosi dan kejayaan. Pasukan merah dan hitam itu adalah salah sebuah kelab yang memenangi trofi antarabangsa terbanyak dalam sejarah bola sepak. Sejak diasaskan pada 1899, AC Milan telah memenangi 18 Kejuaraan Liga, 5 Piala Itali, 7 Liga Juara, 2 Piala Piala Pemenang, 5 Piala Super Eropah, 3 Piala Antarabenua, 6 Piala Liga Super, 1 Piala Dunia Kelab FIFA. Hari ini, AC Milan adalah sebuah syarikat hiburan yang menghasilkan persembahan sukan untuk jutaan manusia di seluruh dunia.
Latarbelakang Diesel
Diesel adalah sebuah jenama gaya hidup antarabangsa yang inovatif, menghasilkan rangkaian koleksi jeans, pakaian dan aksesori yang meluas. Sejak penubuhannya pada 1978, Diesel telah berevolusi daripada sebuah perintis dalam bidang denim kepada bidang pemakaian kasual premium, menjadi alternatif sebenar kepada pasaran mewah yang telah sedia ada. Walaupun dengan perkembangannya, falsafah Diesel tetap kekal: satu jenama yang berdiri atas nama semangat, keperibadian dan ekspresi diri.
Sumber: AC Milan