omniture

Mandarin Orchard Singapore Dinobatkan Hotel Bandar Terbaik Singapura di Anugerah Pengembaraan TTG Tahunan ke-27

Mandarin Orchard Singapore
2016-10-05 04:36 797

SINGAPURA, 5 Oktober 2016 /PRNewswire/ -- Hotel kebanggaan Meritus Hotels & Resorts, Mandarin Orchard Singapore, muncul sebagai "Hotel Bandar Terbaik --Singapura" dalam Kategori Anugerah Pembekal Pengembaraan di Anugerah Pengembaraan TTG ke-27 2016. 

(Dari kiri ke kanan) Penerbit TTG Group Michael Chow menyampaikan anugerah Hotel Bandar Terbaik – Singapura kepada Tan Kim Seng, Ketua Pegawai Eksekutif Meritus Hotels & Resorts, bersama-sama Pierre Quek, Penerbit TTG – Bahagian Dalam Talian.
(Dari kiri ke kanan) Penerbit TTG Group Michael Chow menyampaikan anugerah Hotel Bandar Terbaik – Singapura kepada Tan Kim Seng, Ketua Pegawai Eksekutif Meritus Hotels & Resorts, bersama-sama Pierre Quek, Penerbit TTG – Bahagian Dalam Talian.

 

Dianjurkan oleh TTG Asia, Anugerah Pengembaraan TTG mengiktiraf mereka yang benar-benar cemerlang dalam perniagaan pelancongan Asia-Pasifik, berdasarkan undian pembaca TTG Asia, TTG India, TTG China, TTGmice, TTGassociations dan TTG-BTmice China untuk organisasi pelancongan dan perniagaan kegemaran mereka.

Tahun ini merupakan kali kelima Mandarin Orchard Singapore merangkul anugerah berprestij ini, dengan pengiktirafan yang pertama diperoleh pada tahun 2010, dan selepas itu pada 2013, 2014, dan 2015.

"Ia satu penghargaan untuk berada dalam barisan pemenang yang hebat pada tahun ini. Ia bukan sekadar membuktikan bahawa jenama kami merupakan jenama yang hebat, malah, anugerah ini membuktikan bahawa Mandarin Orchard Singapore begitu menyerlah dan memberi impak yang tepat, dan nilai yang kami bawa merupakan nilai yang dihargai oleh pelanggan sasaran kami," kata Tan Kim Seng, Ketua Pegawai Operasi, Meritus Hotels & Resorts. "Kami berkongsi kejayaan ini bersama-sama pelanggan setia dan rakan kongsi industri kami, serta dengan semua ahli pasukan Mandarin Orchard Singapore."

Mempesonakan para tetamu dengan kelembutan, kemesraan dan keprihatinan Asia yang merupakan keistimewaan jenama ini selama lebih 40 tahun, Mandarin Orchard Singapore yang mempunyai 1,077 bilik, kekal menjadi penginapan pilihan dalam kalangan pengembara antarabangsa yang teliti dalam mencari pengalaman membeli belah dan hospitaliti yang menyeluruh di tengah-tengah daerah membeli belah Singapura yang terkenal di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Mandarin Orchard Singapore, lawati www.mandarinorchard.com.sg.

Hubungan Media:

Ikram Zainy
Pengurus, Komunikasi Pemasaran
Mandarin Orchard Singapore, by Meritus
T: +65 6831 6051
E: ikram.zainy@meritushotels.com

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161003/8521606283
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20160803/8521604955LOGO

Source: Mandarin Orchard Singapore
Keywords: Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel Awards