omniture

Pioneer Membawa Bunyi dalam Kereta ke Tahap Baharu dengan Pelancaran Kempen Alami Kehalusannya dan Mikrosit Baharu mereka

Pioneer Electronics AsiaCentre
2016-10-05 09:00 837

SINGAPURA, 5 Okt. 2016 /PRNewswire/ -- Pioneer Electronics Asia Centre, peneraju dalam maklumat hiburan dalam kereta, mengumumkan mikrosit Pioneer Car Sound baharu mereka. Mikrosit itu meraikan beberapa anugerah terbaru Pioneer, serta pelbagai rangkaian pembesar suara, subwufer dan amplifier. Bagi pencinta bunyi dalam kereta yang baru berjinak-jinak, mikrosit turut dilengkapi dengan Carian Pembesar Suara interaktif yang menawarkan cara mudah kepada pengguna untuk melihat, membandingkan dan memilih pembesar suara yang sesuai berdasarkan genre muzik kegemaran dan bajet mereka.

 

 

Mikrosit juga dioptimumkan untuk peranti mudah alih
Mikrosit juga dioptimumkan untuk peranti mudah alih

 

Mikrosit Pioneer Car Sound menampilkan antara muka pengguna meja yang intuitif
Mikrosit Pioneer Car Sound menampilkan antara muka pengguna meja yang intuitif

 

Kempen Alami Kehalusannya
Kempen Alami Kehalusannya

 

Pembesar suara dan subwufer nipis Pioneer yang memenangi anugerah
Pembesar suara dan subwufer nipis Pioneer yang memenangi anugerah

Untuk melihat hebahan Berita Multimedia, sila klik: http://www.prnasia.com/mnr/pioneer_201610.shtml

Mikrosit Pioneer Car Sound secara rasminya dilancarkan pada hari ini, bersempena kempen "Alami Keperinciannya" syarikat, bagi mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama maklumat hiburan dalam kereta premium dalam kalangan pemilik kenderaan milenium yang celik teknologi dan pemandu biasa. Kempen "Alami Kehalusannya" difikirkan dan dihasilkan oleh Ugly Duckling Projects Singapore. Ia bertujuan untuk membawa pengguna dalam perjalanan yang penuh perasaan, sejajar antara butiran indah kehidupan dan bunyi kuat dan halus Pioneer yang merdu, diperakui dengan pengiktirafan daripada pakar pembesar suara kereta seperti Top Ten Reviews dan CarAudioNow.

CIRI MENARIK MIKROSIT

  • Fungsi Interaktif yang Hebat – Dapatkan cadangan produk berdasarkan genre muzik popular dan julat harga melalui fungsi Carian Pembesar Suara.
  • Reka bentuk yang responsif – Mikrosit dioptimumkan untuk komputer meja, peranti mudah alih Android dan iOS seperti telefon pintar dan tablet, membolehkan pelawat mengakses kandungan, tanpa mengambil kira peranti atau saiz skrin mereka.
  • Kekal berinformas – Hub maklumat sehenti untuk mengakses dengan mudah semua berita produk terkini dan video menarik seperti "Feel the Details" dan maklumat hubungan untuk pejabat Pioneer di Asia dan Israel.

MENDIDIK PENGGUNA

Matlamatnya adalah untuk mendidik pemandu tentang manfaat produk audio kereta pasaran barangan ganti. Mikrosit Pioneer Car Sound, dengan Carian Pembesar Suara mereka, bertindak sebagai panduan penting untuk pelanggan semasa dan pelanggan akan datang syarikat bagi mendapatkan pengalaman pemanduan yang lebih memuaskan dan menghiburkan.

Menurut persekutuan automotif ASEAN[1], sesetengah bahagian rantau termasuk Singapura, Vietnam dan Filipina mengalami peningkatan jualan kenderaan yang ketara, membawa kepada bilangan pemilik kereta baharu yang lebih ramai. Namun demikian, ramai pengguna masih menggunakan sistem bunyi asas pasang-di-kilang dalam kereta mereka.

Begitu juga dengan kereta lebih lama, yang mungkin tidak mempunyai pembesar suara stereo. Kos menaik taraf barangan dan sistem bunyi antik ini biasanya tidak tinggi seperti yang disangka, dengan adanya kecanggihan teknologi kereta dan mudah alih. 

"Di Pioneer, kami memahami bahawa untuk ramai orang, menaik taraf stereo dalam kereta anda boleh menjadi satu tugas yang menggentarkan. Reka bentuk pembesar suara paling canggih kami datang daripada warisan perniagaan yang berpengalaman, yang bermula sejak tahun 1937. Pioneer telah banyak melabur sejak sekian lama dalam R&D bagi memberikan kualiti bunyi dan pengalaman dalam kereta yang lebih baik. Kami terus membuat pembaharuan melalui usaha seperti perniagaan audio profesional TAD kami dan berterusan menetapkan penanda aras teknikal dan anugerah yang baharu. Semua ini memastikan Pioneer berada di kedudukan terbaik bagi mendidik orang ramai, dengan mikrosit Pioneer Car Sound baharu dan kempen "Feel the Details" kami", ulas Mr. Takao Chiba, selaku Naib Pengurus Besar Bahagian Perancangan Perniagaan dan Pemasaran, Kumpulan Jualan & Pemasaran, Pioneer Electronics AsiaCentre.

PERUBAHAN PASARAN BARANGAN GANTI

  • Unsur Muzik yang Lebih Hebat – Hayati penambahbaikan suara, daripada kejelasan dipertingkat kepada bunyi yang lebih dinamik dan berkuasa. Malah, peminat muzik boleh merasai sendiri kehalusan dan mendengar perbezaannya!
  • Bunyi Boleh Disesuaikan – Lebih banyak pilihan untuk menala halus mengikut pilihan sebenar pengguna dengan menggabungkan dan memadankan pembesar suara, subwufer dan amplifier.
  • Ketahanan Dipertingkat – Memanfaatkan bahan dan komponen dengan kualiti lebih tinggi agar muzik dapat dinikmati dengan lebih tenang.

Lawati www.pioneercarsound.com sekarang untuk mencipta sistem hiburan dalam kereta diperibadikan anda dan temui sesuatu yang baharu!

Untuk memuat turun imej resolusi tinggi, pergi ke http://bit.ly/pioneercarsound

Latar Belakang Pioneer Electronics AsiaCentre (PAC) Pte. Ltd.

Merupakan ibu pejabat rantau Pioneer Corporation sejak tahun 1992, perniagaan utama Pioneer adalah dalam audio visual kereta. Pioneer mensasarkan untuk menjadi pengilang dan pembekal pasaran barangan ganti terkemuka kepada jenama kereta yang terkenal, memberikan penyelesaian maklumat hiburan menyeluruh dalam kereta, dengan membangunkan peranti generasi seterusnya dan perkhidmatan penstoran inovatif untuk pasaran kereta terhubung yang makin berkembang. Untuk mendapatkan maklumat selanjutnya, sila lawati www.pioneer.com.sg.

Latar Belakang Ugly Duckling Projects

Ugly Duckling Projects ialah syarikat kandungan kreatif bersepadu yang telah pengiktirafan Fotografi Antarabangsa and Pembikinan Filem yang memenangi anugerah lebih sedekad lamanya. Ketahui lebih lanjut di www.uglyD.com

Hubungi:

Hang Xiu Zhen

Charlotte Tan

Pioneer Electronics AsiaCentre Pte. Ltd 

Text100 Global Integrated Communications

+65 6378 7548

+65 6603 9000

Hangxz@pioneer.com.sg

SingaporePioneer@text100.com.sg

Video - http://static.prnasia.com/pro/media/201610/pioneer/video.mp4
Foto - 
http://photos.prnasia.com/prnh/20160929/8521606060-a 
Foto - 
http://photos.prnasia.com/prnh/20160929/8521606060-b
Foto - 
http://photos.prnasia.com/prnh/20160929/8521606060-c
Foto -
http://photos.prnasia.com/prnh/20160929/8521606060-d

Source: Pioneer Electronics AsiaCentre
Keywords: Auto Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Music Telecommunications Transportation Web Site New products/services