SINGAPORE, 5 Oktober 2016 /PRNewswire/ -- Extreme Networks, Inc. (Nasdaq: EXTR) hari ini mengumumkan pelantikan Simon Naylor ke dalam kumpulan Asia Pasifik selaku naib presiden jualan, berkuatkuasa serta merta. Naylor akan memainkan peranan penting dalam memacu pertumbuhan Extreme di seluruh rantau Asia Pasifik.
Pelantikan Naylor tiba pada saat penting Extreme, yang menyambut ulang tahun ke-20 tahun ini. Di sepanjang waktu itu, Extreme telah berkembang daripada syarikat pensuisan sepenuhnya kepada peneraju pasaran kampus perusahaan dengan portfolio penuh dalam penyelesaian rangkaian dipacu perisian, berwayar dan tanpa wayar yang menawarkan keterlihatan dan kawalan menyeluruh kepada pelanggan, sama ada di premis atau di penyimpanan awan.
Menerusi peranan ini, Naylor akan ditugaskan untuk menyelia pembangunan serantau syarikat melalui inisiatif menuju pasaran (go-to-market) berasaskan penyelesaian pacuan perisian dan berfokus kepada sasaran vertikal, menyesuaikan (onboarding) rakan kongsi baharu secara strategik dan dalam masa yang sama mempercepatkan pelancaran produk baharu. Beliau akan melapor kepada Bob Gault, Naib Presiden Eksekutif Jualan, Saluran dan Khidmat Global.
Berbekalkan 25 tahun pengalaman menubuhkan dan mengetuai syarikat-syarikat IT di Asia, Naylor mempunyai trek prestasi yang kukuh dalam pembentukan pasukan yang berjaya dan meneraju pertumbuhan pendapatan yang pesat di rantau itu. Sebelum pelantikannya kini, beliau mengetuai jualan Asia Tenggara dan Jepun bagi Riverbed Technology. Terdahulu, beliau menyandang jawatan Naib Presiden di RSA, Sonus Network, Infinera dan Transmode. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Manchester.
Perspektif Eksekutif
Simon Naylor, Naib Presiden Jualan, Asia Pasifik, Extreme Networks
"Saya berbesar hati kerana dapat menyertai kumpulan Extreme Networks pada waktu industri rangkaian sedang meningkat. Saya tertarik dengan Extreme Networks kerana dedikasi syarikat ini terhadap khidmat pelanggan yang unggul, serta keterlihatan dan kawalan yang tersedia dalam penyelesaiannya. Saya tahu bahawa dari perspektif pelanggan, Extreme Networks memudahkan mereka berurusan, dan itulah perkara yang memberi kepuasan kerja dalam syarikat. Saya teruja untuk bekerja dengan pasukan yang komited dalam membantu pelanggan dan rakan kongsi mencapai kejayaan. Saya berbesar hati untuk meluaskan kehadiran Extreme dalam pasaran Asia Pasifik."
Bob Gault, Naib Presiden Eksekutif, Jualan, Saluran dan Khidmat Global, Extreme Networks
"Kepakaran Simon dalam industri ini, pengalamannya yang mendalam dan rangkaiannya yang meluas di rantau Asia Pasifik menjadikan beliau calon berkelayakan istimewa untuk memacu perubahan dan melaksanakannya dalam kesemua peluang pasaran di seluruh rantau APAC. Kami akan meneruskan fokus kepada pasaran vertikal kampus perusahaan, portfolio produk berwayar dan tanpa wayar yang disesuaikan, penyelesaian perisian tersuai dan sokongan teknikal sumber dalaman yang unggul. Pelantikan Simon akan membolehkan kami untuk memenuhi keperluan pelanggan dan memacu perniagaan ke peringkat pertumbuhan seterusnya."
Latarbelakang Extreme Networks
Extreme Networks, Inc. (EXTR) membekalkan penyelesaian rangkaian dipacu perisian yang membantu jabatan-jabatan IT di mana-mana sahaja untuk memperoleh hasil perniagaan yang terhebat: hubungan yang lebih kukuh dengan pelanggan, rakan kongsi dan pekerja. Berwayar kepada tanpa wayar, komputer meja ke pusat data, di premis atau melalui awan, kami berusaha melangkaui jangkaan demi lebih 20,000 pelanggan di lebih 80 negara, menyalurkan panggilan sokongan teknikal 100% bersumber dalaman kepada organisasi besar dan kecil, termasuk beberapa nama terkemuka dunia dalam bidang perniagaan, pendidikan, kerajaan, penjagaan kesihatan, pembuatan dan hospitaliti. Ditubuhkan pada 1996, Extreme beribupejabat di San Jose California. Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman web Extreme atau hubungi 1-888-257-3000. Berhubung dengan Extreme melalui Twitter, Facebook, YouTube, LinkedIn dan Google+
Extreme Networks dan logo Extreme Networks adalah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar bagi Extreme Networks, Inc. di Amerika Syarikat dan/atau lain-lain negara. Tanda dagangan lain adalah hakmilik pemilik masing-masing.
Emma Rennell
Racepoint Global
+852-31119971
erennell@racepointglobal.com
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20161004/8521606302LOGO