LAUSANNE, Switzerland, 6 Oktober 2016 /PRNewswire/ -- Walaupun berdepan dengan konflik yang berpanjangan, pekebun kopi Sudan Selatan menunjukkan kemajuan dalam usaha membangunkan semula industri kopi negara itu. Hasil usaha gigih dan dedikasi mereka – Nespresso edisi terhad, Grand Cru SULUJA ti South Sudan* - akan dilancarkan di lima negara lain akhir bulan ni, yang mana sebelum ini ia hanya boleh didapati Perancis sahaja.
Apabila Nespresso mula memperkenalkan SULUJA ti South Sudan di Perancis tahun lalu, ia menjadi kopi pertama yang diperkenalkan dari negara baharu Sudan Selatan dan menjadi eksport utama bukan minyak yang pertama bagi negara itu. Sejak dari itu, lebih ramai pekebun Sudan Selatan melibatkan diri dalam pengeluaran kopi melalui Program Kualiti Lestari AAA, Nespresso, yang membolehkan mereka meningkatkan pengeluaran dan memperbaiki kehidupan mereka.
Nespresso, dengan kerjasama TechnoServe, sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan, memulakan usaha pada 2011 untuk membangunkan semula penanaman kopi yang sudah ditinggalkan akibat dari konflik berpanjangan di rantau itu yang hampir memusnahkan kesemua tanaman tersebut. Sejak memasuki negara itu lima tahun lalu, Nespresso dan TechnoServe telah bergandingan dengan lebih 700 pekebun, mengajar mereka kemahiran penting perladangan kopi dan membina infrastruktur pengeluaran. Bersama-sama, mereka telah membantu menubuhkan lima koperasi kopi yang pertama di negara itu, dan membantu pembinaan dan operasi enam kilang basah di rantau Yei. Usaha ini telah membolehkan pekebun menjana lebih banyak pendapatan dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi rantau itu. Penularan konflik ke rantau Yen baru-baru ini telah memberi kesan terhadap program tersebut dan menyukarkan TechnoServe untuk meneruskan latihan dengan pekebun tempatan. Untuk mengatasi perkara ini, TechnoServe akan mula mendekati para petani yang masih terus menguruskan lading mereka dengan menyiarkan latihan agronomi mingguan melalui radio.
Ketua Pegawai Eksekutif Nespresso, Jean-Marc Duvoisin, mengulas: "Kami percaya pada potensi kopi untuk menghasilkan impak positif kepada pekebun di Sudan Selatan dan untuk mempelbagaikan latar ekonomi negara ini. Kami kekal komited membantu pekebun kopi membangunkan semula industri mereka. Sasaran kami adalah untuk mencipta legasi kekal yang akan menyumbang kepada keamanan dan kemakmuran."
Pelancaran kopi baharu ini dibuat selepas pengumuman oleh Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat (USAID) awal tahun ini, menyatakan ia akan berkerja dengan Nespresso dan TechnoServe untuk melaburkan $3.18 juta dalam projek tersebut sepanjang tempoh 3 tahun akan datang. Sasaran pelaburan itu adalah untuk membantu Sudan Selatan mempelbagaikan pasaran eksportnya, supaya berganjak dari kebergantungan kepada minyak – yang pada masa ini mewakili 99% eksportnya – dan meningkatkan pendapatan isi rumah pekebun-pekebun kopi kecil.
Gandingan Kerjasama
"Kehidupanan sebagai pekebun di Sudan Selatan sangat mencabar buat sekian lama, dan sehingga baru-baru ini, kebanyakan mereka tidak pernah terfikir bahawa mereka mampu mengeksport kopi berkualiti tinggi. Walau bagaimanapun, kami telah mencapai perkembangan yang baik, bekerja dengan pekebun untuk membina kemahiran dan pengetahuan mereka agar mereka boleh memperbaiki kualiti dan kuantiti tanaman mereka dengan lestari," kata William Warshauer, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TechoServe. "Meskipun suasana kerja di Selatan Sudan adalah sangat mencabar, kerajaan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) tidak dapat melakukannya sendirian. Pelaburan perniagaan merupakan tunggak kepada pembangunan ekonomi jangka masa panjang, dan Nespresso telah menunjukkan kepimpinan yang tinggi dengan memasuki Sudan Selatan dan meneruskan pelaburan di negara itu."
Kopi Istimewa
SULUJA ti South Sudan telah dicipta sepenuhnya dari kopi Robusta, menghasilkan tekstur selembut sutera yang menyerlah dan aroma kuat bijirin kering serta haruman kayu yang halus. SULUJA ti South Sudan adalah "kopi dibasuh", yang menuntut kemahiran serta proses yang panjang bagi pekebun, tetapi ia membawa kepada penghasilan secawan kopi aromatik yang lebih lembut, dan bertekstur halus. SULUJA ti South Sudan akan berada di pasaran Switzerland, Belanda, Jerman, Amerika Syarikat, Perancis dan UK dalam jumlah yang amat terhad kesan daripada kurangnya penghasilan kopi ini.
* SULUJA ti SOUTH SUDAN bermaksud 'Permulaan Sudan Selatan' dalam bahasa asli Kakwa yang merupakan bahasa dominan tempatan yang dituturkan di majoriti kawasan kopi rantau itu.
Latar Belakang Nestlé Nespresso SA
Nestlé Nespresso SA adalah perintis dan rujukan untuk kopi bersukatan yang berkualiti tertinggi. Beribu pejabat di Lausanne, Switzerland, Nespresso beroperasi di 64 negara dan mempunyai lebih daripada 12,000 pekerja. Pada 2015, ia mengendalikan sebuah rangkaian global dengan lebih 450 butik esklusif. Untuk maklumat lanjut, lawati laman korporat Nespresso: http://www.nestle-nespresso.com.
Latar Belakang Program Kualiti Lestari AAA™ Nespresso
Program Kualiti Lestari AAA™ Nespresso, dilancarkan pada 2003 dengan kolaborasi bersama NGO, The Rainforest Alliance, memperkasa pekebun kopi dengan melabur dalam infrastruktur komuniti, membayar premium tunai untuk kopi berkualiti dan amalan agrikultur terbaik, dan membekalkan latihan, bantuan kewangan dan teknikal kepada pekebun, untuk terus meningkatkan kualiti, kelestarian dan produktiviti – tiga tunjang utama yang diwakili oleh "tiga A" dalam nama program itu. Pendekatan ini memacu penambahbaikan keadaaan sosial, alam sekitar dan ekonomi pekebun dan komuniti perladangan. Kini terdapat lebih daripada 70,000 pekebun di 11 negara yang merupakan sebahagian daripada program ini.
Sumber: Nespresso