MIAMI, 6 Oktober 2016 /PRNewswire/ -- Jennifer Le Nechet dinobatkan sebagai pelayan bar terbaik dunia pada kemuncak pertandingan koktel peringkat global Pelayan Bar Terbaik Tahunan WORLD CLASS 2016 di Miami.
Pelayan bar dari Perancis itu, yang biasanya menghidangkan minuman dan menarik perhatian pelanggan di bar yang terletak di Café Moderne di Paris, telah menarik perhatian barisan hakim dengan mencipta pelbagai minuman menarik yang sungguh mengagumkan di bar sementara yang bertemakan Stempunk itu.
Hampir 10,000 pelayan bar dari seluruh dunia telah menyertai pertandingan tersebut, dan 56 peserta telah terpilih untuk mewakili negara mereka pada pertandingan peringkat akhir di Miami. Sebuah kumpulan elit yang terdiri daripada enam peserta berjaya memasuki pusingan akhir bagi menyaksikan mereka memikirkan dan mencipta bar sementara hanya dalam tempoh 24 jam. Setiap cabaran memperlihatkan kemahiran berbeza daripada kehebatan setiap pelayan bar itu: teknik, personaliti, pengetahuan tentang minuman beralkohol dan bagaimana mereka beraksi dalam suasanan tertekan.
Menggunakan jenama-jenama terulung daripada portfolio Diageo's Reserve termasuk vodka Ketel One, Cîroc, Don Julio, Tanqueray No TEN, Bulleit, rum Zacapa dan Wiski Scotch Teradun Johnnie Walker Blue Label, para pelayan bar itu menghasilkan koktel klasik serta mencipta resepi mereka sendiri. Mereka juga beraksi sepantas mungkin untuk mengadunkan empat belas minuman contoh unggul hanya dalam tempoh 10 minit.
Jennifer Le Nechet, pelayan bar wanita pertama yang dinobatkan dengan gelaran itu berkata: "Saya benar-benar terkejut – ini merupakan satu penghormatan untuk membawa pulang gelaran Pelayan Bar Terbaik Dunia – terutamanya setelah bersaing dengan barisan pelayan bar berbakat dari serata dunia. Minggu ini telah memberi inspirasi kepada saya untuk terus menerobos sempadan rasa dan meneroka sejauh mana seluruh deria dapat dihubungkan melalui minuman koktel. Saya tidak sabar-sabar untuk memperoleh pengalaman yang menanti saya pada masa depan!"
Le Nechet bakal menjalani pengembaraan hebat sepanjang tahun - beliau berpeluang mengembara seluruh dunia sebagai Duta Jenama Diageo Reserve, mengadili pertandingan dan menghidangkan minuman yang ditempah khas di lokasi-lokasi yang jauh.
Alex Kratena, mantan Ketua Pelayan Bar Artesian London berkata:
"Standard tahun ini benar-benar sesuatu yang luar biasa. Amat sukar untuk memilih pemenang daripada kalangan pelayan bar ini. Jennifer berjaya dalam Superstar Pool Party, yang menonjolkan kesemua kemahiran yang anda mahukan dalam diri seorang pelayan bar, manakala bar sementara beliau pula berjaya mengagumkan kami semua menerusi hidangan koktel dingin bertemakan Stempunk, sedikit sentuhan pada koktel klasik dengan emulsi buatan sendiri, kola dan juga bahan-bahan organik. Kesemua pelayan bar ini benar-benar menguasai bidang mereka dan lima peserta terbaik ini adalah pesaing yang sememangnya layak. Bukan sahaja mereka berjaya menghasilkan hidangan klasik dengan sempurna, bahkan mereka turut mencipta teknik baharu yang menarik pada setiap langkah yang diambil."
Johanna Dalley, selaku Pengarah Global World Class berkata: "Minggu ini adalah minggu yang dipenuhi dengan elemen kreativiti, kebolehan dan bakat yang luar biasa – yang benar-benar mengangkat peranan pelayan bar agar setaraf dengan barisan chef yang terkemuka di dunia. Dan inilah WORLD CLASS yang sebenar-benarnya, memberi inspirasi kepada orang ramai untuk minum dengan lebih berhemah dan menghargai minuman hebat seperti mana mereka menghargai makanan yang hebat. Enam peserta akhir ini adalah benar-benar luar biasa dan ia merupakan pertandingan peringkat akhir yang sungguh sengit, namun kami dengan berbesar hati memilih Jennifer sebagai pemenang serta Pelayan Bar Wanita Pertama Terbaik Tahunan WORLD CLASS."
Pada malam penyampaian Anugerah itu juga, Bandar Raya Mexico terpilih sebagai lokasi bagi mengadakan Pertandingan Akhir Pelayan Bar Terbaik Tahunan Global WORLD CLASS 2017.
Dalley menambah, "Tahun ini, WORLD CLASS akan membawa budaya koktel ke tahap baharu di Bandar Raya Mexico dan tiada tempat lain yang lebih baik berbanding bandar ini, memandangkan sejak bertahun-tahun lamanya, bandar ini telah meningkat maju menjadi salah sebuah ibu kota yang paling meriah dengan hidangan makanan, minuman serta budaya."
WORLD CLASS bermatlamat untuk memberi inspirasi kepada orang ramai untuk minum dengan lebih berhemah dan membentuk masa depan minuman keras, sama ada di rumah atau di bar. Sekiranya anda mendapat inspirasi untuk minum dengan lebih berhemah, layari theworldclassclub.com atau komuniti Facebook WORLD CLASS, yang membolehkan anda mendapatkan resipi yang enak, video praktikal dan maklumat berkaitan dengan trend terkini.
Nota untuk editor:
Finalis
Peserta-peserta akhir mewakili setiap negara berikut:
Australia, Austria, Belgium, Brazil, Bulgaria, Kanada, Chile, Colombia, Costa Rica, Republik Czech, Denmark, Republik Dominican, Estonia, Perancis, Jerman, Grand Cayman, Greece, Hong Kong & Macau, Iceland, India, Indian Ocean, Ireland, Indonesia, Israel, Itali, Jepun, Kenya, Lebanon, Malaysia, Mexico, Morocco, Belanda, New Zealand, Norway, Panama, Peru, Filipina, Poland, Portugal, Puerto Rico, Romania, Rusia, Singapura, Slovakia, Afrika Selatan, Korea Selatan, Sepanyol, Sweden, Switzerland, Taiwan, Thailand, UAE, Uruguay, United Kingdom, AS dan Vietnam. Cruise Ships turut diwakili oleh finalis daripada sektor-sektor ini.
Latar Belakang WORLD CLASS
WORLD CLASS bermatlamat untuk memberi inspirasi kepada orang ramai untuk minum dengan lebih berhemah dan mencipta pengalaman yang tidak dapat dilupakan sepanjang merealisasikan misinya. Sama ada di kediaman atau di bar, WORLD CLASS menggalakkan pengguna untuk memikirkan dan mengambil berat tentang tabiat minum yang baik seperti mana mereka menitikberatkan tentang hidangan makanan yang baik.
WORLD CLASS telah memberi sokongan, melatih dan memberi inspirasi kepada 250,000 pelayan bar di seluruh dunia sejak lapan tahun lalu, sambil menjalin kerjasama dengan pembuat minuman beralkohol terbaik di dunia, Diageo Reserve Collection. WORLD CLASS juga amat berpengaruh dalam industri minuman keras ini yang menjadi rujukan pengguna bagi mendapatkan maklumat tentang trend minuman terkini, resipi koktel serta pandangan industri.
World Class menganjurkan pertandingan 'Pelayan Bar Terbaik Tahunan WORLD CLASS' iaitu pertandingan antara pelayan bar yang paling berprestij di dunia. Setelah mengadakan pertandingan peringkat tempatan di seluruh dunia, 56 daripada pelayan bar paling cemerlang di dunia bersaing untuk dinobatkan sebagai pelayan bar terbaik di dunia.
Layari theworldclassclub.com untuk maklumat lanjut.
Latar Belakang Diageo Reserve
Dihasilkan pada tahun 2004, jabatan Reserve Diageo menumpu pada peluang mewah peringkat global, menghimpunkan jenama-jenama yang terhasil daripada warisan, kemahiran dan keaslian yang mantap. Portfolio yang mewah ini terdiri daripada Johnnie Walker Blue Label, Cîroc, Don Julio, Tanqueray No. TEN, vodka Ketel One, Zacapa dan koleksi istimewa Malt Tunggal. Portfolio Reserve ini menghasilkan lebih 15% jumlah jualan keseluruhan Diageo dan telah meningkat sebanyak 7% bagi tahun kewangan kali ini.
Latar Belakang Diageo
Diageo ialah peneraju global bagi produk minuman beralkohol dengan pelbagai koleksi jenama hebat termasuk wiski Johnnie Walker, Crown Royal, J&B, Buchanan's dan Windsor, vodka Smirnoff, Cîroc serta Captain Morgan, Baileys, Don Julio, Tanqueray dan juga Guinness.
Diageo tersenarai dalam Bursa Saham London (DGE) dan Bursa Saham New York (DEO) manakala produk-produk kami dijual di lebih 180 buah negara di seluruh dunia. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Diageo, pasukan kami, jenama dan prestasi kami, sila kunjungi kami di http://www.diageo.com. Layari sumber minum secara berhemah global Diageo, http://www.DRINKiQ.com, bagi mendapatkan maklumat, inisiatif dan cara untuk berkongsi amalan terbaik.
Meraikan kehidupan, setiap hari, di mana-mana jua.