omniture

"Style Up BE@RBRICK at Harbour City"

Jualan Amal Dalam Talian Global 2000% BE@RBRICK Julung Kali Diadakan
Harbour City
2016-10-09 08:40 605

HONG KONG, 9 Oktober 2016 /PRNewswire/ -- Sebagai pusat membeli belah pertama seumpamanya di Asia dan pusat membeli belah terbesar di Hong Kong, Harbour City telah berkembang sejak 50 tahun lalu dan menjadi destinasi global untuk industri fesyen. Bagi meraikan pencapaian penting ini, Harbour City menjalin kerjasama dengan ikon budaya terkenal, "BE@RBRICK" susulan daripada kolaborasinya pada tahun 2007. Kali ini, Harbour City mengundang 37 jenama fesyen bertaraf antarabangsa untuk menyumbang dalam pameran kumpulan fesyen-seni BE@RBRICK yang terbesar setakat ini di Hong Kong, "Style Up BE@RBRICK at Harbour City", mulai 19 September hingga 16 Oktober 2016. Jualan amal global yang julung kali diadakan untuk figura BE@RBRICK 2000% asli akan turut diadakan bermula pada 6 Oktober hingga 16 Oktober, yang setiap satunya berharga HK$68,000.

Jualan Amal Dalam Talian Global 2000% BE@RBRICK Yang Julung Kali Diadakan
Jualan Amal Dalam Talian Global 2000% BE@RBRICK Yang Julung Kali Diadakan

 

Pameran Fesyen-Seni "Style Up BE@RBRICK at Harbour City"
Pameran Fesyen-Seni "Style Up BE@RBRICK at Harbour City"

 

Selain itu, Harbour City akan menganjurkan Pertandingan Reka Bentuk "Style Up" BE@BRICK bertemakan "Hong Kong". Selain berpeluang untuk menghasilkan 2000% BE@RBRICK bagi tujuan pameran di Harbour City, rekaan yang berjaya akan turut ditukar menjadi figura 100% BE@RBRICK sebagai salah satu ganjaran daripada Harbour City. Butiran akan dimaklumkan kemudian.

Acara yang Tidak Boleh Dilepaskan -- Jualan Amal 2000% Asli BE@RBRICK yang Julung Kali Diadakan

Menerusi tema fesyen dan seni kontemporari, 37 versi 2000% (kira-kira 1.4 meter-tinggi) BE@RBRICK bakal "Digayakan" oleh setiap jenama dengan rekaan yang tersendiri dan dipamerkan di Perkarangan Ocean Terminal Harbour City bermula pada 19 September hingga 16 Oktober 2016.

Harbour City turut bekerjasama dengan HBX (gedung dalam talian Hypebeast) dan Yayasan Kanser Darah Hong Kong bagi menganjurkan jualan amal global 2000% BE@BRICK yang julung kali diadakan. Pada 6 hingga 16 Oktober 2016, 37 versi figura 2000% asli BE@RBRICK yang berharga HK$68,000 akan dijual untuk tujuan amal global, dan segala kutipan bersih itu akan disumbangkan kepada Yayasan Kanser Darah Hong Kong. Sebarang butiran lanjut, sila layari: http://hbx.com/bearbrick-harbour atau http://social.harbourcity.com.hk

Video promosihttps://youtu.be/11HGrkpt5aE

Jenama-jenama Fesyen yang Mengambil Bahagian

AGNÈS B. / ALICE AND OLIVIA BY STACEY BENDET / ANTEPRIMA / ATSURO TAYAMA / BLUMARINE / CARVEN / CHRISTOPHER KANE / COACH / DIANE VON FURSTENBERG / DIESEL / DUNHILL / EMILIO PUCCI / EMPORIO ARMANI / ETRO / I.T / J.CREW / KATE SPADE NEW YORK / KENZO / LANE CRAWFORD x MS MIN / LANVIN / MAJE / MAX MARA / MCM / MCQ / MONCLER / PAUL & SHARK /  PHILIPP PLEIN / REBECCA MINKOFF / REPETTO / ROBERTO CAVALLI / SALVATORE FERRAGAMO / SANDRO / THOM BROWNE / TORY BURCH / TSUMORI CHISATO / VIVIENNE TAM / VIVIENNE WESTWOOD

Muat turun lebih banyak gambarhttps://www.dropbox.com/sh/0vvx7z8z64x63mf/AAAlINL_9gikyLvfAf56_QC6a?dl=0

BE@RBRICK TM & © 2001-2016 MEDICOM TOY CORPORATION. Hakcipta terpelihara.
Facebook / Instagram / twitter: #hcbearbrick #hcart #harbourcity    

Talian Penting Pelanggan: (852) 2118 8666                                       
Laman Sesawang: www.harbourcity.com.hk

Sebarang Pertanyaan Media: Harbour City Estates Limited

En. Andrew Yeung
Tel: (852) 2118 8674
E-mel: andrewyeung@harbourcity.com.hk

Cik Florence Man
Tel: (852) 2118 8623
E-mel: florenceman@harbourcity.com.hk

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161007/8521606408-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161007/8521606408-b
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20140721/8521404095LOGO

Source: Harbour City
Keywords: Art Fashion Retail Travel Corporate Social Responsibility Not for profit