omniture

Laporan Terkini Menggesa Pendekatan Baharu Merawat Pembunuh No. 1 Dunia

The International Society of Hypertension
2016-10-09 08:40 593

LONDON, 9 Oktober 2016 /PRNewswire/ -- Satu penilaian menyeluruh yang dibuat menggesa usaha penambaikan terhadap cara rawatan masalah tekanan darah tinggi di seluruh dunia. Suruhanjaya The Lancet mengulas tentang Hipertensi menyebutkan 'isu-isu yang belum ditangani' yang jika dirawat dapat mengurangkan bebanan tekanan darah tinggi, iaitu pembunuh nombor satu di dunia.

Ini termasuk kepelbagaian cara mengukur tekanan darah dan perbincangan tentang kuantiti garam yang selamat dalam pemakanan.

Dilancarkan hari ini sempena mesyuarat saintifik Persatuan Hipertensi Antarabangsa di Seoul, Korea Selatan, Suruhanjaya tersebut menyatakan tekanan darah tinggi tidak dapat dikesan kerana tiada simptom yang ditunjukkan dan kurangnya pemeriksaan saringan yang dijalankan. Walaupun terdapat maklumat yang banyak tentang cara untuk mencegah dan merawat tekanan darah tinggi, hipertensi memberi kesan terhadap 30% orang dewasa di seluruh dunia.

Stuart Spencer, Editor Kanan Eksekutif di The Lancet, berkata: "Hipertensi ialah punca utama penyakit kardiovaskular dan sering tidak dirawat. Laporan ini mengenal pasti beberapa masalah yang tidak ditangani, misalnya, sejauh mana penduduk di negara-negara sedang membangun dapat menerima rawatan ubat-ubatan dan pemeriksaan, serta bertujuan untuk menggalakkan penemuan cara baharu untuk mengatasi masalah hipertensi, dari perspektif kesihatan individu mahupun kesihatan awam."

Profesor Neil Poulter, bakal Presiden Persatuan Hipertensi Antarabangsa (ISH) berkata: "Kami berasa berbesar hati kerana pihak Suruhanjaya memilih untuk mengumumkan laporan yang amat penting ini pada majlis kami. Hipertensi dilihat semakin menular dan amat penting untuk kita mewujudkan kesedaran dalam kalangan golongan profesional kesihatan dan para individu di peringkat global."

"Faktor-faktor risiko yang utama melibatkan kesemua tabiat yang menjadi kebiasaan ketika sesebuah masyakat itu 'meningkat maju' – kurang bersenam, meminum alkohol dengan banyak, mengambil garam dan kalori dalam kuantiti yang lebih tinggi serta kurang memakan buah-buahan dan juga sayur-sayuran. Faktor-faktor ini berserta proses penuaan itu sendiri mengakibatkan peningkatan risiko tekanan darah tinggi. Kita perlu memastikan orang ramai tahu bahawa mereka menghidap tekanan darah tinggi. Caranya ialah dengan menambah ilmu pengetahuan dan menyediakan kaedah pemeriksaan saringan yang lebih berkesan."

Suruhanjaya ini turut meneliti bukti epidemiologi dan percubaan serta memperlihatkan aspek yang mendapat sokongan yang kukuh dan  aspek yang masih memerlukan lebih kajian. Ia menunjukkan jumlah individu yang menghidap hipertensi dijangka bertambah di negara-negara berpendapatan rendah dan berpendapatan sederhana sekiranya tidak ditangani menerusi tindakan yang bersepadu. Ia menggesa kaedah rawatan individu yang lebih maju berdasarkan penemuan penyelidikan yang mantap dan kajian baharu perlu diperlukan bagi merapatkan jurang pengetahuan. Ia menggariskan sepuluh tindakan utama yang diharap dapat dijalankan oleh pihak kerajaan di seluruh dunia demi mengurangkan beban masalah hipertensi di peringkat global.

Untuk melihat laporan penuh, sila layari: http://www.thelancet.com/journals/lancet/article/PIIS0140-6736(16)31134-5/fulltext

Source: The International Society of Hypertension
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Survey, Polls & Research