omniture

DMCC Dubai Dianugerahkan 'Zon Bebas Global Tahun 2016' Untuk Kali Kedua Berturut-turut

DMCC (Dubai Multi Commodities Centre)
2016-10-11 00:13 696

DUBAI, UAE, 11 Oktober 2016 /PRNewswire/ --

Zon Bebas DMCC dianugerahkan lima pengiktirafan dalam pemeringkatan Zon Bebas global tahunan Majalah Financial Times fDi: 

  • GLOBAL – Zon Bebas Tahunan
  • GLOBAL - Zon Bebas Tahunan untuk SME  
  • TIMUR TENGAH - Zon Bebas Tahunan
  • TIMUR TENGAH- Zon Bebas Tahunan untuk SME
  • GLOBAL – Anugerah Keistimewaan – Dagangan & Komoditi

DMCC (Pusat Multi Komoditi Dubai), autoriti bagi dagangan, perusahaan dan komoditi di Dubai, telah dinamakan sebagai 'Zon Bebas Global Tahunan' 2016 oleh Majalah The Financial Times fDi Magazine, untuk tahun kedua berturut-turut.

     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161009/426678 )
     (Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161009/426679LOGO )
     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161009/426680 )
     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161009/426682-INFO )
     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161009/426681 )

Bancian global tahunan itu, dianggap sebagai pemeringkatan zon bebas paling berprestij di dunia, adalah berdasarkan kriteria seperti prestasi cemerlang berbanding tahun sebelumnya, pelan pertumbuhan dan perkembangan, penawaran pelanggan yang kukuh dan kehadiran industri pertumbuhan tinggi. Zon Bebas DMCC  diiktiraf kerana pertumbuhan yang mampan, perkhidmatan pelanggan yang kukuh, dan model eko-sistem yang menawarkan semua yang diperlukan oleh perniagaan untuk menubuhkan sebuah pejabat cawangan atau operasi penuh, di suatu tempat.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                

Ahmed Bin Sulayem, Pengerusi Eksekutif, DMCC, berkata:

"Memenangi 'Zon Bebas Global' untuk kali kedua berturut-turut adalah satu penghormatan buat 12,700 syarikat yang membentuk Zon Bebas DMCC dan menyumbang kepada kejayaan kami saban hari, memacu pertumbuhan, dinamisme, dan inovasi. Terletak di lokasi sempurna di mana Timur bertemu Barat dan Utara bertemu Selatan, DMCC berbangga menjadi satu tempat pasaran global, Zon Bebas terbesar dan paling pesat membangun di dunia."

Gautam Sashittal, Ketua Pegawai Eksekutif, DMCC, berkata:

"Pengiktirafan ini mengukuhkan kedudukan DMCC sebagai destinasi nombor satu bagi dagangan dan perusahaan. Berada di kedudukan tempat pertama daripada 60 Zon Bebas di seluruh dunia adalah satu pencapaian yang besar dan jelas memaparkan, faedah pendigitalan dan pengalaman pelanggan bertaraf dunia, serta faedah mencipta kluster industri yang menyerlah. Memenangi anugerah ini menyerlahkan Zon Bebas DMCC sebagai pasaran terhubung yang membolehkan lebih daripada 12,700 syarikat berdagang dengan yakin dan memajukan perniagaan mereka."

DMCC telah berkembang berlipat kali ganda sejak penubuhannya pada 2002 dan hari ini mempunyai lebih daripada 12,700 syarikat ahli dengan 85,500 pekerja dan warga dari lebih 170 negara berpangkalan di Zon Bebasnya.

Dengan tujuh syarikat baharu  memulakan perniagaan  pada setiap hari bekerja, DMMC menempatkan banyak syarikat paling terkemuka dunia termasuklah; Alcatel Lucent Timur Tengah dan Afrika Utara, American Express, Carrera Y Carrera, Colgate-Palmolive, Dyson, Duracell, Eurofin, Hisense, John West Foods, Lukoil, LVMH, Nutricia Danone, Oddfjell, Rio Tinto - Dimexon dan TAG Worldwide.

Courtney Fingar, Ketua Editor, Majalah fDi, sebuah penerbitan Financial Times, berkata:

"Penyertaan berkualiti tinggi yang kami terima bagi anugerah Zon Bebas Global Tahunan menjadikannya satu bidang yang amat berdaya saing, dan menyukarkan pemilihan pemenang.  Namun, DMCC sekali lagi menyerlahkan kecemerlangan dalam semua aspek, meningkatkan bilangan syarikat ahli, prospek pertumbuhan dan penawarannya yang disampaikan dengan baik kepada syarikat berlainan saiz dan sektor dari serata dunia. Ini adalah beberapa sebab utama mengapa kami berbesar hati menamakan DMCC Zon Bebas Global kami bagi Tahun 2016."

Anugerah Zon Bebas Global tahunan fDi dianggap sebagai pemeringkatan zon bebas paling berprestij di dunia. Satu panel hakim dari fDi dilantik untuk mengkaji setiap lokasi dan mencalonkan juara dan naib juara zon bebas mereka di setiap rantau.

Tiada galang ganti bagi menjana pertumbuhan ekonomi negara, di DMCC – kami bersama ahli-ahli kami – memberikan prestasi kukuh pada hari ini, dan pertumbuhan mampan pada masa depan.

DMCC. Ditubuhkan untuk Dagangan. Bersama.

http://www.dmcc.ae

Sumber: DMCC (Pusat Multi Komoditi Dubai)

Source: DMCC (Dubai Multi Commodities Centre)
Keywords: Banking/Financial Service Outsourcing Businesses Awards