omniture

Maison Mumm Champagne Perkenal Botol Mumm Grand Cordon Baharu yang Revolusioner kepada Asia bagi Meraikan Kejohanan Formula E FIA Pertama Hong Kong: Dicipta agar Menjadi Ikon Keraian Terulung

Maison Mumm
2016-10-11 03:01 673

HONG KONG, 11 Oktober 2016 /PRNewswire/ --

Mumm Grand Cordon diperkenalkan di Asia buat pertama kali semasa kejohanan Formula E FIA pertama Hong Kong.

Tiada yang lebih menyeronokkan di lokasi-lokasi pusat bandar raya berbanding Victoria Harbourfront Hong Kong.

Hong Kong ialah sebuah bandar yang pelbagai dan bandar elektrik, namun para pemandu Formula E terbaik dunia tidak mempunyai masa untuk bersiar-siar memandangkan mereka perlu bersaing pada litar mencabar yang melambangkan semangat berani yang dikongsi oleh Formula E dan Maison Mumm. Pemenang Seb Buemi meraikan kemenangannya menerusi Mumm Grand Cordon yang baharu.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik: https://www.multivu.com/players/uk/7946651-new-mumm-grand-cordon-bottle-asia

Berpegang pada moto, "Berani. Menang. Raikan." ("Dare. Win. Celebrate."), Maison Mumm sentiasa dikaitkan dengan cabaran penuh keberanian dan usaha rintis – bermula seawal tahun 1904, apabila ia memberi sokongan kepada pengembara Jean-Baptise Charcot semasa ekspedisi Artik Perancis yang pertama. Jalinan kerjasama dengan Formula E ialah kerjasama yang terkini dalam siri penajaan sukan berprofil tinggi, termasuk perlumbaan kuda menerusi Piala Melbourne dan Kentucky Derby, manakala untuk sukan pelayaran, Trofi Jules Verne serta Piala Admiral.

Mumm Grand Cordon merupakan reka bentuk paling inovatif sepanjang sejarah Maison Mumm selama 189 tahun. Memecah tradisi dengan mencari kelainan, botolnya tidak mempunyai label depan, sebaliknya, tandatangan G.H. Mumm dan lambang helang berwarna emas dicetak terus pada permukaan kaca itu. Satu lagi ciri menarik rekaan ini ialah bentuknya, yang menuntut inovasi sepenuhnya dalam proses penghasilan champagne tradisional. Ciri yang paling menyerlah pada botol Mumm Grand Cordon ialah penafsiran semula selempang merah Cordon Rouge yang terkenal, yang meraikan ulang tahun ke-140 pada tahun ini. Pada botol Mumm Grand Cordon itu, selempang merah digantikan dengan reben merah sebenar - satu pencapaian teknologi – yang ditempa ke dalam kaca botol itu. Botol Mumm Grand Cordon dicipta oleh pereka yang merangkul pelbagai anugerah, Ross Lovegrove, yang bergandingan dengan Maison Mumm dalam penghasilan pedang edisi terhadnya sebelum ini.

Sepanjang hari tersebut, Mumm mengalu-alukan beratus-ratus tetamu ke EMOTION Formula E Club yang bakal menyediakan program hiburan yang menarik. Acara-acara menarik disediakan termasuk simulator perlumbaan, bengkel pengadunan Mumm serta slot bergambar.

Pengarah Jenama Global Mumm, Louis De Fautereau berkata: "Perlumbaan Formula E Hong Kong ialah detik keraian terbaik untuk memperkenalkan botol Mumm Grand Cordon baharu kami kepada Asia – Mumm ialah ikon kemenangan dengan sejarah pesta keraian untuk sekian lama."

Mumm Grand Cordon dilancarkan secara rasmi di Hong Kong dalam majlis yang bergemerlapan anjuran Maison Mumm di Dragon-i, salah satu lokasi yang amat terkenal di Hong Kong. Lebih 600 tetamu VIP telah menghadiri acara tersebut, yang menampilkan selebriti tempatan, Alex Fong, menerusi satu video penghantaran yang berani, memperlihatkan Mumm Grand Cordon tiba secara rasminya di Hong Kong. Mantan atlet profesional yang menerobos sempadan kebiasaan semasa berkecimpung dalam bidang sukan renang dan kemudiannya mengambil langkah berani dengan bertukar kerjaya untuk terjun dalam bidang perniagaan hiburan, Fong benar-benar menggambarkan semangat progresif Mumm Champagne dengan sempurna.

Source: Maison Mumm
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Sporting Events Sports New products/services