omniture

Hertz Menawarkan Diskaun Sewa Kereta Eksklusif kepada Pemandu Singapura dan Malaysia yang Mengembara ke Amerika Syarikat

Hertz Asia Pacific Pte Ltd
2016-10-12 11:13 782

SINGAPURA, 12 Oktober 2016 /PRNewswire/ -- Hertz, penyedia kereta sewa global, telah mengumumkan bahawa mulai hari ini, pelanggan dari Singapura dan Malaysia yang menyewa kenderaan di AS akan dapat menikmati diskaun 15% apabila menyewa kereta dari Koleksi Prestij dan Adrenalin Hertz, selain kereta-kereta mewah yang lain.

Koleksi Adrenaline Hertz Ford Shelby GT-H 2016
Koleksi Adrenaline Hertz Ford Shelby GT-H 2016

 

Promosi eksklusif ini mudah didapati di lokasi lapangan terbang Amerika Syarikat bagi penyewaan selama lima hari atau lebih yang ditempah dan diambil sebelum 31 Disember 2016. Untuk mendapat manfaat diskaun, pelanggan hanya perlu menyatakan PC# 310054 sewaktu tempahan. Terma dan syarat tawaran sepenuhnya boleh didapati di www.hertz.com/rentacar/rental-car-deals/asia-usa-15pcoff-premium.

Eoin MacNeill, Naib Presiden, Hertz Asia Pasifik, berkata: "Ini adalah peluang hebat untuk pelanggan kami dari Singapura dan Malaysia menikmati keanggunan dan keselesaan yang menjadi ciri Koleksi Prestij, dan keseronokan memandu kereta sport Koleksi Adrenalin kami. Kelompok kenderaan ini memaparkan beberapa model yang paling diminati, termasuk Shelby GT-H Mustang yang terkini dan Cadillac Escalade 4WD. Kami yakin bahawa pelanggan kami yang meminati kereta akan mengalu-alukan peluang untuk meneroka bandar-bandar menarik Amerika Syarikat dengan memandu kereta yang mengujakan pada harga diskaun."

Koleksi Adrenalin menawarkan pelbagai kereta sport berprestasi tinggi, ideal untuk pelancong santai yang mencari pengalaman pemanduan unggul, dan tempahan mudah. Koleksi Prestij menyediakan rangkaian kenderaan mewah yang selesa, sesuai untuk keluarga dan kumpulan. Kenderaan daripada kedua-dua koleksi boleh ditempah di Hertz.com.

Bintang utama promosi itu tanpa ragunya ialah 2016 Ford Shelby GT-H, sedia untuk disewa, tertakluk kepada kelayakan sewaan istimewa, di 17 lokasi lapangan terbang terpilih di Amerika Syarikat, termasuklah Los Angeles, San Francisco, Las Vegas dan Orlando.

Antara model kereta mewah yang tersenarai dalam promosi ialah:

  • Koleksi Adrenalin: Hertz Shelby GT-H Mustang Edisi Ulangtahun ke-50 2016, Chevy Camaro SS, Dodge Challenger R/T
  • Koleksi Prestij: Cadillac Escalade 4WD, Infiniti QX70, Mercedes GLK350
  • SUV: Chevrolet Suburban, Dodge Journey
  • Kereta Berhud: Chevrolet Camaro Convertible

Ini semua dan kenderaan-kenderaan lain daripada koleksi Hertz yang meluas boleh ditempah di www.hertz.com/cars

Pusat Tempahan Tempatan Hertz:

Pelanggan Singapura boleh melawati www.hertz.com.sg, hubungi 1800 370 3388 atau emel reserve@hertz.com

Pelanggan Malaysia boleh melawati www.hertz.com.my, hubungi (60) 3 2715 8383 atau emel hertzgsa@discover-kul.com  

Tips pemanduan-kendiri dan cadangan itinerari, tersedia di www.hertz.com/drivingtips dan www.hertz.com/drivingvideos

Latar Belakang Hertz Global Holdings

Hertz Global mengoperasikan jenama-jenama kereta sewa global, Hertz, Dollar, Thrifty termasuk juga jenama serantau di kira-kira 10,000 lokasi korporat dan berlesen dalam hampir 150 buah negara di Amerika Utara, Eropah, Amerika Latin, Asia, Australia, Afrika, Timur Tengah dan New Zealand. Hertz Global adalah syarikat kereta sewa kegunaan umum terbesar dunia dengan kira-kira 1,635 lokasi lapangan terbang di Amerika Syarikat dan lebih dari 1,320 lokasi lapangan terbang antarabangsa. Inisiatif produk dan perkhidmatan seperti Hertz Gold Plus Rewards, NeverLost®, Carfirmations, Mobile Wi-Fi dan kenderaan unik yang ditawarkan melalui Koleksi Adrenalin, Mimpi, Hijau dan Prestij membezakan Hertz Global Holdings dengan pesaingnya. Selain itu, Hertz Global merupakan pemilik peneraju penyewaan dan pengurusan kenderaan, Donlen Corporation yang mengendalikan perniagaan sewa kereta mengikut jam Hertz 24/7 di pasaran antarabangsa dan menjual kenderaan melalui program Rent2Buy. Untuk maklumat lanjut berkaitan Hertz Global, lawati: www.hertz.com.

Untuk pertanyaan media, sila hubungi: 
Bing Zhen CHUA (Ms)
Pakar Pemasaran -- Jenama & Produk, Asia 
Hertz Asia Pacific Pte Ltd | 350 Orchard Road #14-08 Shaw House 
Telefon: 65-6370-3362 | Tempahan: 65-6370-3388 
bchua@hertz.com | www.hertz.com

Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20161007/8521606247LOGO
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161007/8521606247

Source: Hertz Asia Pacific Pte Ltd
Related Links:
Keywords: Auto Travel New products/services