PARIS, 12 Oktober 2016 /PRNewswire/ -- "Apa yang saya lihat dalam botol-botol ini ialah sebilangan sahabat lama, sebilangan legenda, sebilangan botol (wain) yang tidak pernah, dan mungkin juga tidak akan saya nikmati kerana ia begitu istimewa dan sukar diperolehi." Putera Robert daripada Luxembourg, Pengerusi dan CEO, Domaine Clarence Dillon.
Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:
http://www.multivu.com/players/uk/7949651-single-cellar-sale-sothebys-new-york/
Seorang pengkritik wain terkenal, En. Robert Parker telah menganugerahkan La Mission dengan mata penuh 100/100 sebanyak 9 kali; mengatasi pencapaian mana-mana Château di Bordeaux masyhur yang lain.
"Saya mempunyai banyak botol wain La Mission Haut-Brion dalam koleksi peribadi saya berbanding mana-mana jenama wain lain di dunia… La Mission telah lama menjadi salah satu wain paling hebat yang untuk dinimati dan juga salah satu yang paling luar biasa tahap konsistennya." En. Robert Parker Jr, 3 September 2012.
Para pengumpul berpeluang untuk mendapatkan botol-botol yang amat sukar didapati daripada wain yang unik ini, yang popular dengan gelaran First Growth of Bordeaux ke-6.
"…hasil daripada kebanyakan penilaian daripada pengkritik, pengguna dan indeks perdagangan, La Mission dianggap setaraf dengan wain berstatus First Growth. Ia dikenali sebagai "First Growth keenam" dan meraih penarafan tertinggi berbanding mana-mana wain lain…Apabila para penggemar wain menilai pembuatan Château La Mission Haut-Brion yang berbeza, mereka mengiktiraf wain-wain ini sebagai antara wain yang terhebat di dunia."
En. Jamie Ritchie, Ketua Sedunia bagi Sotheby's Wine.
Bursa Wain Bermutu Tinggi Liv-Ex juga turut menobatkan Chateau La Mission Haut-Brion sebagai wain First Growth ke-6 dalam setiap pengkelasan semua wain-wain Bordeaux sejak tahun 2009.
"Ini merupakan kali keempat Liv-Ex menjalankan proses pengkelasannya sendiri dan La Mission Haut-Brion diberikan status First Growth setiap kali pengkelasan dilaksanakan." Liv-Ex 14 Julai 2015
Ia merupakan jualan pertama seumpamanya yang menumpu sepenuhnya terhadap wain-wain La Mission, seraya turut menawarkan peluang unik kepada para pengumpul yang bijak untuk mendapatkan beberapa wain putih terisitimewa dengan mutu tertinggi di dunia, iaitu Chateau Laville Haut-Brion dan Château La Mission Haut-Brion Blanc. Hanya 500 botol wain putih ini dikeluarkan setiap tahun.
Selain itu, jualan lelong ini akan memberi peluang kepada para pembida untuk menyumbang terhadap usaha amal Bandar Raya New York yang amat baik. Lelongan amal bagi tujuan membantu Pertubuhan bukan berasaskan keuntungan GOSO (Getting Out and Staying Out) akan menyediakan jamuan makan malam di Restoran gourmet baharu Domaine Clarence Dillon, Le Clarence, di tengah-tengah kota Paris. Usaha amal ini juga melibatkan kunjungan peribadi dan jamuan makan tengah hari di Château La Mission Haut-Brion untuk 6 orang.