omniture

Fragrance Du Bois Membuat Penampilan Sulung di Parfumerie Tresor, Hong Kong

Fragrance Du Bois
2016-10-12 14:03 846

HONG KONG, 12 Oktober 2016 /PRNewswire/ -- Syarikat minyak wangi mewah Perancis, Fragrance Du Bois, dengan penuh bangga mengumumkan penampilan sulung di Asia Timur pada 5 Oktober 2015, di butik minyak wangi artistik pertama dan satu-satunya di Hong Kong, Parfumerie Tresor

Diilhamkan oleh 'bilik solek si anak gadis', Parfumerie Tresor terletak di tengah-tengah bandar di daerah Central yang sibuk, di 28 Lyndhurst Terrace, dan sejak ditubuhkan pada tahun 2014, ia telah menyerlahkan dan mempamerkan 23 jenama khusus dan artistik seperti Jovoy, Bella Bellissima, Xerjoff, Memo, Jeroboam dan banyak lagi.

Parfumerie Tresor, butik minyak wangi artistik pertama dan satu-satunya di Hong Kong.
Parfumerie Tresor, butik minyak wangi artistik pertama dan satu-satunya di Hong Kong.

Bahan utama di sebalik ciptaan kesemua produk Fragrance Du Bois ialah minyak Oud yang 100% asli, semula jadi dan organik, dihasilkan secara lestari di ladang milik jenama tersebut.

Gaharu, yang menghasilkan minyak Oud, bukanlah suatu yang asing di Hong Kong, dan ia merupakan spesies pokok yang memberikan nama Hong Kong yang terkenal ini. 'Pelabuhan Harum' ('Fragrant Harbour') menjadi nama yang direkod secara rasmi setelah berlakunya Perjanjian Nanking pada tahun 1842, dengan wilayah tersebut serta kawasan pelabuhan di sekitar itu khususnya, berperanan sebagai hab Asia dan pembekal serantau serta pusat pengagihan bagi unsur-unsur dan bahan-bahan beraroma.

Minyak Oud memberikan sifat kesempurnaan dan ketahanan luar biasa bagi minyak wangi. Rangkaian produk unik milik Fragrance Du Bois telah mengukuhkan pengaruh jenama itu di peringkat antarabangsa dalam tempoh yang amat singkat, khususnya setelah diperkenalkan di Paris awal tahun ini, di House of Jovoy, iaitu 'Kedutaan minyak wangi istimewa'.

Klos istimewa Fragrance Du Bois di Parfumerie Tresor, Hong Kong.
Klos istimewa Fragrance Du Bois di Parfumerie Tresor, Hong Kong.

"Kami amat teruja untuk membuat penampilan sulung di Hong Kong," kata Nicola Parker, Pengarah Jenama Fragrance Du Bois. "Pauline dan pasukannya memperlihatkan dan menghayati nilai-nilai serta etos yang sama seperti kami, dan kami tidak dapat membayangkan rakan kongsi yang lebih baik berbanding Parfumerie Tresor. Hong Kong ialah sebahagian daripada pelan peluasan strategik kami untuk mendekati penduduk Cina yang sudah lama memahami Oud dan gaharu. Ia telah menjadi sebahagian daripada sejarah mereka selama beribu-ribu tahun."

Beliau meneruskan, "Kami turut berhasrat untuk menambah rangkaian produk kami dengan serpai kayu, minyak Oud dan kayu setanggi di Hong Kong dalam tempoh beberapa bulan akan datang. Saya berharap dapat menjalin kerjasama unik dengan Parfumerie Tresor dan saya turut berasa teruja terhadap prospek yang akan dibawakan oleh kerjasama ini."

Pauline Lau, Pengasas dan Pengarah Urusan Parfumerie Tresor mengulas, "Kami berbesar hati untuk mengalu-alukan kedatangan Fragrance Du Bois ke Hong Kong. Sebagai sebahagian daripada komitmen kami terhadap kreativiti dan keunikan, kami berhasrat untuk memperkenalkan jenama-jenama minyak wangi bebas yang unggul dan mewah kepada pelanggan Hong Kong dan Asia. Menerusi minyak wangi Fragrance Du Bois yang menarik dan mewah, saya amat yakin jenama ini akan memberikan pengalaman deria dan haruman serba baharu untuk pelanggan kami."

Dengan menggunakan hanya bahan-bahan terbaik yang diperoleh dan dihasilkan secara lestari, Fragrance Du Bois memiliki beberapa buah butik di Paris, Singapura, Kuala Lumpur dan Bangkok, selain beberapa butik tambahan yang bakal dibuka di Doha, Geneva, Milan, Marbella, New York serta Los Angeles yang dirancang untuk beberapa bulan akan datang.

Untuk maklumat lanjut, sila muat turun di http://fdbo.is/HK-launch.

Nota untuk Editor:

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Samantha Tham 
Eksekutif Perhubungan Awam & Pemasaran, Singapura
E-mel: samantha.tham@fragrancedubois.com 
Tel: +65 9144 0933

Latar Belakang Fragrance Du Bois

Fragrance Du Bois ialah sebuah syarikat minyak wangi khas yang mewah, dihasilkan daripada sari pati alam semula jadi yang terkaya, diadun oleh pakar minyak wangi generasi kelima daripada tradisi Grasse, Perancis pada abad ke-17. Bahan utama di sebalik ciptaan kesemua produk Fragrance Du Bois ialah minyak Oud yang istimewa, yang memencarkan aroma kemewahan sebenar yang tersendiri dan unik. Kesemua minyak Oud yang digunakan oleh Fragrance Du Bois dihasilkan di ladang sendiri yang diurus secara lestari dengan jaminan penghasilan sumber yang beretika dan mampan.

Latar Belakang Parfumerie Tresor  

Parfumerie Tresor menghimpunkan pembuat minyak wangi yang kreatif dan unik di bawah satu bumbung; anda tidak akan menemui kebanyakan minyak wangian ini di lain di bandar ini. Parfumerie Tresor bukan sahaja menghimpunkan kisah jenama yang berbeza dan juga semangat bebas wangian ini, malah ia turut menjadi ruang kreatif bagi mengadakan acara-acara kebudayaan yang mempromosikan seni wangian. Gandingan sempurna antara minyak wangi dan personaliti adalah satu gaya anggun ekspresi diri seseorang kepada dunia.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161010/8521606449-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161010/8521606449-b

Source: Fragrance Du Bois
Keywords: Cosmetics & Personal Care Fashion Household/Consumer/Cosmetics Corporate Expansion New products/services