omniture

En. Toshiaki Egashira Raih Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Sempena Anugerah Industri Insurans Asia ke-20

MSIG
2016-10-13 02:39 663

MACAU, 13 Oktober 2016 /PRNewswire/ -- Industri insurans Asia meraikan nadi penggerak utamanya dalam sebuah majlis makan malam gala di Macau malam semalam, bagi memberi penghormatan kepada seramai 15 pemenangnya. Anugerah Industri Insurans Asia kali ke-20 meraikan pencapaian penggiat industri yang cemerlang dalam pelbagai kategori. Bagi memberi penghormatan kepada individu yang telah memberi sumbangan jangka panjang yang paling cemerlang untuk industri insurans di Asia, Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat yang berprestij dianugerahkan kepada En. Toshiaki Egashira, iaitu Penasihat Kanan Lembaga Mitsui Sumitomo Insurance Company, Limited.

En. Toshiaki Egashira
En. Toshiaki Egashira

 

En. Toshiaki Egashira menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat
En. Toshiaki Egashira menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat

Seorang pemimpin yang berani dan memberi inspirasi, En. Egashira diberi kepercayaan untuk mengetuai Mitsui Sumitomo Insurance "MSI" (entiti insurans bukan hayat utama MS&AD) pada April 2006. Dengan tiga puluh tahun kelayakan dalam penajajaminan, strategi pemasaran dan korporat, En. Egashira menyahut salah satu cabaran terbesar dalam kerjaya beliau iaitu mengubah MSI yang berfokuskan domestik kepada kuasa besar insurans global dengan melaksanakan perubahan penting yang dapat membentuk semula budaya korporat Kumpulan ini.

En. Egashira telah dinobatkan sebagai pendorong perubahan dan pengembangan selain menerajui kejayaan rancangan penambahbaikan yang bermatlamat untuk meningkatkan kualiti insurans yang ditawarkan oleh MSI, dan dengan berbuat demikian, ia dapat meraih kepercayaan dan sokongan daripada pelanggan. Aspirasi dan harapan beliau kepada MSI ialah "untuk menjadi sebuah syarikat yang mengutamakan sudut pandangan pelanggan." Kini, jenama Mitsui Sumitomo amat sinonim dengan "kualiti" dan "amanah" di Jepun dan juga seluruh rantau ini.

Seorang warga Jepun pertama yang berjaya meraih anugerah kehormat ini, En. Egashira yang membina kerjaya cemerlang selama lebih 40 tahun, berucap kepada orang ramai dengan penuh rendah hati, "Anugerah ini diperoleh bukan atas usaha saya seorang, tetapi juga melalui usaha kesemua pihak pengurusan dan kakitangan, selain rakan niaga dan juga rakan taulan, daripada Mitsui Sumitomo Insurance Company yang saya bertuah kerana dapat bekerjasama dengan mereka sepanjang lebih 40 tahun dalam industri ini." Beliau menyambung, "Penting untuk kita sedari bahawa walau apa pun pencapaian kita dalam industri ini, kita perlu sentiasa memikirkan cara untuk mengusahakan sesuatu lebih daripada yang diperlukan – 'Berusaha Sehabis Daya' iaitu moto kami di MSIG – dari segi kecemerlangan perkhidmatan demi membantu pelanggan kita serta menyumbang kepada masyarakat yang lebih luas."

Dalam ucapan penutupnya, En. Egashira mengulas, "Industri ini adalah cerita hati dan saya berharap dapat melihat ia terus membawakan kesan positif kepada ramai individu."

Dengan 395 pencalonan untuk anugerah itu dan barisan hakim yang terdiri daripada 30 pemimpin perniagaan dan pengawal selia antarabangsa daripada industri insurans, Anugerah Industri Insurans Asia yang diadakan setiap tahun ini merupakan anugerah utama bagi industri insurans di rantau ini. Ia telah dianjurkan sejak tahun 1997 oleh Asia Insurance Review, jurnal utama dan rakan strategik daripada industri insurans rantau ini.

MS&AD Insurance Group ("MS&AD") 

Menerima anugerah "Syarikat Insurans Am Terbaik Tahunan" oleh Asia Insurance Review pada tahun 2011, MS&AD ditubuhkan pada tahun 2010 hasil gabungan perniagaan dengan Mitsui Sumitomo Insurance Group Holdings, Inc., Aioi Insurance Co. Ltd., dan Nissay Dowa General Insurance Co., Ltd. Kini, MS&AD ialah salah sebuah kumpulan insurans am terbesar dunia yang berada di lebih 46 buah negara dan rantau, dengan 16 buah negara berada di Asia dan juga Oceania. Berpangkalan di Jepun, MS&AD aktif dalam lima segmen perniagaan, iaitu insurans bukan hayat domestik (Jepun), insurans hayat domestik (Jepun), perniagaan luar negara, perniagaan perkhidmatan kewangan dan perniagaan berkaitan risiko.

www.ms-ad-hd.com

Latar Belakang MSIG

Selama lebih 100 tahun, MSIG telah menjadi penyedia insurans am yang utama di Asia. Kini, mempunyai wakil di setiap negara ASEAN, MSIG terus meningkat maju dari segi kekuatan dan capaian. Menerusi pengalaman yang luas serta komitmen terhadap Asia, MSIG memanfaatkan pengedaran berbilang salurannya dan jalinan kerjasama yang kukuh bersama orang tengah serta jaringan geografi yang luas bagi menawarkan pelbagai pilihan penyelesaian insurans merentasi keperluan peribadi dan juga komersial. 

Menggabungkan amalan terbaik global dan tempatan, 4,500 kakitangan MSIG di seluruh rantau ini berusaha memberi impak yang ketara terhadap perniagaan ini dan juga gaya hidup pelanggannya. MSIG merupakan anggota MS&AD dan salah satu subsidiari Kumpulan ini, MSIG Singapura, terpilih sebagai "Pasukan Tuntutan Syarikat Insurans Terbaik Tahunan" sempena Anugerah Tuntutan Asia Pasifik 2016, manakala MSIG Malaysia pula mencapai kejayaan penting apabila ia menerima anugerah "Syarikat Insurans Am Terbaik Tahunan" sempena Anugerah Industri Insurans Asia 2015.

MSIG juga pernah merangkul "Anugerah Tanggungjawab Sosial Korporat" sempena Anugerah Industri Insurans Asia 2009 yang memperakui segala usaha melibatkan tanggungjawab sosial oleh syarikat itu untuk menyumbang semula kepada masyarakat setempat.

Terletak di Singapura, MSIG Holdings (Asia) Pte. Ltd. ("MSIG Asia") ialah sebuah syarikat pemegangan serantau dan sebuah anak syarikat milik penuh Mitsui Sumitomo Insurance Company, Limited dalam MS&AD Insurance Group yang lebih besar. MSIG Asia diterajui oleh Pengerusinya, En. Isao Nojo dan Ketua Pegawai Eksekutif Serantau, En. Alan Wilson.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161012/8521606477-a 
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161012/8521606477-b 
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20161011/8521606477LOGO

Source: MSIG
Keywords: Banking/Financial Service Insurance Awards