omniture

Institusi di 6 Negara Asia Pasifik Menggunapakai Standard Kad Cip UnionPay

UnionPay International
2016-10-13 16:23 532

BEIJING, 13 Oktober 2016 /PRNewswire/ -- Hari ini UnionPay mengumumkan kerjasama perlesenan teknologi kad cipnya dengan tujuh ahli Asian Payment Network (APN). Ini menandakan satu kejayaan besar ke arah "Menjadi Global" bagi standard teknologi Kewangan China. Rangkaian suis utama di Singapura, Thailand, Korea Selatan, Malaysia, Indonesia dan Filipina akan menggunakan standard kad cip UnionPay untuk penerimaan dan pemberian kad.

Fan Yifei, Naib Presiden People's Bank of China; Ge Huayong, Pengerusi UnionPay China: dan Shi Wenchao, Presiden UnionPay China menghadiri upacara menandatangani perjanjian itu. Cai Jianbo, Ketua Pegawai Eksekutif UnionPay Antarabangsa dan wakil rakan kongsi menandatangani perjanjian itu.

Kad UnionPay kini diterima di 160 buah negara dan rantau, dan dikeluarkan di 40 negara dan rantau. Dalam pada mempromosikan perniagaan merentasi sempadan, UnionPay turut menggunakan sepenuhnya kelebihannya dari segi rangkaian, produk, teknologi, dan standard untuk memainkan peranan dalam pembinaan infrastruktur kewangan bagi pasarannya di luar tanah besar China.

Fan Yifei berkata, "Industri pembayaran China sedang berkembang pesat dan memainkan peranan yang semakin penting dalam mempromosikan e-dagang, meningkatkan pemasukan kewangan, memenuhi permintaan pelanggan dan menjana pertumbuhan ekonomi. Penggunaan kad cip standard UnionPay bermakna teknologi dan perkhidmatan UnionPay telah diiktiraf oleh pasaran antarabangsa." Beliau mengalu-alukan cadangan dan nasihat dari rakan sejawat luar negara dan bersedia untuk berkongsi peluang dengan lebih ramai rakan kongsi.

Ge Huayong berkata, "UnionPay telah mengambil bahagian dalam pembinaan infrastruktur kewangan di banyak negara Asia sejak 2014. Kerjasama dengan APN ini akan membantu mewujudkan saling hubung antara rangkaian bayaran di rantau Asia Pasifik dan akan membantu pertukaran kewangan antara negara-negara dan rantau-rantau ini."

Terdiri dari 13 rangkaian suis di 11 negara Asia Pasifik, APN disasarkan untuk mewujudkan saling hubung antara pelbagai rangkaian bayaran di rantau itu. Pada 2005, APN memilih UnionPay sebagai penyedia tunggal bagi standard kad cip rentas sempadannya melalui pembidaan kompetitif. Kini, ahli-ahlinya akan menggunakan kad cip standard UnionPay untuk semua kad berjenama APN yang dikeluarkan.

Penandatanganan perjanjian ini mempunyai kepentingan yang besar: Pertama, ia bermakna kerjasama di antara UnionPay dan industri bayaran di luar China telah ditingkatkan daripada kerjasama perniagaan kepada perkongsian komprehensif dari segi produk dan standard. Kedua, ia membantu industri bayaran melalui peningkatan pasaran ini, dan membuka jalan untuk pelancaran produk-produk bayaran inovatif UnionPay. Ketiga, ia membantu meningkatkan daya saing industri bayaran China.

 

Source: UnionPay International
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Licensing/marketing agreements New products/services