omniture

10 Ultraman, 6 Kesatria Jahat & 20 Raksasa bakal Mengujakan Peminat pada Cuti Sekolah Disember ini di Resorts World Genting

Adiwira kini kembali untuk menyelamatkan Bumi daripada jatuh ke tangan penjahat
Resorts World Genting
2016-10-13 21:28 1165

KUALA LUMPUR, Malaysia, 13 Oktober 2016 /PRNewswire/ -- Para peminat Ultraman pastinya teruja dengan berita kemunculan adiwira ini di Resorts World Genting untuk bertarung dengan musuh ketat mereka, kuasa jahat dari planet Baltan tidak lama lagi. Misi mereka perlu dilaksanakan segera: Untuk menyelamatkan planet Bumi daripada jatuh ke tangan penjahat.

Ultraman Secara Langsung di Genting 2016 - Dendam Baltan
Ultraman Secara Langsung di Genting 2016 - Dendam Baltan

Para peminat adiwira ini boleh berada di sana untuk memberikan sokongan kepada Ultraman Zero, Ultraman X dan rakan-rakannya ketika mereka bertarung dengan makhluk asing mirip antropoda. Pertunjukan secara langsung yang menggemparkan ini bakal menampilkan beberapa watak paling terkenal dalam francais Ultraman, dan akan berlangsung di Genting International Showroom dua kali sehari, iaitu pada jam 4 petang dan 8 malam.

Kevin Tann, Naib Presiden Bahagian Promosi dan Hiburan, Resorts World Genting, berkata acara-acara berorientasikan keluarga seperti pertunjukan secara langsung Ultraman ini patut digalakkan memandangkan ia memupuk perpaduan dan menyajikan teladan positif. Adiwira ini mungkin hanyalah sekadar mitos namun kita semua dapat menghargai semangat keperwiraan mereka - keberanian membantu orang ramai. Watak-watak seperti Ultraman pula dapat mengajar kita bahawa setiap individu mempunyai potensi untuk menjadi seorang wira atau seorang yang baik. Kita semua mempunyai kekuatan untuk menjadi seorang yang positif dan jujur.

Tann menambah, "Tiket pertunjukan Ultraman ini telah  habis dijual pada tahun lalu. Tahun ini, kami menambah lebih banyak pertunjukan dan acara kemuncak yang disediakan kali ini ialah terdapatnya dua bahagian bagi pertunjukan 'Ultraman Secara Langsung di Genting 2016 - Dendam Baltan'. Bahagian Satu akan bermula dari 5 November hingga 6 Disember manakala bahagian Dua pula bermula dari 7 Disember hingga 2 Januari. Pertunjukan ini menjanjikan begitu banyak aksi, berbanding pertunjukan terdahulu yang kami bawakan pada awal tahun lalu."

En. Yoshihide Tanaka, Wakil Hal Ehwal Perniagaan Antarabangsa daripada Tsuburaya Production berkata, "Penonton Malaysia boleh menjangkakan pertunjukan yang dinamik dan bertenaga daripada produksi serba baharu Dendam Baltan ini. Kesemua anggota kru didatangkan dari Jepun dan kali ini lebih banyak kejutan yang akan dipertontonkan!"

Pertunjukan Secara Langsung

Ultraman Secara Langsung di Genting 2016 - Dendam Baltan akan menampilkan 10 Ultraman bertarung dengan enam kesatria jahat dan juga banyak raksasa daripada planet Baltan. Misi mereka perlu dilaksanakan segera: Untuk menyelamatkan Planet Bumi daripada jatuh ke tangan penjahat.

Para adiwira ini akan berhadapan dengan kesatria jahat seperti Chaos Ultraman Calamity, Dark Lops Zero, Kaiser Darkness, Dark Zagi dan Evil Tiga. Pertunjukan secara langsung ini merupakan kali pertama para penjahat ini ditampilkan di resort tersebut.

Ultraman Secara Langsung di Genting 2016 membuka tirai pertunjukan dengan adegan kemusnahan yang menimbulkan tanda tanya dalam kalangan penonton, mengapa adiwira kesayangan mereka sanggup memusnahkan planet Bumi. Ya, Bumi diserang – tetapi apa yang berlaku bukan seperti yang disangkakan. Serangan bukan berpunca daripada adiwira  kita, tetapi oleh kuasa gelap yang dihantar oleh Baltan ke Bumi - kumpulan penjahat yang diketuai oleh Chaos Ultraman Calamity dan juga penjahat terkenal yang lain.

Kini, ia bergantung kepada Ultraman Zero dan rakan-rakannya untuk menyelamatkan keadaan, dan mereka akhirnya berkumpul di Genting Highlands untuk menewaskan kesatria jahat dan Baltan. Para peminat Ultraman yang ingin berada di sana bagi menyaksikan adegan ini perlu meletakkan pertunjukkan secara langsung ini dalam senarai wajib ditonton akhir tahun ini.

Tiket-tiket untuk Ultraman Secara Langsung di Genting 2016 - Dendam Baltan ini berharga RM108 (VIP), RM88 (PS1) dan RM68 (PS2). Setiap tiket didatangkan dengan jam tangan Ultraman.

Para peminat Ultraman juga boleh memilih pakej yang menyediakan tiket pertunjukan dan juga penginapan (mula disediakan sekarang hingga 2 Januari 2017). Pakej dengan harga permulaan RM169 ini melayakkan mereka untuk menginap di First World Hotel (bilik deluxe Y5) dan ini turut disertakan dengan dua tiket pertunjukan. Empat individu dalam satu kumpulan boleh memilih pakej bilik Bertiga Y5 yang turut disertakan dengan empat tiket pertunjukan, berharga bermula daripada RM278.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi +603-27181118 atau layari www.rwgenting.com.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161006/8521606382

Source: Resorts World Genting
Keywords: Entertainment Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel