ST. PETERSBURG, Rusia, 17 Oktober 2016 /PRNewswire/ -- Ulmart, peneraju platform e-dagang dan peruncit dalam talian pertama yang memperoleh kutipan keuntungan $1 billion, telah membuktikan mengapa syarikat itu ialah bintang bagi "ekonomi pasca-komoditi baharu Rusia" sewaktu di Ekspo Real, Munich.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151015/277241LOGO )
Dalam tahun keduanya di pameran hartanah itu, reruai Ulmart mendapat pujian meluas atas pendekatannya yang inovatif. Mempamerkan model pusat penyampaian bandar dan pinggir bandarnya yang unik, Ulmart turut melangsungkan 3 sesi perniagaan memfokuskan tentang peranan syarikat itu dalam "Revolusi Perindustrian ke-4 (4th IR)" sebagaimana yang digambarkan oleh pengasas Forum Ekonomi Dunia dan Pengerusi Eksekutif, Klaus Schwab.
"Revolusi digital ini membentuk semula cara perniagaan dijalankan. Ekonomi lama, masih penting sebagai asas kepada yang baharu, tetapi ia tidak akan menjadi pemacu kepada pertumbuhan bagi 10, 20, dan 30 tahun akan datang. Sebagai peneraju platform e-dagang di Rusia, kami telah mengambil rujukan daripada buku Professor Schwab berkaitan 4thIR, dan mengubahsuai cara kami berurusniaga di masa hadapan," terang Brian Kean, Ketua Pegawai Antarabangsa Ulmart.
Sebagaimana yang dinyatakan lebih dari sekali oleh wakil syarikat dan peserta sewaktu sesi perniagaan di reruai, pertumbuhan dalam e-dagang dan teknologi secara umumnya, bukan sahaja mencipta peluang pekerjaan dalam ekonomi Rusia yang mula menunjukkan kekuatan baharu dan menyeluruh; tetapi pertumbuhan baharu yang dipacu pengguna ini, turut membawa kepada peningkatan nilai hartanah.
"Gudang dan infrastruktur lama tidak menyediakan perkara yang kita perlukan. Pengguna di ruang e-dagang Rusia mempunyai permintaan spesifik yang berbeza daripada permintaan yang dibuat oleh pengguna Eropah dan Amerika. Demi memenuhi permintaan ini, kami telah membina mengikut keperluan khas pusat penyampaian kami, memperkenalkan teknologi yang pada ketika itu belum pernah digunakan di Rusia. Sebagai hasilnya, kami telah menyaksikan pertumbuhan pesat dalam tempoh lima tahun lalu," kata Elena Smirnova, Ketua Pegawai Komunikasi untuk syarikat itu.
Pengguna Rusia adalah penduduk dunia 4th IR yang berpengalaman. Para pengguna ini memacu ekonomi sama ada untuk mengejar, atau, dalam kes Ulmart, menerajui revolusi ini. Memenuhi permintaan pelanggan tempatan akhirnya membangunkan ekonomi Rusia.
"4th IR sudah tiba di sini dan sama ada kamu menerimanya dan berkembang maju atau gagal memahaminya dan ketinggalan," kata Brian Kean sewaktu penutup salah satu sesi syarikat berkenaan yang bertajuk: "Bolehkah Bandar Pintar menjadi pulau-pulau Pertumbuhan Ekonomi Rusia."
Sumber: Ulmart