omniture

Projek SKD GAC Motor Bermula di Nigeria, Terus Menekankan Kawalan Kualiti dalam Strategi Global Syarikat

GAC Motor
2016-10-17 08:51 408

GUANGZHOU, China, 17 Oktober 2016 /PRNewswire/ -- GAC Motor menyiapkan pemasangan dan pengujian komponen bagi lapan kenderaan GS4 pertama untuk projek SKD (komponen separa terurai) GAC Motor pada 1 Oktober lalu melalui CIG Motors, pengedar GAC Motor di Nigeria. Kejayaan pelancaran projek SKD GAC Motor merupakan kali pertama komponen kenderaan Cina dipasang di Nigeria, yang amat menggalakkan jalinan kerjasama China-Afrika dan menjadi perintis bagi kenderaan Cina untuk pasaran Nigeria.

GAC Motor menyiapkan pemasangan dan pengujian komponen bagi lapan kenderaan GS4 pertama dalam projek SKD (komponen separa terurai) GAC Motor menerusi CIG Motors, pengedar GAC Motor di Nigeria.
GAC Motor menyiapkan pemasangan dan pengujian komponen bagi lapan kenderaan GS4 pertama dalam projek SKD (komponen separa terurai) GAC Motor menerusi CIG Motors, pengedar GAC Motor di Nigeria.

Kilang SKD dibangunkan di Nigeria bagi tujuan mengoptimumkan rantaian bekalan, memendekkan tempoh pengeluaran dan mengurangkan kos produk, selain pada masa yang sama dapat mencipta peluang pekerjaan dan juga merangsang ekonomi tempatan. Prosedur operasi standard digunakan demi menjamin ketekalan produk, yang mana GAC Motors akan menyediakan bimbingan lapangan berkaitan kawalan kualiti serta sokongan teknikal.

Projek ini merupakan langkah GAC Motor yang selanjutnya untuk menembusi pasaran global. Bilik-bilik pameran GAC Motors kini berada di 15 buah negara, kebanyakan terletak di Timur Tengah, Asia Tenggara dan juga Amerika Selatan. Pada tahun 2016, GAC Motor membuka tiga buah bilik pameran di Paraguay, Jordan dan Nigeria selain turut memeterai satu perjanjian dengan pengedar Myanmar. Ia turut menganjurkan beberapa siri acara pemasaran global, termasuk acara pandu uji GAC Motor pertama di Litar Antarabangsa Bahrain anjuran satu-satunya pengedar sah GAC Motor di kerajaan Bahrain, Tas'heelat Automotive Company. GAC Motor turut menaja 'Oscar Afrika', Anugerah Pilihan Africa Magic Viewers (AMVCA) di Pusat Konvensyen Eko Hotel.

Kedua-dua pasaran baru muncul dan juga pasaran yang lebih matang serta maju di Eropah dan Amerika Utara adalah amat penting untuk objektif pengantarabangsaan strategik GAC Motor, menurut Yu Jun, Pengurus Besar GAC Motor. Bagi pasaran baru muncul, GAC Motor memberi tumpuan terhadap publisiti jenama, perkhidmatan dan sokongan serta pemupukan bakat. SKD dan CKD (komponen terurai sepenuhnya) bagi pasaran ini pula menyediakan asas penting untuk rantaian bekalan global serta sistem pengeluaran. Sementara itu, GAC Motor merancang untuk menubuhkan pusat-pusat penyelidikan di Amerika Utara bagi meningkatkan keupayaan penyelidikan & pembangunan (R&D).^

Dalam Laporan Kajian Kualiti Awal Kenderaan Baharu Cina 2016 yang baru diterbitkan oleh J.D. Power Asia Pasifik, GAC Motor tersenarai pada kedudukan pertama bagi jenama Cina selama empat tahun berturut-turut dan meraih pencapaian bersejarah untuk jenama Cina apabila tersenarai pada kedudukan kelima dalam industri kereta. Sementara itu, GAC Motor GS4 menjadi pemenang dalam satu kejohanan antara jenama-jenama Cina dengan mencapai skor sebanyak 93 dalam segmen SUV kompak.

Sejak 6 tahun lalu, GAC Motor telah menunjukkan peningkatan penting dalam kualiti produk, penaiktarafan produktiviti dan pengaruh jenama, selain membuka laluan baharu untuk industri pembuatan moden di China. Model GS8 GAC Motor baharu akan dilancarkan di Pusat Ekspo Antarabangsa Hangzhou, lokasi utama sidang kemuncak G20, untuk terus memperlihatkan pencapaian dari segi kualiti kepada khalayak global.

Latar Belakang GAC Motor

GAC Motor ialah sebuah anak syarikat GAC Group yang komited dalam membangunkan dan mengeluarkan kenderaan, enjin, komponen dan aksesori kereta dengan kualiti bertaraf dunia. GAC Motor tersenarai pada kedudukan kelima antara semua jenama yang tersenarai dalam Kajian Kualiti Awal China 2016 oleh J.D. Power Asia Pasifik, iaitu kedudukan tertinggi antara semua jenama Cina selama empat tahun berturut-turut.

HUBUNGI:

Zhujun Wang
+86-20-3920-6308
sukie_gacmotor@126.com

Qi Li
liqi@gacmotor.com

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161014/0861610593

Source: GAC Motor
Keywords: Auto Transportation Contracts