omniture

FreshTunes - Satu Perkhidmatan Pengedaran Muzik Baharu yang Disruptif diumumkan

FreshTunes
2016-10-17 08:57 564

LONDON, 17 Oktober 2016 /PRNewswire/ -- FreshTunes, satu perkhidmatan pengedaran muzik digital baharu telah memasuki pasaran dan bersedia untuk mengubah sektor itu dengan satu tawaran unik kepada artis bebas – sebuah perkhidmatan percuma untuk mengedarkan muzik kepada semua platform pengstriman muzik utama dan kedai-kedai digital, tersedia secara dalam talian di http://www.freshtunes.com.

     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161014/428765 )

Ciri-ciri utama antara muka FreshTunes dalam talian yang mudah dan mesra pengguna ialah:

  • Pendaftaran percuma dan muat naik kandungan 24 jam kepada semua kedai digital utama – membolehkan artis untuk menguruskan pelancaran, hasil seni dan keterangan runut mereka dan memantau statistik jualan dan penstriman melalui sebuah papan pemuka yang elegan.             
  • Muzik diedarkan kepada semua platform muzik utama seperti Spotify, Apple Music, iTunes, Deezer, GoogleMusic, Amazon music, Shazam, YouTube, SAAVN, Guvera dan banyak lagi.
  • Fresh Tunes tidak mengambil sebarang potongan keuntungan, royalti atau hak – artis mendapat kesemua 100%
  • Perkhidmatan tambah-nilai tambahan seperti produksi kerja seni, produksi video lirik, produksi nada dering, promosi video artis di saluran You Tube FreshTunes, pengindukan muzik terautomasi LANDR dan MFiT untuk memuatkan muzik pada standard kualiti iTunes.                                                                                        

Modal Perniagaan yang dilaksanakan adalah telus, mudah dan unik sepenuhnya- Fresh Tunes menjana wang dari perkhidmatan tambah-nilainya dan sedikit faedah daripada wang yang ditinggalkan di dalam akaun, kerana pengguna boleh mengeluarkan wang dalam gandaan £25. Melalui cara ini, perkhidmatan standardnya akan sentiasa kekal percuma untuk semua.

Fresh Tunes memasuki pasaran pada Musim Bunga 2016, dan khidmatnya sudahpun melangkaui semua sasaran – dengan pengguna di 84 negara, termasuk UK, AS dan juga Persekutuan Rusia, India dan Brazil.

Dalam tempoh hanya enam bulan, Fresh Tunes telah mengumpulkan satu senarai yang terus berkembang yang kini mencecah 50,000 runut. Fresh Tunes telah membolehkan bintang hip hop bebas Oxxxymiron mendapat album #1 (Carta Hip Hop, iTunes Rusia), dan juga mengedarkan muzik Jamala, pemenang dari Ukrain bagi Pertandingan Lagu Eurovision 2016.

Fresh Tunes ditubuhkan bersama oleh Nikolay Okorokov, ia beribupejabat di Dubai dengan teknologi dan hab operasinya di Moscow, sebuah bandar yang kian pesat menjadi hab global bagi teknologi dan kreativiti. Syarikat permulaan itu juga telah menubuhkan pejabat di Brazil dan UK.

Nikolay Okorokov berkata: "Saya percaya kami telah mencipta satu model baharu yang adil dan memberi nilai kewangan terbaik untuk semua artis bebas. Kami percaya ia ialah satu model yang akan mencipta satu anjakan dalam pengedaran muzik digital. Jadi ramai artis sekarang memilih untuk kekal bebas, walaupun selepas mencapai kejayaan global – ia adalah satu trend yang semakin jelas dan FreshTunes adalah usaha memperkasa dan menyokong komuniti ahli muzik bebas serata dunia untuk benar-benar menguruskan kerjaya mereka, menurut terma mereka sendiri sepenuhnya."

Dalam hampir dua puluh tahun kerjayanya, Okorokov, 38 tahun mempunyai rekod terdahulu yang mengagumkan dalam bidang kandungan muzik digital, perniagaan teknologi dan komunikasi dengan menubuhkan dan menerajui pelbagai syarikat, Iricom, Rightscom, Kedoo, studio animasi 3D Sparrow dan pegangan sahamnya dalam label Russia NDA. Pendekatan perniagaan bervisi, kepimpinan pakar dan tindak balas yang pantas oleh Okorokov dalam dunia digital yang bergerak pantas ini menjadikan beliau peneraju dalam pasaran kandungan digital Rusia yang membangun.

Okorokov menambah: "Semuanya tersedia percuma, perkhidmatan kini juga mampu digunakan oleh semua.  Perkara yang sama juga berlaku dalam muzik. FreshTunes memiliki model 'freemium', perkhidmatan utama bagi pengedaran muzik kepada platform digital adalah percuma sepenuhnya, dan jika pengguna inginkan tambahan perkhidmatan tambah-nilai, mereka tidak keberatan untuk membayar sedikit bayaran kecil. Kami benar-benar percaya, semua orang berhak untuk berkongsi seni mereka, membina komuniti mereka dan mendekati khalayak global secara percuma."

Sumber: FreshTunes

Source: FreshTunes
Keywords: Entertainment