omniture

Memperkenalkan Rangkaian Stilus Baharu untuk Kehidupan Terhubung: Bamboo Omni, Bamboo Solo dan Bamboo Duo

Menerusi dunia kita yang terhubung, kita seiring bertukar-tukar telefon pintar, tablet dan sistem operasi yang berbeza untuk menyiapkan walau tugas yang mudah. Wacom memperkenalkan rangkaian stilus baharu yang menjamin input yang pantas dan respons tepat menerusi pelbagai peranti mudah alih. Bamboo Omni ialah stilus yang berhujung halus, yang berfungsi serta merta pada kebanyakan skrin sentuh iOS dan Android™ dengan hanya satu pulasan. Bamboo Solo dan Bamboo Duo yang dikemas kini pula menampilkan reka bentuk baharu yang bergaya dan selesa bagi menjamin navigasi yang tepat serta skrin sentuh yang bersih. Kini, proses menavigasi atau menulis pada skrin sentuh adalah lebih intuitif dan selesa seperti mana pen kegemaran anda.
Wacom
2016-10-17 11:08 660

BERLIN, 17 Oktober 2016 /PRNewswire/ -- Wacom® menentukan semula pengalaman stilus dengan memperkenalkan Bamboo Omni, stilus berhujung nipis yang inovatif yang berfungsi pada kebanyakan skrin sentuh iOS dan Android, serta stilus Bamboo Solo dan juga Bamboo Duo yang dikemas kini. Menerusi barisan produk baharu ini, Wacom menawarkan penyelesaian yang intuitif, ergonomik dan bergaya untuk menangani cabaran pada skrin sentuh, membolehkan pengguna menavigasi dengan mudah dalam kehidupan mereka yang bercirikan digital selain mampu menyimpan idea dengan pantas.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik: http://www.prnasia.com/mnr/wacom_bamboo_styli.shtml

 

 

Bamboo Duo
Bamboo Duo

 

Bamboo Omni with Packaging
Bamboo Omni with Packaging

 

Bamboo Omni
Bamboo Omni

 

Bamboo Solo
Bamboo Solo

"Apabila suatu idea tercetus dalam minda kita atau kita ingin menulis nota dengan segera, biasanya kita akan mencari pen. Daripada kajian yang kami jalankan, kami sedia maklum bahawa Bamboo Omni, seperti mana pen kegemaran kita, perlulah mudah digunakan, mempunyai tahap keserasian yang luas dan memiliki bahagian hujung yang halus," kata Mike Gay, Naib Presiden Kanan, Unit Perniagaan Pengguna, Wacom. "Bamboo Omni baharu ini merupakan pen yang sempurna untuk kehidupan yang terhubung. Pen ini adalah pantas, yang hanya perlu dipulas untuk dihidupkan dan anda boleh gunakannya pada skrin sentuh Android dan iOS. Hujung yang nipis dan ciri keserasian yang luas bermakna seseorang yang menggunakan Bamboo Omni boleh serta merta boleh beralih daripada melukis pada gambar Snapchat atau WeChat melalui telefon pintar, membuat tanda pada dokumen PDF mahupun membuat senarai pada tablet."

Bamboo Omni -- Stilus hanya dengan pulasan

Stilus dengan hujung yang halus direka untuk penulisan nota yang pantas, selain memberikan pengalaman yang intuitif dalam aplikasi penulisan nota, seperti Bamboo Paper. Dengan pulasan yang mudah, Bamboo Omni sedia digunakan tanpa memerlukan sebarang gandingan. Stilus ini serta merta berfungsi pada peranti skrin sentuh iOS dan juga Android.

Stilus ini menggunakan teknologi RES (Elektrostatik Reflektif) yang inovatif dan boleh dicas melalui USB. Hujung yang halus berukuran 1.9 mm adalah tahan lasak dan lembut pada permukaan skrin. Bamboo Omni hadir dengan reka bentuk segi tiga yang ergonomik dan permukaan sentuhan lembut yang premium, yang memberikan keselesaan serta keseimbangan. Stilus ini tersedia dalam warna hitam dan juga putih.

Bamboo Solo dan Bamboo Duo – Pengalaman skrin sentuh yang lebih baik

Bamboo Solo dan Bamboo Duo hadir dengan gaya baharu yang segar, dan seperti mana Bamboo Omni, menampilkan bentuk segi tiga yang selesa dan permukaan sentuhan yang lembut. Bamboo Solo dan Bamboo Duo membolehkan interaksi tanpa coreng yang lebih tepat dengan semua peranti skrin sentuh. Tip gentian karbon yang tahan lama dan boleh digantikan dapat berfungsi dengan lancar pada semua peranti skrin sentuh termasuk telefon pintar, tablet atau komputer peribadi iOS, Android mahupun Windows®. Bamboo Duo menggabungkan elemen ini dengan pen mata bulat yang boleh digantikan, yang ditambah pada bahagian hujung yang bertentangan dengan pen, mengubahnya menjadi stilus dua-dalam-satu bagi menjamin penulisan yang lancar pada permukaan skrin mahupun kertas.  

#makingthefuture

Bagi berkongsi idea yang dijana oleh rangkaian stilus baharu ini, Wacom meraikan para penginovasi di seluruh dunia menerusi #makingthefuture. Secara langsung dari IFA, Wacom mengajak para hadirin untuk mencipta dan berkongsi wawasan mereka terhadap masa depan menggunakan alat-alat daripada Wacom, termasuk rangkaian stilus baharu, pad pintar Bamboo dan Inkspace baharu yang berasaskan perkhidmatan awan. Pengunjung digital dan di reruai boleh mula #makingthefuture (mencipta masa depan) dengan berkongsi idea, yang melibatkan masa depan komunikasi kepada masa depan seni, makanan atau teknologi. Artis nota lakaran akan menggabungkan input tersebut menjadi hasil seni digital yang padu. Idea-idea yang tercetus ini akan disimpan dan dikongsikan dalam e-buku akan datang.

Harga dan ketersediaan produk

Bamboo Omni boleh dibeli mulai November di kebanyakan negara. Bamboo Solo dan Bamboo Duo pula boleh dibeli secara dalam talian melalui Wacom Estore dan gedung jualan terpilih.

Bamboo Solo (hitam, putih, biru, merah)     

 SGD 29

Bamboo Duo (hitam, putih, biru, merah jambu)     

 SGD 42

Bamboo Omni (hitam, putih)                    

 SGD 79

*Semua harga termasuk GST.

Aplikasi penulisan nota Bamboo Paper untuk iOS, Android dan Windows boleh dimuat turun secara percuma daripada gedung aplikasi masing-masing serta menyediakan fungsi pembelian dalam aplikasi bagi mendapatkan ciri-ciri tambahan. Langganan perkhidmatan awan Inkspace Basic adalah percuma, tetapi memerlukan ID Wacom yang boleh diperoleh secara percuma. Untuk maklumat lanjut, sila layari halaman produk tersebut melalui www.wacom.com.

Bamboo Solo: http://www.wacom.com/en-sg/products/stylus/bamboo-solo 
Bamboo Duo: http://www.wacom.com/en-sg/products/stylus/bamboo-duo 
Bamboo Omni: http://www.wacom.com/en-sg/products/stylus/bamboo-omni

Latar Belakang Wacom                                                             

Diasaskan di Jepun pada tahun 1983, kini Wacom ialah sebuah syarikat bertaraf global yang memiliki cawangan di seluruh dunia bagi menyokong usaha pemasaran dan juga pengedaran di lebih 150 buah negara. Selama lebih 30 tahun, Wacom telah bekerjasama dengan individu serta organisasi paling kreatif untuk memberi inspirasi dan memahirkan mereka agar dapat mewujudkan dunia yang lebih kreatif.

Produk-produk Wacom digunakan oleh pelanggan setia bagi mencipta antara hasil seni digital paling menarik, filem, kesan khas, fesyen dan juga rekaan produk. Mereka turut memainkan peranan penting dalam usaha menyediakan akses kepada teknologi dengan cara yang semula jadi dan intuitif melalui pen tablet, paparan pen yang interaktif, penyelesaian antara muka digital, produk stilus dan juga rakan kreatif. Kesemua ini memungkinkan sesiapa sahaja untuk mengekspresikan daya kreativiti mereka menerusi media digital, sama ada artis, eksekutif perniagaan mahupun mereka yang gemarkan elemen kreativiti setiap hari. Teknologi antara muka Wacom ditawarkan sebagai penyelesaian OEM kepada pengeluar peranti tablet, telefon pintar dan komputer peribadi yang terkemuka.  

Maklumat perhubungan media:

Daphne Tan
Wacom Singapore Pte Ltd
Tel: + 65-9233-2370
E: daphne.tan@wacom.com

Video - http://static.prnasia.com/pro/media/201609/wacom_bamboo_styli/video.mp4
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160831/8521605494-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160831/8521605494-b
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160831/8521605494-c
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160831/8521605494-d

Source: Wacom
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Computer Accessories New products/services