omniture

Kaji Selidik Pemberian Hadiah Global The Body Shop Berkongsi Kebenaran Di Sebalik Sesebuah Hadiah

The Body Shop International
2016-10-17 19:20 656

LONDON, 17 Oktober 2016 /PRNewswire/ --

Kaji selidik menyelidik persoalan lama: Buka sekarang, atau buka kemudian?

Sejurus menerima hadiah, ramai yang bergelutdengan keinginan untuk terus membukanya. Mereka yang tidak sabar mungkin perlu belajar untuk menahan diri kerana di seratadunia, 67% orang berpendapat adalah lebih sopan untuk menunggu sebelum membuka hadiah yang diterima.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161004/414890-INFO )
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161004/415108LOGO )

Ini adalah antara hasil tinjauan Pembelian Hadiah Serata Dunia The Body Shop, yang mengkaji perlakuan memberi hadiah di kalangan 1,950 orang lelaki dan wanita di 10 negaradari 5 benua. Negara-negara yang terlibat dalam tinjauan berkenaan adalah: Australia, Brazil, Kanada, Hong Kong, Jepun, Arab Saudi, Korea Selatan, Sweden, USA dan UK.

Terutamanya di Hong Kong, 87% berpendapat adalah lebih baik untuk tidak membuka hadiah yang diterima secara serta merta, diikuti oleh Jepun dan Arab Saudi (masing-masing 72%). Berbezadengan warga Brazil yang seakannya kelihatan lebih teruja untuk segera membuka kertas balutan hadiah, dengan hanya 51% bersetuju bahawa membuka kemudian adalah lebih manis.

Menurut Arnaud Jeanteur, Pengurus Besar Global JenamaThe Body Shop: "The Body Shop sangat dikenali sebagai destinasi pemberian hadiah dan kami mahu menyelidik dengan lebih mendalam lagi, apa yang tersembunyi di sebalik sesebuah hadiah. Di dalam dunia hari ini di mana orang ramai mahukan kepuasan segera, hasil tinjauan pendapat ini amat membuka mata. Jika anda menerima hadiah daripada The Body shop, kami faham yang anda pasti mahu membukanya dengan serta merta!"

Keinginan Memberi Hadiah Hanya Tujuh Tahun

Kajian ini juga menunjukkan, pasangan dalam perhubungan jangka panjang makin kurang bermurah hati. Di setiap negara dikaji, jantina dan kumpulan berkenaan telah menunjukkan yang semakin lama tempoh perhubungan mereka, semakin kurang perbelanjaan dikeluarkan bila hendak memberi hadiah kepada pasangan. Hampir 75% responden mengatakan bahawa mereka kurang membelanjakan wang untuk membeli hadiah kepada pasangan berbanding pada awal perkenalan.

Pemberian hadiah dalam perhubungan mempunyai corak yang biasa: tahun pertama dan kedua adalah yang paling mewah, dengan nilai hadiah mencapai harga kemuncaknya sebelum ia merudum bila berakhirnya tahun kedua. Setelah 'tempoh bulan madu' berakhir, pemberian hadiah menurun sedikit demi sedikit, dengan perbelanjaan paling rendah pada tahun ketujuh, yang  mungkin menjelaskan kewujudan 'keinginan lain' bila masuk tahun ketujuh.

Klik di sini (https://www.thebodyshop.com/global-gifting-press-release) untuk kenyataan media sepenuhnya dan kebenaran lain tentang pemberian hadiah serata dunia. 

NOTA UNTUK EDITOR: 

Kaji selidik dijalankan pada Mei 2016, dilaksanakan secara atas talian oleh GFK. 10 pasaran dikaji, keseluruhan responden, 1950 lelaki dan perempuan.

Sumber: The Body Shop International

Source: The Body Shop International
Keywords: Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Survey, Polls & Research