omniture

Projek Grenada Sustainable Aquaculture Menawarkan Taraf Kerakyatan menerusi Peluang Pelaburan

Grenada Sustainable Aquaculture and Antigua Sustainable Aquaculture
2016-10-17 21:16 599

DUBAI, UAE, 17 Oktober 2016 /PRNewswire/ --

Baru-baru ini, Grenada Sustainable Aquaculture ("GSA")dan Antigua Sustainable Aquaculture (ASA)menerima bantuan penuh daripada kedua-dua pihak pentadbiran Kepulauan tersebut. Persekitaran laut terbuka digabungkan dengan Akuakultur Multi-Trofik Bersepadu (IMTA) serta kegiatan penternakan yang baik dapat menghasilkan produk berkualiti terunggul, di samping mengelakkan sebarang kesan alam sekitar yang boleh diukur. GSA turut menawarkan peluang unik kepada pihak pelabur untuk menyertai paradigma teknologi tinggi melalui Harta Intelek ("IP").

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:

https://www.multivu.com/players/uk/7946851-grenada-sustainable-aquaculture-project

GSA menggunakan teknologi akuakultur terkini dan terkemuka di dunia, dan terus berusaha meningkatkan kualiti teknologi tersebut menerusi hak Harta Intelek yang mereka miliki. Ini dapat memberi pulangan lumayan bagi tempoh jangka masa pendek dan panjang, memandangkan IP yang unik ini boleh dilesenkan untuk projek-projek akuakultur yang lain dengan mengenakan bayaran tahunan ditambah dengan peratusan jualan kasar tahunan mereka. Pusat keuntungan IP ini adalah tambahan untuk jualan produk-produk akuakultur yang utama.

Kerakyatan-melalui-Pelaburan 

"Kemakmuran, keselamatan, mobiliti global – Kerakyatan Selamat dan perjalanan Bebas Visa untuk keluarga anda menerusi pelaburan yang selamat dan terjamin di Negara-negara Komanwel" - Leo Ford, Pengarah GSA.  Taraf kerakyatan Grenada adalah untuk seumur hidup, dan ini memberikan seseorang individu hak serta keistimewaan yang sama seperti individu yang dilahirkan di Grenada. Pasport pula membenarkan perjalanan bebas visa untuk lebih 130 buah negara termasuk UK, Hong Kong, Singapura dan kebanyakan negara Amerika Latin. Penduduk Grenada juga boleh melancong dan menjalankan perniagaan secara bebas di seluruh Komuniti Caribbean (CARICOM).

Pelantikan kakitangan

GSA mengambil langkah berjaga-jaga dalam melindungi pelabur serta produk mereka dan dengan sukacitanya mengumumkan bahawa mantan Agen Kanan Khas FBI, W. Nicholson dan J. Stanley, masing-masing telah menyertai Lembaga Pengarah Penasihat serta Usaha Wajar dan Pematuhan. Mereka turut mengalu-alukan penyertaan Antonio Delgado Flores, seorang doktor haiwan elit, ke dalam Lembaga Penasihat Pengarah.

Pelantikan Dr. Jazaer Dawody, pakar dalam tenaga lestari, akan terus menambah baik objektif alam sekitar, selain berusaha untuk terus meminimumkan kesan karbon GSA. Selain itu, Alexandra Ford daripada Universiti Miami dilantik untuk menyandang jawatan dalam Badan Perhubungan Universiti dan Penyelidikan, agar dapat terus membantu menyelaraskan antara GSA dengan Universiti-universiti dan Kemudahan Penyelidikan.

Latar Belakang GSA

GSA ditubuhkan demi memenuhi keperluan dunia yang kian meningkat terhadap makanan laut secara berterusan. Peralatan inovatif dan kegiatan penternakan daripada para penggiat industri, selain kemajuan penyelidikan terkini daripada universiti-universiti biologi marin utama: Universiti Boston, Harvard, Universiti California/Scripps, dan Universiti Miami akan terus dilaksanakan untuk kolam-kolam ikan tersebut.

GSA berada di seluruh dunia termasuk di Grenada, Antigua, Panama, Toronto, Florida, Moscow, Dubai, Tehran, Taipei, Hong Kong, Shanghai dan juga Beijing.

Untuk maklumat lanjut sila layari http://gsacbi.com/ atau hubungi:

Cik Neda Azarmehr +971-503-617070, info@gsacbi.com

     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161011/427160 )

Sumber: Grenada Sustainable Aquaculture dan Antigua Sustainable Aquaculture

 

Source: Grenada Sustainable Aquaculture and Antigua Sustainable Aquaculture
Keywords: Banking/Financial Service