omniture

Pemandu Volkswagen Sébastien Ogier Menang Kejohanan Rali Dunia Buat Kali Keempat

Volkswagen Motorsport GmbH
2016-10-17 23:42 601

SALOU, Sepanyol, 17 Oktober 2016 /PRNewswire/ --

Pemandu kereta Volkswagen Sébastien Ogier (32/F) dan pembantu pemandunya Julien Ingrassia (36/F) memenangi Kejohanan Rali Dunia (WRC) FIA buat kali keempat menerusi kemenangan di Rally Spain. Pusingan ke-11 pada musim kali ini menyaksikan gandingan pemandu Perancis itu meraih gelaran tersebut dengan berbaki dua perlumbaan sebelum berjaya dinobatkan sekali lagi sebagai juara rali dunia dengan memandu Volkswagen Polo R WRC buat kali keempat berturut-turut, dengan kemenangan yang pernah diraih sebelum ini pada tahun 2013, 2014 dan 2015.

     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161016/429099 )
     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161016/429100 )

"Kejayaan memenangi kejohanan dunia ini sekali lagi adalah suatu perasaan yang sungguh menakjubkan," kata Ogier yang berasa terlalu gembira menjelang penutupan Rally Spain itu. "Ini merupakan kemenangan kejohanan dunia kali keempat buat Julien dan saya, namun perasaan istimewa itu masih tetap dirasakan. Saya mendapati sukar untuk menggambarkan perasaan saya kerana kami terpaksa berjuang dengan lebih bersungguh-sungguh untuk meraih gelaran bagi tahun ini. Selepas kelahiran anak lelaki saya, ini pastinya merupakan detik paling hebat buat saya pada tahun ini."

Pengarah Volkswagen Motorsport, Sven Smeets memberi pujian tinggi buat kedua-dua juara itu: "Tahniah buat Sébastien dan Julien atas kejayaan hebat ini. Kejayaan meraih gelaran juara dunia buat kali keempat berturut-turut merupakan bukti terhadap keupayaan mereka yang tiada tandingan. Mereka wajar berbangga dengan diri mereka sendiri serta pasukan yang membantu mencapai kejayaan ini."

Perlumbaan Rally Spain ini turut memperlihatkan pencapaian penting buat Polo R WRC: permulaan kali ke-50 kereta itu di Kejohanan Rali Dunia berakhir dengan kejayaan meraih kedudukan ke-41 bagi pacuan kuasa empat roda 318-hp. Tiada kereta lain dalam sejarah Kejohanan Rali Dunia yang pernah meraih jumlah kemenangan yang tinggi dalam tempoh yang singkat seperti mana kereta lumba Polo. Kejohanan Pengeluar itu akan diputuskan menerusi salah satu daripada dua rali itu, dengan kereta Volkswagen masih mendahului 62 mata di hadapan Hyundai.

Nota dan editor 

Gambar dan maklumat: http://www.volkswagen-motorsport.com (nama pengguna: vwrally; kata laluan: champion16)

Perkhidmatan dan Maklumat Perhubungan:
Volkswagen Motorsport GmbH, Bahagian Komunikasi, Ikarusallee 7a, D-30179 Hanover
Andre Dietzel, Ketua Bahagian Komunikasi dan Pemasaran, Mudah Alih +49-175-7234689

Source: Volkswagen Motorsport GmbH
Keywords: Auto Sporting Events Sports Transportation Awards