omniture

Fragrance Du Bois Melancarkan Koleksi Baharu -- 'Nature's Treasures'

Fragrance Du Bois
2016-10-18 10:33 563

PARIS, 18 Oktober 2016 /PRNewswire/ -- Menggoda dan mewah, "Nature's Treasures" ialah koleksi asli rangkaian minyak wangi buatan sendiri daripada Fragrance Du Bois – jenama mewah dari Perancis yang terkenal dengan hasil ciptaan berinspirasi yang hanya menggunakan bahan-bahan semula jadi yang terbaik dan diperoleh secara lestari.

Menerusi Koleksi 'Nature's Treasures', setiap minyak wangi diinspirasikan oleh alam semula jadi, dihasilkan daripada bahan-bahan terbaik dan diperoleh secara lestari.
Menerusi Koleksi 'Nature's Treasures', setiap minyak wangi diinspirasikan oleh alam semula jadi, dihasilkan daripada bahan-bahan terbaik dan diperoleh secara lestari.

Syarikat ini melancarkan koleksi baharu yang menampilkan enam minyak wangi yang hebat; Baie Rose, Patchouli Argent, Brume du Matin, Petales de Cashmere, Santal Complet dan Zest Marin, dengan setiap adunan yang tersendiri ini menyediakan keseimbangan sempurna antara keanggunan dan daya memikat. Berbeza dengan barisan produk sedia ada Fragrance Du Bois yang mana kesemua rumusannya mengandungi minyak Oud khusus Fragrance Du Bois yang 100% asli dan semula jadi. "Nature's Treasures" memperkenalkan satu lagi aspek daripada syarikat minyak wangi baharu dan inovatif ini yang pastinya akan menggembirakan kumpulan peminatnya yang terus berkembang.

"Kami berasa teruja untuk memperkenalkan rangkaian 'Nature's Treasures' ini," kata Nicola Parker, Pengarah Jenama Fragrance Du Bois. "Banyak yang perlu difikirkan dan dan dikaji untuk projek ini sejak tahun lalu, sewaktu kami menghasilkan satu koleksi yang bukan sahaja senada dengan kami, malah merupakan suatu minyak wangi yang dapat mendekati pelanggan sedia ada kami dan juga bakal pelanggan kami. Seperti mana nama minyak wangi ini, setiap minyak wangi diinspirasikan oleh alam semula jadi dan terhasil daripada bahan-bahan terbaik dan diperoleh secara lestari. Kami merumuskan koleksi minyak wangi ini seperti mana kami menghasilkan minyak wangi kami yang berasaskan minyak Oud; hanya bahan-bahan semula jadi yang digunakan dan hanya bahan yang terbaik daripada yang terbaik akan dipilih."

Komited untuk menghasilkan hanya minyak wangi mewah terbaik dan berpegang pada tradisi Grasse yang berusia berabad-abad lamanya, Fragrance Du Bois bekerjasama dengan Pakar Minyak Wangi Perancis yang pakar dalam kemahiran mereka, dan kebolehan sentuhannya dapat menghasilkan kesemua minyak wangi yang bersifat menonjol dan lembut; ekspresif namun ringan dan segar.

Walaupun jenama bertaraf global ini masih baharu, Fragrance Du Bois telahpun mengukuhkan reputasi cemerlangnya menerusi rangkaian minyak wangi berasaskan minyak Oud serta produk-produk berkaitan -- dunia minyak wangi yang berbangga dengan mantra "Oud Asli, Kemewahan Sejati" syarikat tersebut. Keputusan Fragrance Du Bois untuk membawakan koleksi minyak wangi menarik tanpa berasaskan minyak Oud dilihat sebagai langkah seterusnya dalam proses perkembangan portfolio jenama ini. Ia memenuhi kehendak kumpulan pelanggan yang terus meningkat dalam mencari kepelbagaian yang menceriakan kehidupan.

Selain itu, Fragrance Du Bois mengakui ramai penggemar minyak wangi mengikuti tradisi yang telah diamalkan di Timur Tengah sejak beratus-ratus tahun, jika bukan beribu-ribu tahun; iaitu "melapisi" minyak wangi bagi menciptakan suatu profil yang amat unik untuk seseorang individu.

Golongan wanita dan lelaki di Timur Tengah sering menggabungkan pelbagai haruman berbeza mengikut citarasa peribadi dan kebiasaan – pilih atur yang hanya dihadkan oleh imaginasi setiap individu. Dengan minyak Oud yang sering menjadi bahan "utama" dan "lapisan" unggul, Fragrance Du Bois menyahut cabaran untuk mencipta siri produk yang dirumuskan dengan sempurna, haruman yang lebih lembut dan masih mengandungi hanya bahan-bahan semula jadi dan berkualiti tertinggi.

"Kami percaya koleksi ini akan dapat menarik kumpulan demografi pelanggan kami yang berbeza," simpul Parker, "khususnya di Asia, yang mana cuacanya dilihat lebih sesuai dengan haruman ceria yang lebih lembut dan segar. Paling utama, kami masih berpegang pada nilai dan mesej teras kami. Rangkaian minyak wangi baharu ini terus mengekalkan nilai ketulenan dan kemewahan yang sering dikaitkan dengan jenama kami."

Keunggulan yang begitu mewah, setiap minyak wangi disediakan dalam botol kaca Fragrance Du Bois yang indah dan khusus, lengkap dengan penutup botol yang disadur emas, bertatahkan kristal Swarovski.

Nature's Treasures boleh didapati di butik-butik Fragrance Du Bois di Paris, Singapura, Kuala Lumpur dan Geneva. Harga: Tersedia dalam botol 100ml yang berharga EUR595; 50ml tersedia di kawasan-kawasan terpilih yang berharga EUR295.

Maklumat lanjut tentang perincian dan wangian asas bagi setiap minyak wangi boleh dilihat di sini.

Nota untuk Editor:

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Samantha Tham 
Eksekutif Perhubungan Awam & Pemasaran, Singapura
E-mel: samantha.tham@fragrancedubois.com 
Tel: +65-9144-0933

Charlotte Medigue  
Pegawai Pemasaran & Pentadbiran 
E-mel: charlotte.medigue@fragrancedubois.com  
Tel. Bimbit: +41-227-077-330

Latar Belakang Fragrance Du Bois

Fragrance Du Bois ialah sebuah syarikat minyak wangi khas yang mewah, dihasilkan daripada sari pati alam semula jadi yang terkaya, diadun oleh pakar minyak wangi generasi kelima daripada tradisi Grasse, Perancis pada abad ke-17. Bahan utama di sebalik ciptaan kesemua produk Fragrance Du Bois ialah minyak Oud yang istimewa, yang memencarkan aroma kemewahan sebenar yang tersendiri dan unik. Kesemua minyak Oud yang digunakan oleh Fragrance Du Bois dihasilkan di ladang sendiri yang diurus secara lestari dengan jaminan penghasilan sumber yang beretika dan mampan.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161014/8521606583

Source: Fragrance Du Bois
Keywords: Cosmetics & Personal Care Fashion Household/Consumer/Cosmetics New products/services