omniture

Asia Plantation Capital Berhad Berbangga Menyokong Simposium Saintifik Antarabangsa Gaharu kali ke-2

Asia Plantation Capital
2016-10-18 10:58 504

PUTRAJAYA, Malaysia, 18 Oktober 2016 /PRNewswire/ -- Sebagai peneraju dalam sektor pengurusan ladang lestari dan pengeluaran gaharu, Asia Plantation Capital Berhad – cabang APC Group di Malaysia – berbangga dapat menjadi salah satu penyokong untuk Simposium Saintifik Antarabangsa untuk Gaharu kali kedua yang telah berlangsung pada Isnin lalu.

Asia Plantation Capital telah membuktikannya menjadi perintis dan penginovasi untuk sektor perladangan lestari manakala Lembaga Penasihat Saintifiknya, yang bergabung tenaga dengan sepasukan penyelidik, telah memajukan teknologi – yang kebanyakannya telah dipatenkan – bagi memastikan spesies pokok Aquilaria yang dahulunya pernah terancam kini tumbuh subur di dalam hutan selain terus menghasilkan salah satu bahan yang paling berharga oleh alam semula jadi.

Produk-produk yang terhasil daripada pokok-pokok di ladang-ladang Asia Plantation Capital telah mendapat kelulusan dan pensijilan penuh daripada CITES (Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Fauna dan Flora Liar) – bukti bahawa syarikat ini amat bersungguh-sungguh memainkan peranannya, bukan sahaja untuk memastikan terdapatnya bekalan gaharu yang mencukupi buat generasi masa depan, bahkan produk-produk tersebut diperoleh secara beretika dan mampan.

Kisah 'dari tanah, menjadi minyak, untukmu' oleh APC Group ialah contoh terbaik bagi model perniagaan bersepadu secara vertikal, yang menunjukkan bahawa kawalan pada setiap hubungan dalam rantaian bekalan dapat memastikan asal usul komoditi yang amat berharga itu diketahui, begitu juga dengan kualiti produk tertinggi. Kesemua ini dapat dicapai menerusi pemeliharaan dan penjagaan rapi terhadap alam sekitar.

Dianjurkan oleh Universiti Putra Malaysia, simposium selama dua hari ini bertemakan 'Gaharu Generasi Seterusnya – Memupuk Ekonomi Hijau Baharu'. Tema ini adalah amat bersesuaian dan tepat sekali, memandangkan pertumbuhan ekonomi hijau menjadi satu isu yang amat penting dalam proses pembangunan negara. Kerajaan Malaysia telah mengenal pasti ekonomi hijau ini – dalam bentuk perkembangan produk-produk pertanian dan perhutanan – sebagai sektor ekonomi bernilai tambah yang penting untuk negara ini.

YAB Menteri Besar Perak, Dato Seri DiRaja Dr Zambry Bin Abdul Kadir mengunjungi reruai Asia Plantation Capital di Simposium Saintifik Antarabangsa untuk Gaharu kali ke-2
YAB Menteri Besar Perak, Dato Seri DiRaja Dr Zambry Bin Abdul Kadir mengunjungi reruai Asia Plantation Capital di Simposium Saintifik Antarabangsa untuk Gaharu kali ke-2

Perbincangan yang diadakan sepanjang simposium itu merangkumi tema-tema seperti 'Dasar dan Perdagangan', 'Pemuliharaan dan Penggunaan Secara Lestari', 'Bioaktiviti dan Genomik' serta 'Kandungan dan Kualiti'. Isu-isu yang penting dan kontemporari ini telah dipertimbangkan dengan teliti oleh pakar-pakar industri, seperti Profesor Emeritus Dr Tadashi Nobuchi (Universiti Kyoto), Dr Kanwal Deep (Ajmal Perfume Manufacturing and Oudh Processing Industry, Dubai), serta Profesor Dr Ya-Fang Yin (Institut Penyelidikan Industri  Kayu, Akademi Perhutanan China, Beijing), antara lain.

Syed Aizat, Pengarah Operasi, Asia Plantation Capital Berhad, menjelaskan tentang model perniagaan bersepadu secara vertikal oleh Asia Plantation Capital serta kisah 'Dari Tanah, Menjadi Minyak, Untukmu' yang unik dalam pembentangan beliau. Syed Aizat berkata, "Sejak tujuh tahun lalu, kami terus menjalankan kajian dan meningkatkan sistem kami, selain turut mengenal pasti dan menambah baik proses pengeluaran 'tanah kepada minyak' yang proprietari yang kini merupakan perkara utama dalam 22 permohonan paten harta intelek yang berasingan. Sistem-sistem ini bukan sekadar digunakan oleh kumpulan ini untuk mengembangkan bahagian pasaran, malah kami turut menawarkan kepada para pekebun dan petani yang bercucuk tanam secara kecil-kecilan di seluruh Malaysia, agar dapat membantu mereka dari segi penanaman serta pemprosesan akhir gaharu demi menjana pendapatan. Ini akan turut membantu merangsang ekonomi luar bandar."

Walaupun beroperasi secara persendirian sejak tahun 2002, Plantation Capital secara rasminya ditubuhkan pada tahun 2008 di UK, sebelum diperbadankan menjadi Asia Plantation Capital di Sri Lanka pada tahun 2009, diikuti dengan Thailand, Hong Kong, Singapura, dan juga Malaysia. Dengan tenaga kerja seramai lebih 2,000 kakitangan dan 126 ladang di seluruh dunia, syarikat itu merancang untuk terus meneroka produk-produk perhutanan lain seperti buluh dan kayu jati dalam masa terdekat.

Nota untuk Editor

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Zaahira Muhammad
Eksekutif Kanan Perhubungan Awam & Pemasaran
E-mel:zaahira@asiaplantationcapital.com
No. Pejabat: +6012 203 5344

Samantha Tham
Eksekutif Perhubungan Awam & Pemasaran
E-mel:samantha.tham@asiaplantationcapital.com
Tel. Bimbit: +65 9144 0933

Latar Belakang Asia Plantation Capital

Asia Plantation Capital Berhad di Malaysia kini banyak melabur dalam sektor perladangan Malaysia, membangunkan ladang dan kilang baharu untuk tujuan pengeluaran gaharu dan produk-produk lain yang berkaitan untuk pasaran eksport antarabangsa. Syarikat ini terus mengukuhkan kehadirannya di Malaysia dengan memindahkan ibu pejabatnya ke pusat bandar Kuala Lumpur, setahun selepas pembukaan kilang pemprosesan dan penyulingan gaharu terbesar Asia Tenggara di Johor Bahru, Malaysia.

Asia Plantation Capital Group merupakan sebuah syarikat pengendali dan pengurusan ladang lestari yang merangkul pelbagai anugerah, mengendalikan projek-projek di empat buah benua, serta mempunyai tenaga kerja seramai lebih 2,000 kakitangan. Sebagai peneraju pasaran dalam industri ini, Lembaga Penasihat Saintifiknya terdiri daripada ahli-ahli akademik terkemuka dari beberapa negara (China, Thailand, Malaysia, India, Switzerland dan Emiriah Arab Bersatu), yang bersama-sama membangunkan dan mempatenkan teknologi serta sistem yang penting dalam industri.

Dengan fokus terhadap projek-projek perladangan komersial dan perniagaan bersepadu secara vertikal yang menawarkan gabungan faedah antara komersial, alam sekitar dan komuniti, Asia Plantation Capital telah membangunkan sebuah syarikat 'tiga dimensi penilaian keuntungan' yang berjaya serta dinamik.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161014/8521606584

Source: Asia Plantation Capital
Keywords: Agriculture Paper/Forest Products/Containers