omniture

Pameran Global Grad Mempersembahkan 145 Projek Transformatif dari 30 Negara di Pameran 2106

Art Dubai Group
2016-10-18 17:02 570

DUBAI, United Arab Emirates, 18 Oktober 2016 /PRNewswire/ --

Perjumpaan terbesar graduan rekabentuk, mencipta masa hadapan 

Diadakan sewaktu Minggu Rekabentuk, 24-29 Oktober di Daerah Rekabentuk Dubai (d3) 

Pameran Global Grad, pameran terbesar bagi rekabentuk dan inovasi graduan universiti serata dunia, kembali dengan lebih banyak rekaan yang mengagumkan serta seiring dengan peredaran masa yang menawarkan penyelesaian kepada beberapa masalah besar dunia. Bagi tahun keduanya, pameran itu meraikan kebijaksanaan dengan 145 projek dari 30 negara di enam benua, termasuk hasil kerja inovatif yang direka untuk mentransformasikan masa hadapan. Dengan lebih dari 50 buah universiti yang mengambil bahagian, generasi perekabentuk inovatif masa hadapan dari MENA Institution telah dipilih untuk mempamerkan hasil kerja mereka bersama dengan peneraju global seperti Massachusetts Institute of Technology (USA), The Royal College of Art (UK), dan Tsinghua University (Beijing), memberikan visi hebat dunia pada masa hadapan. Seiringan dengan pameran itu, persidangan pendidikan rekabentuk pelbagai akan turut dianjurkan, mengukuhkan lagi kedudukan Dubai sebagai hab global inovasi.

Untuk melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik:

http://www.multivu.com/players/uk/7953251-dubai-student-innovators-global-grad-show/

Diseliakan oleh Brendan McGetrick, hasil-hasil kerja itu dikategorikan mengikut 3 tema relevan – memperkasa, menghubung, dan mampan. Projek-projek dalam bahagian Memperkasa memberi cara baharu untuk menjana idea dan memperkembangkan kebolehan. Bahagian Menghubung menggalakkan pertukaran idea dan juga pembinaan komuniti. Mampan adalah sebuah pendekatan kaji selidik yang inovatif untuk mengurangkan sisa buangan dan menjana tenaga.

Projek ini dipilih bukan hanya kerana ciri-ciri estetik mereka, bahkan kerana idea dan potensi disebaliknya. Pameran ini merangkumi projek berteknologi tinggi dan rendah, projek yang mahal dan yang murah, mekanikal, manual dan maya. Namun kesemuanya disatukan oleh keinginan untuk menggunakan rekabentuk dan teknologi untuk mengembangkan kemungkinan penggunaan pelbagai barangan kehidupan seharian. Dari sehelai jaket yang berubah menjadi sebuah khemah yang mampu menampung empat orang dewasa untuk berteduh, atas bumbung yang boleh didiami yang memberikan privasi kepada pelarian di kem, produk yang membantu mengurangkan pembaziran air, kebun hidrofonik boleh-lipat, sehinggalah kepada sebuah dapur untuk pengguna-satu-tangan, projek-projek ini direkabentuk untuk memaparkan cara baharu pemikiran dan untuk mencipta impak yang kekal lama di dunia.   

Pameran Global Grad dianjurkan di d3 dan memainkan peranan penting dalam transformasi Dubai ke arah ekonomi dipacu inovasi.

Pameran Global Grad dianjurkan di d3 sewaktu Minggu Rekabentuk Dubai, 24-29 Oktober 2016. http://www.dubaidesignweek.ae

Untuk maklumat lanjut, imej dan senarai 145 projek dan 50 universiti terlibat, sila hubungi 

Ciara Phillips, ciara@dubaidesignweek.ae
+971-4-563-1400

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161013/428362 )

Source: Art Dubai Group
Keywords: Art Entertainment Fashion Trade show news