omniture

Pencarian Kini Bermula untuk Hos Siri Pelancongan Baharu Kami: The List by World Class. Mungkinkah Anda Hos yang Dicari-cari?

WORLD CLASS
2016-10-18 19:13 608

LONDON, 18 Oktober 2016 /PRNewswire/ -- Para pemikir di sebalik pertandingan pelayan bar terbesar di dunia, Pelayan Bar Terbaik Tahunan World Class, telah memulakan satu misi baharu: untuk mencipta The List by World Class, satu pengembaraan seluruh dunia untuk menghasilkan senarai minuman terunggul.

     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161007/416456 )

     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161007/416457 )

The List by World Class ialah sebuah rancangan pelancongan baharu yang akan menjelajahi lima negara sepanjang dua bulan menerusi satu pengembaraan epik – dan World Class sedang mencari individu paling tepat untuk #MakeTheList dan menjadi hos rancangan tersebut.

Apabila membincangkan tentang pekerjaan impian, peluang untuk melancong menjadi keutamaan. Dan kombinasi antara pengalaman hebat dengan makanan dan minuman terbaik – tidak terkecuali juga peluang untuk membina kerjaya dalam bidang media – menjadikan ia peluang sekali seumur hidup untuk individu yang dicari-cari ini.

Individu yang terpilih diberi masa selama dua bulan untuk meneroka lima buah negara, bergaul dalam budaya negara-negara itu dan membongkar perkara terbaik untuk dilakukan, dimakan dan diminum. Mereka juga tidak bersendirian dalam misi ini - mereka akan dibimbing ketika meneroka rahsia terbaik yang tersimpan dalam setiap bandar oleh pelayan bar World Class tempatan.

Krew filem World Class akan bersama mereka untuk merakamkan setiap langkah perjalanan itu sewaktu mereka mencipta senarai minuman terunggul, diinspirasikan oleh pengalaman mereka.

World Class, sebuah inisiatif yang diwujudkan oleh syarikat minuman beralkohol utama Diageo, pembuat JOHNNIE WALKER SCOTCH WHISKY, TANQUERAY 10 GIN dan KETEL ONE VODKA, mempunyai misi untuk menginspirasikan orang ramai agar minum dengan lebih berhemah dan mencipta pengalaman yang tidak dapat dilupakan sepanjang proses itu, dan atas sebab itu ia menyediakan The List by World Class.

Pengarah Global World Class, Johanna Dalley berkata: "Ini merupakan satu peluang seumur hidup buat pengembara yang bersemangat untuk meneroka serta mencari khazanah berharga di bandar-bandar yang paling menarik di dunia. Kami mengakui para pelayan World Class bukan sahaja mampu mencipta minuman yang amat hebat – mereka berada dalam komuniti serba tahu yang juga dapat memberikan pengalaman terbaik yang dapat ditawarkan oleh sesebuah bandar. Kami berharap hos dan pelayan bar World Class bersama-sama dapat meneroka, mencipta dan berkongsi senarai minuman terbaik mereka dengan seluruh dunia."

Individu yang terpilih dalam #MakeTheList perlu yakin apabila berhadapan kamera, selesa bertemu kenalan baharu dan paling penting, mempunyai semangat untuk mengembara.

Cara penyertaan adalah mudah – hanya perlu memuat naik klip 15 saat ke akaun Instagram anda yang menunjukkan mengapa anda perlu menyertai krew The List by World Class. Masukkan #MakeTheList @worldclass #contest pada bahagian penerangan, dan ikuti @worldclass melalui Instagram untuk melengkapkan penyertaan anda.

Tonton treler melalui https://www.youtube.com/watch?v=5xtdPPAmwLw

Penghantaran perlu dibuat antara 10 hingga 21 Oktober, dan para pemohon mestilah berusia antara 25 dan 35 tahun. Untuk maklumat lanjut tentang cara memohon, layari MakeItWorldClass.com


NOTA UNTUK EDITOR
 

Untuk pertandingan T+C layari MakeItWorldClass.com

Layari sumber minum dengan berhemah global Diageo, http://www.DRINKiQ.com, untuk mendapatkan maklumat, inisiatif dan cara untuk berkongsi amalan terbaik.

Meraikan kehidupan, setiap hari, di mana-mana jua.

Source: WORLD CLASS
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Entertainment Food/Beverages Television