omniture

Pameran Canton ke-120 Perluas Pengaruh Antarabangsa setelah Membuka Tirai pada 15 Oktober menerusi Ulang Tahun kali ke-60

Pameran Canton
2016-10-18 22:21 523

GUANGZHOU, China, 18 Oktober 2016 /PRNewswire/ -- 60 tahun sejak pertama kali dilancarkan, Pameran Import dan Eksport China ke-120 (Pameran Canton) secara rasminya membuka tirai pada 15 Oktober lalu di Guangzhou.

Dengan ruang pameran seluas 1.18 juta meter persegi, Pameran tersebut dibahagikan kepada tiga fasa yang menyediakan sejumlah 60,250 reruai, dengan 59,252 reruai berada di Pavilion Kebangsaan, dan melibatkan 23,938 buah syarikat yang tersenarai dalam 16 kategori komoditi yang berada di 50 buah dewan pameran. Pavilion Antarabangsa pula menampilkan 615 buah syarikat daripada lebih 40 buah negara dan rantau.

Fasa pertama Pameran yang diadakan bermula pada 15-19 Oktober menyediakan produk-produk elektronik dan jentera, perkakasan serta pembinaan bangunan. Fasa kedua yang bakal bermula pada 23-27 Oktober, akan memberi tumpuan khusus kepada produk-produk pengguna dan cenderamata, manakala fasa ketiga pula yang bakal berlangsung mulai 31 Oktober hingga 4 November akan mempamerkan produk pakaian dan tekstil, beg dan bagasi, rekreasi dan sukan, makanan, bekalan perubatan serta produk penjagaan kesihatan farmaseutikal.

Penekanan yang diberikan untuk Pameran tahun ini adalah untuk mengoptimumkan paparan dan pemasangan sepenuhnya. Sebanyak 124 zon produk merangkumi 27 bahagian pameran disediakan untuk industri-industri tradisional termasuk bahan-bahan pembinaan dan bangunan, jentera, perkakasan dan peralatan, pakaian dan tekstil serta produk-produk perubatan. Pada masa yang sama, zon-zon pameran baharu disediakan untuk industri-industri baru muncul seperti tenaga baharu dan produk haiwan kesayangan, demi menggalakkan jenama-jenama dan syarikat-syarikat daripada sektor-sektor ini untuk turut sama mengambil bahagian.

Pameran Canton ke-120 ini turut menganjurkan 23 mesyuarat dan acara termasuk sidang kemuncak dan forum perindustrian, analisis trend, tinjauan terhadap reka bentuk dan inovasi, perkongsian hasil penyelidikan dan pembangunan, selain perkongsian pengalaman berkaitan penjenamaan serta pemasaran.

Antara yang menarik lagi ialah bahagian reka bentuk yang akan mengadakan beberapa siri pameran, dialog dan pertunjukan fesyen bersama sejumlah 94 institusi rekaan daripada 14 buah negara dan rantau yang akan mengambil bahagian.

"Kini, Pameran Canton mempunyai pengaruh terhebat terhadap media sosial untuk industri ini. Kami berinteraksi dengan 600,000 pengikut melalui Facebook dan 20,000 pengikut daripada LinkedIn dalam 7 bahasa setiap hari," kata jurucakap Pameran Canton, Xu Bing. "Kali ini, kami turut mengadakan 16 persidangan video jarak jauh di 15 buah negara dan mengundang para pengunjung untuk menyertai kami bagi mencari peluang perniagaan serta rakan kongsi dan membincangkan tentang pelbagai trend industri. Kami juga sentiasa berusaha meningkatkan Program Perkongsian Sumber Media kami, yang kini mempunyai peserta dari 35 buah organisasi dalam 21 buah negara serta rantau. Kami berharap kesemua penjual dan pembeli akan menikmati sesi yang bermanfaat sempena Pameran Canton pada ulang tahun ke-60 ini."

Source: Pameran Canton
Keywords: Consumer Electronics Health Care/Hospital Household Products Household/Consumer/Cosmetics Trade show news