omniture

Pendatang Menceritakan Pengalaman Hampir-Maut

Emmanuel TV
2016-10-19 05:59 440

LAGOS, Nigeria, 19 Oktober 2016 /PRNewswire/ --

Gereja T.B. Joshua Menyediakan Bantuan dan Nasihat

Ketika dunia bergelut untuk mengendalikan krisis pendatang paling teruk di Eropah, lebih 3,500 telah meninggal dunia dalam cubaan untuk merentasi Laut Mediterranean pada 2016.

     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161018/429622 )
     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161018/429623 )
     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161018/429624 )
     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161018/429625 )
     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161018/429626 )

Walaupun tajuk-tajuk utama melaporkan statistik pendatang yang sengaja menempah maut dalam pencarian peluang ekonomi yang lebih baik di Eropah, kisah peribadi dan mengerikan dari mereka yang berjaya melalui perjalanan ini selalunya tidak diceritakan.

The Synagogue Church Of All Nations (SCOAN), sebuah gereja berasal dari Lagos, berterusan membantu para pelarian yang menempuh perjalanan penuh ranjau ini, setelah mereka mendatangi gereja itu untuk bantuan kewangan dan sokongan psikologi.

Pada Ahad, 16 Oktober 2016, sekumpulan pelarian Nigeria yang dihantar pulang dari Libya mendedahkan butiran mengejutkan tentang situasi kejam yang mereka hadapi dalam perjalanan mereka untuk memasuki Eropah melalui Afrika Utara dan merentasi Mediterranian.

Tracy Stephen, berumur 23 tahun dari Negeri Edo, Nigeria, dalam tangisnya, bercakap bagi pihak sekumpulan 52 orang di SCOAN sewaktu siaran langsung di Emmanuel TV. Dia menceritakan semula butiran mengerikan berkaitan penyiksaan, penderaan dan kebuluran, termasuk – minum air dari telaga berisi mayat, hampir lemas semasa bersembunyi di dalam sebuah trak dilitupi tembikai sebagai penyamaran dan menyaksikan gadis-gadis remaja diugut dengan senjata lalu dirogol oleh penyeludup mereka.

Bernasib baik kerana masih bernyawa, cubaannya untuk tiba ke Itali hampir membawa maut apabila bot getah terlebih muatan yang dinaikinya kehabisan minyak. "Tiada jaket keselamatan dan tiada antara kami yang tahu berenang," dia berkata, sambil menambah bahawa kanak-kanak dan bayi adalah antara 140 orang yang berhimpit di atas bot itu.

Akhirnya diselamatkan oleh Pengawal Pantai Libya, dia telah dipenjarakan selama tiga bulan sebelum dihantar pulang ke Nigeria melalui campur tangan Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM), yang seterusnya menyediakan kenderaan untuk membawa para pelarian itu ke The SCOAN bagi mengiktiraf usaha kemanusiaan gereja itu.

Kisah Stephen merupakan salah satu daripada banyak kisah mengejutkan yang diceritakan, termasuk seorang wanita yang mana dua anaknya terpaksa meminum air kencingnya untuk hidup. Walaupun para jemaah dan penonton Emmanuel TV terkejut mendengar penerangan yang begitu menakutkan, T.B. Joshua mengingatkan memberikan amaran kepada mereka yang hampir memilih untuk membuat perjalanan yang serupa. "Kamu akan berjaya di mana Tuhan mahu kamu berjaya, bukan di tempat yang kamu inginkan atau tempat yang kamu kagumi," beliau memberi nasihat.

Sebagai sokongan kepada pelarian yang melarat itu, T.B. Joshua memberikan hadiah berjumlah N10,000,000 (US$33,000), setiap orang daripada kumpulan itu menerima N150,000 (US$500) bersama dua kampit beras untuk "memulakan hidup baharu."

Source: Emmanuel TV
Related Links:
Keywords: Entertainment Television Not for profit Religion