omniture

Pameran Pencahayaan Guzhen Akan Datang Menawarkan Lebih Banyak Perkhidmatan Tersuai Khusus untuk Pembeli Luar Negara

Pendaftaran Dalam Talian untuk Pameran Pencahayaan China (Guzhen) kali ke-18 ditutup dalam masa 2 hari
China (Guzhen) International Lighting Fair
2016-10-19 08:30 477

ZHONGSHAN, China, 19 Oktober 2016 /PRNewswire/ -- Mulai 22 hingga 26 Oktober 2016, Pameran Pencahayaan Antarabangsa China (Guzhen) (Pameran Pencahayaan Guzhen) kali ke-18 akan diadakan di Pusat Konvensyen dan Pameran Guzhen di Pekan Guzhen, Bandar Raya Zhongshan, Wilayah Guangdong.

Pameran Produk
Pameran Produk

 

Mesyuarat Pemadanan Perniagaan
Mesyuarat Pemadanan Perniagaan

Mulai hari ini, kemasukan pendaftaran dalam talian akan ditutup dalam masa 2 hari; pengunjung boleh melayari laman sesawang rasmi pameran tersebut (http://www.gzlightingfair.com/en) dan membuat prapendaftaran dalam talian menggunakan nombor telefon bimbit mereka. Pengunjung yang telah mendaftar tidak perlu membayar 100 yuan sebagai yuran kemasukan dan layak menerima pelbagai perkhidmatan VIP seperti perkhidmatan pemadanan perniagaan dan insentif pelancongan percuma yang lain.

Paparan produk pameran lampu yang banyak di dewan berkeluasan hampir 1.5 juta meter persegi

Termasuk lima sub-tempat, jumlah kawasan pameran keseluruhan mencecah 1.5 juta meter persegi, dengan pencapaian pertumbuhan berbanding tahun sebelumnya sebanyak 20%. Seramai 2,000 pempamer akan menjadikan pameran ini sebagai suatu aktiviti yang tiada tandingan. Sepuluh kategori produk lampu yang merangkumi seluruh rantaian bekalan pastinya dapat memenuhi semua permintaan perolehan.

Mesyuarat Pemadanan Perniagaan – Mengurangkan kos memperoleh bekalan bersesuaian di Guzhen

Lebih 100 pempamer yang dipilih dengan teliti serta mempunyai kemampuan untuk menjalankan perniagaan perdagangan antarabangsa akan terlibat dalam mesyuarat pemadanan perniagaan. Pihak penganjur dikhususkan untuk membantu pelanggan global mengenal pasti dan memilih rakan niaga paling berpotensi mengikut keperluan perolehan praktikal mereka. Dengan cara ini, pembeli luar negara berpeluang membeli dengan cara yang paling cekap, seraya dapat mencapai hasil yang menguntungkan untuk kedua-dua pihak. Setiap pembeli luar negara ditawarkan dengan perkhidmatan amat dikhaskan: memohon surat jemputan dan tempahan hotel secara dalam talian; nikmati perkhidmatan mengambil dan menurunkan penumpang di lapangan terbang secara percuma, perkhidmatan ulang alik setiap hari secara percuma dan juga sajian makan tengah hari percuma di kawasan rehat. 

Di samping itu, lebih banyak acara hebat akan diadakan serentak di Guzhen pada tahun ini, "Festival Kebudayaan Pencahayaan" akan menggunakan teknologi pencahayaan yang lebih canggih bagi mendemonstrasikan acara lampu 3 dimensi yang terang di Pekan Guzhen. Selain itu, Arkitek Itali yang terkenal, Francesco Sani, dijemput untuk menyampaikan ucapan bertajuk 'Reka Bentuk Asli Jalan Menuju Kejayaan', memberikan paparan berpanorama kepada peserta untuk mengetahui tujuan dan cara untuk mencipta rekaan yang asli.

Pada bulan Oktober sempena musim luruh yang keemasan, Pameran Pencahayaan Guzhen akan mencapai tahap lebih tinggi dari segi keluasan ruang pameran, jumlah dan kualiti pempamer, pengunjung profesional dan juga perkhidmatan pameran bagi mengadakan pesta pencahayaan antarabangsa yang indah.

Laman sesawang: http://www.gzlightingfair.com/en

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161018/0861610597-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161018/0861610597-b

Source: China (Guzhen) International Lighting Fair
Keywords: Computer/Electronics Electronic Components Furniture & Furnishings Household Products Household/Consumer/Cosmetics Trade show news