omniture

Plintron Mencapai Angka Lebih 75 Juta Pelanggan MVNO

Plintron
2016-10-19 08:33 451

SINGAPURA, 19 Oktober 2016 /PRNewswire/ -- Plintron, peneraju bertaraf dunia bagi Penyelesaian Komunikasi Awan untuk MVNO (Pengendali Rangkaian Maya Mudah Alih), hari ini mengumumkan bahawa kumpulan pelanggannya telah melebihi angka 75 juta. Plintron ialah penggiat MVNE/MVNA (Pemboleh/Pengagregat Rangkaian Maya Mudah Alih) pelbagai negara yang terbesar di dunia yang mendayakan MVNO untuk menawarkan penyelesaian mobiliti kepada pelanggan di serata dunia.

Plintron ialah syarikat MVNE/A yang paling pantas berkembang, terbukti oleh peningkatan ketara dari segi kumpulan pelanggan berdasarkan angka 50 juta pada Oktober lalu.

Mengulas tentang pencapaian ini, Mohan Kumar Sundaram, Pengasas Bersama & Pengerusi Plintron berkata, "Pertumbuhan pesat ini ialah bukti terhadap kualiti yang kami tawarkan dan betapa eratnya hubungan kami dengan MVNO. Sekali lagi, kami membuktikan bahawa kesungguhan kami untuk menyediakan penyelesaian yang canggih telah menjamin kejayaan untuk rakan kongsi kami."

"Menerusi keupayaan terbukti kami, kami telah meluaskan tumpuan kami ke APAC dan juga Amerika Latin. Usaha penembusan baharu ke kawasan VNO, India, dengan nilai US$ 37 bilion bagi industri telekomunikasi, menjadi pasaran utama untuk kami," tambah Subhashree Radhakrishnan, selaku Pengasas Bersama & Naib Pengerusi.

Plintron juga ialah penaja Emas untuk Kongres Asia MVNO yang berlangsung pada 18 - 19 Oktober 2016 di Novotel Singapore Clarke Quay, Singapura. MVNO global dan MVNO yang beraspirasi dengan segala hormatnya diundang untuk mengunjungi kami atau menghantar e-mel kepada Plintron melalui marketing@plintron.com untuk membincangkan sejauh mana syarikat dapat mendorong kejayaan rakan-rakan kongsinya.

Latar Belakang Plintron:   

Plintron ialah peneraju bertaraf dunia bagi Penyelesaian Komunikasi Awan dan turut memperkenalkan produk-produk baharu yang paling komprehensif dalam industri telekomunikasi untuk MNO, MVNO dan juga Syarikat-syarikat Perusahaan. Pertumbuhan pesat selama lapan tahun menjadikan Plintron sebagai peneraju dalam topografi industri telekomunikasi. Unggul dengan pengaruh global terbesar dalam bidang perniagaan yang dijalankan, syarikat ini memanfaatkan jaringan bersama pelbagai negara untuk kekal mendepani kelok kemajuan.

Faktor-faktor utama yang menjamin kejayaan global ini ialah komitmen terhadap kecemerlangan, tumpuan terhadap pelanggan, fokus terhadap kualiti, kefleksibelan dan juga pemilikan. Syarikat ini sentiasa berusaha untuk meningkatkan nilai sedia ada dan menghasilkan penyelesaian baharu yang inovatif.

Plintron menggajikan lebih 1,000 kakitangan dan beroperasi di lebih 21 buah negara. Syarikat ini turut memiliki pusat Penyampaian Teknologi Global yang beroperasi sepanjang masa di India. Pejabat-pejabat Perniagaan & Sokongan Serantau lain berada di London (UK), Sydney (Australia) serta Seattle (AS), dan syarikat ini turut merancang untuk melebarkan sayap ke Asia dan juga Amerika Latin.

Untuk maklumat lanjut, layari:  

http://www.plintron.com
https://www.facebook.com/plintron.corporate
https://twitter.com/plintron
https://www.linkedin.com/company/plintron

Untuk maklumat lanjut hubungi:
Sreenivas V
+91-8754595584
sales@plintron.com

Sumber: Plintron

Source: Plintron
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Telecommunications