omniture

ELECOM Melancarkan Dua Siri Fon Kepala Stereo Ciptaan Artis Manga Shirow Masamune: Satu Model Jenis Resolusi Tinggi dan Dua Model Ditala untuk Lagu Anime

ELECOM CO.,LTD.
2016-10-19 08:38 667

OSAKA, Jepun, 19 Oktober 2016 /PRNewswire/ -- Shirow Masamune, pengarang siri manga yang amat terkenal di dunia seperti "Appleseed" dan "Ghost In The Shell", sekali lagi menjalin kerjasama dengan ELECOM (www.elecom.net?grid=prn161018) bagi mencipta dua siri fon kepala: model Resolusi Tinggi dan model eksklusif untuk lagu anime.

Satu model jenis bunyi berkualiti tinggi Resolusi Tinggi dan dua model yang amat sesuai untuk lagu-lagu anime.
Satu model jenis bunyi berkualiti tinggi Resolusi Tinggi dan dua model yang amat sesuai untuk lagu-lagu anime.

Hasil daripada dua pemacu dinamiknya, berdiameter 11.6 mm dan 12.5 mm, fon kepala stereo Resolusi Tinggi (EHP-SH1000) dapat menghasilkan semula bunyi beresolusi tinggi dalam julat yang luas – bermula dengan frekuensi rendah dan pertengahan kepada frekuensi tinggi serta ultra tinggi. Selain itu, dengan menggunakan "Sistem Pemacu Dalam Fasa Dwipaksi", bunyi yang hebat dan jelas dapat dihasilkan. Rintangan magnet antara kedua-dua pemacu itu juga dapat menguatkan ketumpatan fluks magnet, membolehkan pemacuan respons tinggi yang amat baik. Pemacu berdiameter 11.6 mm yang menyokong frekuensi tinggi hingga ultra tinggi itu pula menggunakan diafragma filem berbilang lapisan serta pemacu magnet luar yang dinamik, iaitu "Pemacu Magnet Luar Torus ELECOM" ('pemacu ETEM'), bagi menghasilkan frekuensi tinggi yang jelas.

Lubang nada di tengah yang menembusi bahagian bola pada pemacu ETEM itu dapat menghantar bunyi daripada julat yang lebih rendah terus kepada tiub bunyi, dan ini dapat menjamin bes yang mengagumkan. Sarung aluminium yang ringan tetapi teguh dan amat keras dapat menghentikan gegaran lebihan daripada yok pemacu seraya menghasilkan isyarat bunyi dengan baik daripada diafragma.

Setiap wayar bumi pada kabel dibahagikan kepada empat wayar berasingan, dan ini dapat mengurangkan hingar statik serta hingar elektromagnet dengan jayanya, di samping dapat meningkatkan kesan akustik dan memberikan bes yang padat. Terminal MMCX kabel boleh tanggal pula diperbuat daripada wayar tembaga tanpa oksigen bagi menjamin bunyi bernada tinggi yang lancar, dengan hanya mengalami sedikit gangguan kemerosotan isyarat.

Produk ini disediakan dengan dua jenis kabel bagi menghubungkan peranti audio atau telefon pintar. Kabel dengan mikrofon juga turut disediakan dengan alat kawalan jauh.

Dua model seterusnya (siri EHP-SL100) ialah fon kepala stereo yang ditala sempurna untuk lagu-lagu anime, yang dihasilkan semula secara sepenuhnya melalui bes yang hebat serta vokal tambahan yang jelas. Pemacu dinamik berdiameter 10 mm menggunakan diafragma bersalut titanium yang amat tegar bagi menjamin bes yang beraneka dan trebel yang telus. Bahagian permukaan diafragma pula menggunakan empat puluh rusuk yang dapat mencegah perubahan bentuk pada membran yang bergetar serta getaran yang tidak normal, bagi memberikan ciri-ciri output linear dengan gangguan yang rendah.

Ketiga-tiga model ini mempunyai "penutup telinga lekap sepenuhnya" tahap kedua boleh laras dan amat kalis bunyi serta mampatan udara yang lebih tinggi bagi menjamin bes yang hebat selain bentuk yang sendat.

Pautan berkaitan: http://bit.ly/elecom_prnE161012

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161017/0861610658

 

Source: ELECOM CO.,LTD.
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics New products/services