omniture

IBS Software Services Menyempurnakan Penyepaduan Jenama HBSi

Jenama HBSi Bakal Disepadukan sebagai Unit Perniagaan Strategik Hospitaliti IBS
IBS Software Services
2016-10-19 11:36 550

ATLANTA, 19 Oktober 2016 /PRNewswire/ -- IBS Software Services, penyedia bertaraf global utama bagi penyelesaian teknologi maklumat generasi seterusnya untuk industri pelancongan, pengangkutan dan logistik, menyepadukan Hotel Booking Solutions Inc. (HBSi) ke dalam rangkaian produk logistik, hospitaliti dan pelancongan syarikat yang terus berkembang. HBSi yang diambil alih sepenuhnya oleh IBS pada tahun 2012, bakal beroperasi sebagai Unit Perniagaan Strategik (SBU) Hospitaliti IBS pada masa depan.

HBSi yang berpusat di Atlanta bekerjasama dengan syarikat-syarikat perhotelan dan juga pengedar pelancongan demi menyediakan platform ketersambungan pengagihan B2B pada masa sebenar yang fleksibel. Ia turut menumpu pada nilai pelanggan, hubungan langsung masa sebenar dan peningkatan pengurusan inventori, selain perkhidmatan penyepaduan perisian. HBSi mempunyai kumpulan pelanggan di lebih 37 buah negara, termasuk jenama-jenama utama seperti Marriott, IHG, Fairmont, Caesars Entertainment, Las Vegas Sands, Kerzner, Posadas, Sandals dan juga Prince Hotels. Syarikat ini menyediakan perkhidmatan untuk lebih 150 jenama pelancongan dalam talian termasuk peneraju-peneraju industri seperti Priceline, Expedia, Orbitz, C-Trip dan Booking.com.

"Setelah IBS menyelesaikan pengambilalihan HBSi pada tahun 2012 ia menjadi langkah penting dalam pendekatan strategik kami untuk meluaskan pengaruh IBS dalam segmen perniagaan hospitaliti," kata VK Mathews, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif IBS Group. "Kini, hampir empat tahun setelah pengambilalihan tersebut, masanya telah tiba untuk menyepadukan HBSi sepenuhnya ke dalam IBS dan beroperasi sebagai Unit Perniagaan Strategik yang berasingan dan ditempatkan dalam kategori IBS lain selain produk-produk pelancongan, pengangkutan dan juga logistik."

"Penjenamaan semula HBSi ialah satu langkah kemajuan biasa memandangkan syarikat kami beransur-ansur menjadi lebih bersepadu dengan IBS dan ketika kami meneruskan usaha pelaburan kami terhadap penyelesaian hospitaliti generasi seterusnya," kata Peter Krebs, Ketua SBU Hospitaliti. "Usaha penyepaduan jenama ini akan membolehkan kami untuk meneruskan pertumbuhan kukuh kami, ketika IBS berkembang dan terus meningkatkan serta meluaskan pengaruhnya dalam sektor hospitaliti dan juga pelancongan peringkat global."

IBS, yang baru-baru ini menerima pelaburan ekuiti persendirian berjumlah $170 juta daripada Blackstone, mempunyai pengaruh global dan 3,000 ahli profesional yang berada di sembilan buah pejabatnya, selain menyediakan pelbagai produk perisian generasi baharu untuk beberapa buah syarikat penerbangan terbaik, syarikat-syarikat hospitaliti terbaik, lapangan terbang paling sibuk, syarikat-syarikat pelayaran terkemuka, pengedar pelancongan utama dan juga syarikat-syarikat minyak & gas terunggul di dunia.

Maklumat lanjut tentang IBS disediakan di http://www.ibsplc.com

Sebarang pertanyaan media, sila hubungi
Bratati Ghosh
Ketua Pegawai Pemasaran IBS
bratati.ghosh@ibsplc.com

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20121122/577929

Source: IBS Software Services
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Transportation Travel Acquisitions, mergers, takeovers