omniture

TUTC Terpilih 'Syarikat Perkhemahan Mewah Utama Asia' sempena Anugerah Pengembaraan Dunia 2016

The Ultimate Travelling Camp (TUTC)
2016-10-19 20:49 514

MUMBAI, 19 Oktober 2016 /PRNewswire/ -- The Ultimate Travelling Camp (TUTC) memperlihatkan permulaan yang baik pada majlis Anugerah Pengembaraan Dunia Tahunan kali ke-23, apabila berjaya meraih anugerah 'Syarikat Perkhemahan Mewah Utama Asia' dalam sebuah majlis gala yang sungguh mempesonakan, anjuran InterContinental Danang Sun Peninsula Resort, Vietnam. Ia merupakan pencalonan dan juga kejayaan pertama buat TUTC dalam sebuah program penganugerahan paling berprestij dalam industri pengembaraan, dipilih oleh tetamu dan golongan profesional.

     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161018/829503 )
     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160913/406904 )
     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160509/803072 )

Mengulas tentang majlis tersebut, Rajnish Sabharwal, Ketua Pegawai Operasi, TUTC berkata, "Ini merupakan satu penghormatan apabila diiktiraf sebagai 'Syarikat Perkhemahan Mewah Utama Asia' menerusi Anugerah Pengembaraan Dunia yang amat didambakan ini. Ini adalah anugerah yang amat istimewa buat TUTC kerana ia mengiktiraf hasil titik peluh kami dalam menawarkan pengalaman yang unik dan mengagumkan buat pelancong, di samping tahap kemewahan yang tertinggi."

"Selaku perintis perkhemahan mewah di India, kami berasa amat bertuah kerana usaha kami untuk membawakan sebuah segmen untuk pelancong mewah khusus ini diterima baik oleh tetamu dan pakar-pakar industri di peringkat global. Anugerah ini akan terus mengukuhkan komitmen kami dalam menawarkan pengalaman yang amat menyeronokkan kepada pelancong yang bercitarasa tinggi selain menyediakan tawaran terbaik yang dapat diberikan oleh India kepada industri perkhemahan mewah ini," tambah beliau.

Anugerah Pengembaraan Dunia umum dianggap sebagai 'Oscar untuk Industri Pengembaraan' yang meraikan kualiti kecemerlangan dalam industri pelancongan global. Majlis-majlis penyampaian anugerah ini diterima umum sebagai peluang jalinan kerjasama yang terbaik dalam industri pengembaraan dan pelancongan, dihadiri oleh individu-individu ternama dalam industri pengembaraan.

Kem nomad super mewah oleh TUTC di Thiksey dan Diskit, Ladakh serta Kohima di Nagaland bukan sekadar menghidangkan pengembaraan yang berbeza buat para tetamu, dilatari dengan landskap yang memukau, malah turut menawarkan pengalaman yang mengasyikkan yang meraikan elemen kebudayaan, festival, makanan, sukan serta identiti penduduk pribumi di rantau itu. Kem Chamba di Ladakh menyediakan perkhidmatan untuk meneroka pelbagai aspek cara hidup Ladakh dan Buddha. Begitu juga dengan kem di Kohima yang bertujuan untuk memulihkan, melindungi dan memulihara kekayaan serta keunikan 16 suku kaum asli Nagaland. Kunjungi kami melalui http://www.tutc.com untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Sebarang pertanyaan lanjut, hantarkan e-mel kepada kami melalui chaitra.shetty@tutc.com atau info@tutc.com

Sumber: The Ultimate Travelling Camp (TUTC)

Source: The Ultimate Travelling Camp (TUTC)
Keywords: Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel Awards