omniture

Bristlecone Dipilih oleh UCT untuk Transformasi Digital Dengan SAP S/4HANA(R)

Bristlecone Inc
2016-10-20 13:01 513

SAN JOSE, Calif., 20 Oktober 2016 /PRNewswire/ --

Pembekal Pembuatan Utama Beralih kepada SAP S/4HANA dalam Usaha Menggunakan Sistem ERP yang Tangkas, Global dan Boleh Diskala serta Portal Pembekal yang Membantu Komunikasi Dua Hala 

Hari ini, Bristlecone mengumumkan Ultra Clean Technology Inc. (UCT, NASDAQ: UCTT), pembekal penyumberan luar yang bersepadu secara vertikal dan bertaraf global bagi kemudahan pembuatan yang luas, memulakan fasa awal transformasi digital menerusi sistem ERP dengan menggunakan SAP S/4HANA®. Usaha selama beberapa tahun di pelbagai benua ini akan diurus dan dilaksanakan oleh Bristlecone, sebuah firma khidmat nasihat rantaian bekalan dan analitik SaaS+ yang berpangkalan di Lembah Silikon.

     (Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161018/429779LOGO )
     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161018/429690 )

Jim Scholhamer, Ketua Pegawai Eksekutif UCT berkata, "Dengan usaha kami menggunakan sistem ERP yang berkeupayaan tinggi seperti SAP S/4HANA, UCT berpeluang untuk meningkatkan kecekapan dan masa tindak balas selain menyediakan kelebihan prestasi buat pelanggan kami. Kami yakin usaha ini akan dapat menambah baik kadar respons, kefleksibelan dan ketangkasan yang diperlukan oleh penyedia penyelesaian pembuatan bertaraf global dan membolehkan kami untuk meneruskan pertumbuhan kukuh kami."

Victor Gonzalez, Naib Presiden I/T Global di UCT, menambah, "Kami berbesar hati kerana Bristlecone akan mengurus pelaksanaan SAP S/4HANA ERP kami selama beberapa tahun. Menerusi inisiatif ini, UCT akan menggantikan sistem ERP legasi sedia ada dengan penyelesaian yang tangkas, bertaraf global dan boleh diskala, meningkatkan tarikan dalam seluruh rantaian bekalan. Projek ini merangkumkan portal pembekal yang akan memudahkan proses komunikasi dengan rantaian bekalan UCT, dan membolehkan syarikat untuk mengukuhkan kerjasama, di samping mengoptimumkan penggunaan I/T."

Irfan A. Khan, Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Bristlecone menyambut baik keputusan UCT. "Pihak pengeluar kini bersaing di peringkat global untuk memperoleh kelebihan daya saing dan mengoptimumkan rantaian bekalan mereka dengan memanfaatkan teknologi digital terkini. Bagi merealisasikan manfaat daripada teknologi ini, sesebuah syarikat perlu menjalin kerjasama dengan pasukan yang berpengalaman tentang domain dengan mendalam, memiliki kepakaran global dalam khidmat runding dan mempunyai pengetahuan luas berkaitan platform teknologi seperti awan. Bristlecone mampu menyediakan kesemua kelebihan ini untuk UCT dan membantu memilih SAP S/4HANA sebagai sebuah platform perniagaan. Kami berjaya membuktikan keupayaan ini dengan rangka kerja IP kami yang merangkumi diagnosis, reka bentuk dan pembangunan penyelesaian tertentu bagi mendayakan sistem perniagaan baharu. Kami berharap dapat menjalin kerjasama strategik dalam tempoh yang lama bersama UCT."

Peter Russo, Naib Presiden Pemasaran Produk Global untuk SAP S/4HANA di SAP, meletakkan harapan terhadap transformasi digital yang sedang diusahakan untuk satu lagi pelanggan dengan SAP S/4HANA. "Kami teruja kerana UCT memilih SAP S/4HANA untuk menyokong usaha transformasi digital mereka, mendayakan pelaporan kewangan yang dipercepat, memudahkan operasi logistik dan meningkatkan pengurusan rantaian bekalan. Rakan-rakan kerjasama yang inovatif yang memiliki kepakaran industri seperti Bristlecone mempunyai pengalaman unik dan dapat bersama-sama membantu pelanggan kami mencapai kejayaan."

Latar Belakang Bristlecone  

Bristlecone ialah sebuah firma Khidmat Nasihat Rantaian Bekalan dan Analitik SaaS+ terunggul yang fokus untuk mendayakan Rantaian Bekalan Terhubung Secara Digital untuk Industri Teknologi Tinggi, CPG, Peruncitan dan Proses. Bristlecone telah memberikan nilai yang strategik dan menokok untuk lebih 300 pelanggan merentasi pelbagai vertikal industri. Dengan memberi tumpuan khusus untuk menangani cabaran dalam perolehan, rantaian bekalan dan analitik, Bristlecone membantu para pelanggan menilai, merekabentuk, mendayakan dan meningkatkan operasi mereka dengan memanfaatkan pengalaman mereka selama bertahun-tahun untuk penyelesaian yang diprakonfigurasi, mempercepatkan penggunaan serta peningkatan disediakan khusus untuk teknologi rantaian bekalan yang utama.

Beribu pejabat di Lembah Silikon, California, Bristlecone juga mempunyai beberapa cawangan yang berada di Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Jerman, Switzerland, Singapura, Malaysia, UAE dan juga India. Bristlecone ialah sebuah anak syarikat milik Mahindra Group. Untuk mengetahui lebih lanjut layari: http://www.bcone.com  

Latar Belakang UCT  

UCT ialah penyedia pembuatan penyumberan luar bersepadu vertikal yang bertaraf global untuk kemudahan pembuatan yang luas - bermula dengan komponen ketepatan kepada sistem-sistem berskala luas. Dengan menjalankan operasi di seluruh Amerika Syarikat, China, Singapura, Filipina dan Eropah, matlamat UCT adalah untuk menyediakan khidmat teknologi, pembuatan, dan nilai perniagaan untuk pelanggannya dan berusaha memberikan kelebihan prestasi harga dengan tempoh maklum balas yang pantas. Untuk mengetahui lebih lanjut layari: http://www.uct.com 

SAP, SAP S/4HANA dan produk serta perkhidmatan SAP lain yang disebutkan dalam dokumen ini, berserta logo-logo masing-masing ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar SAP SE (atau syarikat bersekutu SAP) di Jerman dan negara-negara lain. Lihat http://www.sap.com/corporate-en/legal/copyright/index.epx untuk mendapatkan maklumat dan notis tanda dagangan tambahan.

Kesemua nama produk dan perkhidmatan lain yang disebutkan ialah tanda dagangan syarikat masing-masing.

Kenyataan Jangkaan SAP
Mana-mana kenyataan yang terdapat dalam dokumen ini yang bukan fakta sejarah adalah kenyataan jangkaan seperti yang ditakrifkan oleh Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian A.S. 1995. Perkataan-perkataan sepert "menduga", "percaya", "menganggar", "menjangka", "meramal", "berhasrat", "mungkin", "merancang", "mengunjurkan", "menyangka", "harus" dan "akan" serta ungkapan serupa yang berhubung dengan SAP adalah bertujuan untuk mengenal pasti kenyataan jangkaan tersebut. SAP tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini atau menyemak semula mana-mana kenyataan jangkaan kepada umum. Kesemua kenyataan jangkaan tertakluk kepada pelbagai risiko dan ketidaktentuan yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza dengan ketara berbanding yang dijangkakan. Faktor-faktor yang boleh memberi kesan terhadap keputusan kewangan masa depan SAP dibincangkan dengan lebih lanjut dalam pemfailan oleh SAP dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Pertukaran A.S. ("SEC"), termasuk Laporan Tahunan SAP yang terkini dalam Borang 20-F yang difailkan bersama SEC. Pembaca diingatkan supaya tidak terlalu bergantung pada kenyataan jangkaan ini, yang hanya dinyatakan pada tarikh yang tertera. 

Maklumat Perhubungan Media
Rebecca Nerad
Bristlecone - pasaran Amerika Utara dan Global
+1-802-999-7641
rebecca.nerad@bcone.com 

Rama Krishnamurthy
Bristlecone - pasaran India dan SEA
+91-9538965878
rama.krishnamurthy@bcone.com

Source: Bristlecone Inc
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology