omniture

Duesseldorf Umumkan Ia Sebagai Tuan Rumah Grand Départ pada Sidang Akhbar Antarabangsa Tour de France di Paris

Maklumat tentang Tour de France, selain siaran akhbar dan juga gambar-gambar media tersedia dalam tiga bahasa melalui laman sesawang bandar itu.
City of Duesseldorf
2016-10-20 17:22 541

DUESSELDORF, Jerman, 20 Oktober 2016 /PRNewswire/ -- Dalam sidang akhbar Tour de France yang terkenal di peringkat antarabangsa itu, diadakan di Paris pada petang Selasa lalu, Pengarah Christian Prudhomme mengumumkan laluan perlumbaan Tour de France kali ke-104.

Segala maklumat, siaran akhbar, gambar-gambar media melibatkan Grand Départ Duesseldorf 2017 kini tersedia dalam bahasa Jerman, bahasa Inggeris dan bahasa Perancis melalui: http://www.duesseldorf.de/letour

Seperti mana yang telah dijelaskan sejak Disember lalu, perlumbaan Tour de France kali ini bermula pada 1 Julai 2017 dengan permulaan Grand Départ di Duesseldorf. Perlumbaan basikal paling penting di dunia ini akan bermula dengan masa percubaan individu sejauh lebih 13 kilometer melalui pusat bandar Duesseldorf pada 1 Julai 2017.

Duesseldorf juga akan menyaksikan perlumbaan peringkat kedua. Selepas melalui laluan perlumbaan di kawasan-kawasan pekan berhampiran Erkrath, Mettmann dan Ratingen, laluan tersebut sekali lagi akan melalui Duesseldorf, sesuatu pembaharuan dalam sejarah Tour de France. Buat pertama kali, "Lingkaran Besar" akan membawa pelumba basikal ke luar kawasan bandar itu yang merupakan lokasi permulaan perlumbaan dan turut berakhir di situ. Berikutan itu, laluan perlumbaan peringkat kedua akan melintasi Meerbusch, Neuss dan Kaarst-Buettgen seterusnya ke Moenchengladbach. Di lokasi ini, mata pecut pertengahan yang pertama bagi Tour de France 2017 akan diberikan. Para penunggang basikal profesional akan mengayuh merentasi daerah Dueren yang terletak dalam bandar Juelich, seterusnya melintasi Bandar Katedral Aachen. Ini merupakan bandar terakhir Jerman untuk peringkat perlumbaan ini yang berakhir sejauh 206 kilometer lagi menuju bandar Liège, Belgium.

Menerusi pembentangan beliau mengenai ibu kota Duesseldorf sebagai tuan rumah Grand Départ 2017, Datuk Bandar Thomas Geisel memaklumkan kepada kira-kira 4,000 wartawan yang hadir: "30 tahun setelah perlumbaan Tour de France bermula di Berlin yang masih terpisah pada tahun 1987, perlumbaan basikal terbesar di dunia ini sekali lagi akan bermula di Jerman. Bagi pihak penganjur Tour de France, tiada lokasi perlumbaan lain yang lebih baik berbanding Duesseldorf – sebuah bandar yang amat meminati sukan, bandar mesra aktiviti berbasikal dan juga bandar yang mesra pengunjung. Pameran perdagangan kami 'Messe Duesseldorf' menerima berjuta-juta pengunjung setiap tahun. Begitu juga, setiap tahun berjuta-juta pelancong mengunjungi acara tradisional yang diadakan secara besar-besaran di Duesseldorf seperti karnival perarakan Rose Monday, Hari Jepun mahupun Festival Perancis. Lebih 3,000 warga Perancis kami berserta 257 buah syarikat Perancis menyumbang terhadap gaya hidup yang luar biasa dan savoir-vivre di Duesseldorf, yang memberi jolokan 'Paris Kecil' kepada bandar tersebut. Alamilah Grand Départ sempena Tour de France 2017! Nikmatilah Duesseldorf!"

Selepas menyampaikan ucapan beliau, Datuk Bandar itu menyiarkan imej filem yang dirakam oleh Duesseldorf Marketing & Tourismus GmbH, khusus untuk tujuan pembentangan laluan perlumbaan, yang juga boleh dilihat melalui http://www.duesseldorf.de/letour.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi kami:

Bandar Duesseldorf
Jabatan Komunikasi
Kerstin Jaeckel-Engstfeld
No. Telefon: +49-211-8993131
e-mel: presse@duesseldorf.de
http://www.duesseldorf.de 

Source: City of Duesseldorf
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Leisure/Travel/Hotels Sporting Events Sports Travel New products/services