omniture

Jubilant Biosys Sebagai Syarikat Pertama India Menggunakan Platform Saringan RapidFire/MS Agilent

Jubilant Biosys
2016-10-21 00:13 653

BENGALURU, 21 Oktober 2016 /PRNewswire/ --

Jubilant Biosys dengan bangganya mengumumkan penambahan teknologi saringan RapidFire/MS oleh Agilent Technologies ke dalam Platform Penemuan Ubatan Bersepadunya.

     (Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160107/783587 )
     (Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161019/430304LOGO )

RapidFire ialah teknologi pengekstrakan fasa pepejal yang utuh, yang membolehkan pengesanan sebatian asli tanpa-label dibuat secara pantas melalui spektrometri jisim dalam rangkaian cerakin in vitro yang luas, kajian DMPK/ADME,  aplikasi asas/berpotensi dalam penemuan ubatan merangkumi spektrum bidang terapeutik yang luas dan juga untuk menyaring sasaran sukar yang tidak bertidak balas kepada cerakin berlabel. Kemudahan Bengaluru Jubilant Biosys akan menjadi kemudahan pertama di India yang dilengkapi dengan teknologi sistem Spektrometri Jisim Daya Pemprosesan Tinggi RapidFire Agilent yang canggih.

 "Pemasangan platform RapidFire Agilent membuktikan komitmen berterusan Jubilant untuk membuat pelaburan yang diperlukan dengan tujuan untuk terus membuat penemuan ubatan yang canggih. Platform ini membolehkan kami meningkatkan produktiviti kami dan mengukuhkan keupayaan kami untuk memenuhi kehendak pelanggan dengan jayanya," kata Steven Hutchins, Presiden, Jubilant Biosys (Drug Discovery Solutions).

"Penyelesaian RapidFire Agilent membekalkan pelanggan kami dengan ketepatan yang dipertingkat, menyediakan keputusan yang lebih pantas, memberi nilai ekonomi yang lebih baik, mengukuhkan keupayaan menganalisis, menambah baik kecekapan, di samping mengekalkan keutuhan, dan kami gembira melihat Jubilant Biosys menjadi organisasi pertama di India yang memanfaatkan teknologi canggih ini," kata Bharat Bhardwaj, Pengurus Negara, Agilent Technologies.

Latar Belakang Jubilant Drug Discovery Solutions (JDDS) 

JDDS terdiri daripada Jubilant Biosys, Jubilant Chemsys dan Jubilant Discovery Services dan bertapak di Bangalore dan Noida di India serta di Malvern (AS). Anak-anak syarikat Jubilant Life Sciences Ltd ini menggajikan lebih 625 pekerja dan membuktikan kepakaran dalam pelbagai bidang terapeutik berkaitan Onkologi, Kecelaruan Metabolisme, Kesakitan & Keradangan, CNS & lain-lain. Model perniagaannya termasuk inovasi oleh syarikat yang proprietari, pelaburan strategik dan juga perkhidmatan penemuan ubatan sebagai komponen teras yang tersedia untuk kajian kolaboratif, perkongsian, dan pemberian lesen untuk syarikat-syarikat lain. http://www.jubilantbiosys.com; http://www.jchemsys.com; http://www.jubl.com

Latar belakang Agilent Technologies 

Agilent ialah peneraju dalam pasaran sains hayat, diagnostik dan kimia gunaan. Syarikat ini membekalkan makmal-makmal seluruh dunia dengan peralatan, perkhidmatan, bahan guna habis, aplikasi dan kepakaran, yang membolehkan pelanggan mendapatkan maklumat yang mereka inginkan. Kepakaran dan kolaborasi Agilent yang dipercayai memberikan mereka keyakinan tertinggi terhadap penyelesaian kami.

Agilent memfokuskan kepakarannya terhadap enam pasaran utama, di mana kami membantu pelanggan kami mencapai sasaran mereka: Makanan, Alam Sekitar dan Forensik, Farmaseutikal, Diagnostik, Kimia dan Tenaga, Penyelidikan. Lawati http://www.agilent.com.

Untuk pertanyaan perniagaan: bd@jubilantbiosy.com

Source: Jubilant Biosys
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals