omniture

"Fiksyen Bos" Popular di Kalangan Muda Mudi di Malaysia

iReader
2016-10-21 07:05 370

BEIJING, 21 Oktober 2016 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, iReader, sebuah aplikasi dalam talian, menerbitkan sebuah laporan membaca berkenaan karya sastera Malaysia. Sebagai pembaca buku elektronik, ia berada di tempat pertama dalam aplikasi paling laris di Malaysia. Data yang ada menunjukkan bahawa golongan muda di Malaysia cenderung untuk meminati fiksyen bos.

iReader berada pada kedudukan teratas dalam aplikasi bacaan terlaris di Malaysia
iReader berada pada kedudukan teratas dalam aplikasi bacaan terlaris di Malaysia

Apakah dia fiksyen bos? Seorang editor dari iReader berkata, "fiksyen bos" bermaksud bahawa di dalam cerita itu, heronya adalah seorang bos yang kaya dan mempesona, dan heroinnya seringkali seorang wanita yang miskin tetapi menawan.

Menurut laporan itu, dua fiksyen popular paling teratas adalah The Love of Mr. Arrogant, dan Escape from Marriage (Cinta En. Angkuh, dan Lari dari Perkahwinan), yang mana kedua-duanya adalah fiksyen bos.

Di Facebook, iReader mempunyai puluhan ribu pengikut. Mereka mencari buku-buku popular kemudian membacanya di iReader dan mencadangkan buku kegemaran mereka kepada rakan-rakan.

Mengapa "fiksyen bos" sangat menarik?

Dalam buku-buku ini, heronya selalunya memiliki status sosial yang tinggi, jumlah harta yang banyak, dan penampilan menawan. Ketiga-tiga ciri ini membentuk tarikan yang unik, dan heroinnya umumnya adalah seakan "Cinderella", miskin tetapi cantik. Fifty Shades of Grey juga berkisarkan kisah sebegini, yang merupakan salah satu buku paling laris di Amerika dan telah mencapai kejayaan hebat di seluruh negara. Dapatlah dibayangkan, ramai golongan muda sukakan kisah sebegini.

Golongan muda sukakan cerita romantis, dan ia tampak tiada bezanya dengan masa lalu. Versi moden "Cinderella Jatuh Cinta dengan seorang Putera" adalah yang paling popular di kalangan mereka. Kisah cerita sebegini menjadikannya mudah bagi pembaca untuk mendalami perasaan watak-watak itu.

"Ia memuaskan semua khayalan saya tentang percintaan. Membaca buku sebegini sangat menghiburkan. Saya tidak perlu terlalu banyak berfikir tapi cuma membacanya untuk keseronokan," kata gadis berumur 25 tahun di Kuala Lumpur.

Menurut seorang pekerja dari iReader, fiksyen seperti "The Love of Mr. Arrogant" dan "Escape from Marriage" juga popular di China. Lebih daripada satu juta peminat di Sina Weibo berbicara tentang The Love of Mr. Arrogant.

Di China, iReader adalah salah satu dari aplikasi pembaca buku elektronik paling popular. Ia memiliki 500 ribu hakcipta digital dan 600 juta pengguna.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161018/0861610756

Source: iReader
Keywords: Computer/Electronics Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Survey, Polls & Research