omniture

Sidang Kemuncak Pelaburan Iran Kali Pertama, Singapura, 26 Oktober 2016

MillionaireAsia
2016-10-24 08:19 382

SINGAPURA, 24 Oktober 2016 /PRNewswire/ -- Buat pertama kali sejak sekatan ditarik balik, pelabur Singapura dan antarabangsa akan memperoleh akses istimewa terhadap projek-projek yang akan memberi pulangan dari Iran apabila negara itu membuka pintunya kepada pelaburan asing.

MillionaireAsia berbesar hati menganjurkan Sidang Kemuncak Pelaburan Iran pertama yang buat julung kalinya akan dianjurkan di Singapura pada 26 Oktober 2016 dengan kolaborasi bersama Basio Consultants & Services Ltd (Hong Kong). Kerajaan Republik Islam Iran juga telah meluluskan persidangan pelaburan bersejarah di Singapura ini. Dibantu oleh Yang Teramat Mulia Javad Ansari, Duta Iran ke Singapura, sebuah delegasi besar dari negara itu akan menuju ke Singapura, diketuai oleh Penceramah Utama Dr Valiollah Seif, Gabenor Central Bank, Republik Islam Iran. Ahli delekasi khas yang lain termasuklah Dr Ahmad Jamali, Ketua Pengarah, Pelaburan Asing, Labur dalam Republik Islam Iran, Sadegh Ghafouri, Pakar dalam Perhubungan Ekonomi Asing, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi & Organisasi Kewangan untuk Ekonomi Pelaburan & Bantuan Teknikal Republik Islam Iran (OIETAI), dan perusahaan swasta Iran.

Delegasi Iran akan mencari pelabur asing untuk rangkaian meluas, projek yang akan memberi pulangan, bermula dari taman tema dan pusat peranginan, pembangunan bandar dan taman sains & teknologi, marin, petrokimia, projek penerbangan, rawatan air kumbahan, taman aero angkasa, perkapalan kontena dan kilang industri. Saiz tawaran projek bermula daripada USD5 juta sehingga melebihi USD200 juta. Selain dari Singapura, pelabur dari Hong Kong, Malaysia dan Indonesia juga dijangka akan hadir ke acara itu. Teknologi akan menjadi subjek penting pada sidang kemuncak itu dengan syarikat teknologi kewangan dan sponsor utama, DasCoin menerajui kedudukan.

MillionaireAsia ingin mempelawa anda untuk menyertai kami di persidangan antarabangsa yang penting ini untuk menyambung hubungan dagangan antara Asia dan Republik Islam Iran.

Butiran Acara

Tarikh: 26 Oktober 2016 (Rabu) 
Masa: 9 pagi hingga 5 petang
Tempat: Singapura

Sila klik di sini untuk siaran media penuh. Untuk pendaftaran media dan lain-lain persoalan media, sila emel ke alamat: urvashi@millionaireasia.com atau hubungi +65 6838 5010 sebelum atau pada 24 Oktober 2016

Tiada Pihak Media yang akan dibenarkan masuk tanpa pra-pendaftaran.

MillionaireAsia
545 Orchard Road, #08-09/9A, Far East Shopping Centre, Singapura 238882
T: +65 6838 5332 | D: +65 6838 5010 | M: +65 8389 9644
W: www.millionaireasia.com

Source: MillionaireAsia
Keywords: Banking/Financial Service Trade show news