omniture

Geely Melancarkan LYNK & CO -- Satu Jenama Kereta Baharu Global

LYNK & CO
2016-10-24 08:50 391

GOTHENBURG, Sweden, 24 Oktober 2016 /PRNewswire/ --

Lynk & Co: Mencabar Kelaziman Industri Kereta  

  • LYNK & CO ialah jenama baharu dengan cita-cita untuk mencabar kelaziman industri kereta, memenuhi keperluan dan pilihan generasi baharu global yang terhubung
  • Satu jenama Geely Auto Group, direkabentuk dan dijuruterakan di Sweden
  • Setiap model akan menampilkan rangkaian enjin berkuasa elektrik
  • Kereta pertama dalam rangkaian ialah LYNK & CO 01 -- sebuah SUV yang gah dan sarat teknologi
  • Spesifikasi dan ciri premium penuh sebagai standard
  • Keterhubungan sambungan mudah alih sepenuhnya -- menjalankan usaha sama dengan Ericson, dan meneroka laluan unik pasaran dengan Alibaba dan Microsoft
  • Kereta yang paling terhubung setakat ini, dibina dengan API terbuka dan mempelawa idea kreatif pembangun untuk memperkayakan pengalaman automotif
  • Mencipta cara baharu untuk memiliki dan menggunakan kereta, dengan fungsi perkongsian dan penyelesaian pemilikan terbina-dalam
  • Menggantikan 'tahap trim' tradisional dengan seleksi biasa koleksi harga-tetap yang lengkap sepenuhnya, memperoleh inspirasi daripada sektor fesyen dan teknologi
  • Menawarkan sebuah laluan baharu untuk pasaran, dengan interaksi secara langsung di antara pengilang dan pengguna, perkhidmatan yang disesuaikan dan pemilikan mudah pada harga paling kompetitif
  • Berdasarkan Senibina Modular Kompak (CMA), dikongsi dengan Volvo
  • Dijual di serata dunia, mulai 2017 di China, diikuti oleh Eropah dan U.S.

Industri kami telah memperhalusi rekaan dan kejuruteraan dengan jayanya selama berdekad lama – tetapi tidak begitu tertumpu pada model pengedaran dan pemilikan. Nilai dan kehendak pelanggan kami telah berubah secara dramatik. Inilah masanya untuk kami melangkah ke masa hadapan dan mereka semula model yang menjadi penyelesaian komprehensif bagi mobiliti dan gaya hidup.

Inilah LYNK & CO – memperkenalkan satu rangkaian kereta premium yang canggih -- pada harga paling berpatutan, mencabar dan merekabentuk semula setiap hubungan dalam rangkaian itu. Sasaran kami adalah untuk memperkaya dan memudahkan pemilikan kenderaan dengan memperhalusi semula bagaimana ia dibeli, dimiliki, dihubungkan, diselenggara dan digunakan.   

Alain Visser, Naib Presiden Kanan LYNK & CO  

LYNK & CO 01 akan dituruti dengan model 02, 03 dan seterusnya sebagai satu rangkaian penuh -- melambangkan idea jenama itu untuk mempermudahkan dan mencabar kelaziman industri, termasuk nama model kereta.

Rekabentuknya mudah: kereta itu perlu menyerlah di khalayak ramai dan menarik khalayak global. Memperakui bahawa pengguna kami sangat celik teknologi -- rekabentuk dalaman kami mencerminkan ciri ini dan tampil relevan dalam konteks teknologi baharu.    

Andreas Nilsson, Ketua rekabentuk LYNK & CO

Kami telah membangunkan kereta canggih yang kukuh, ringan, efisyen, seronok untuk dipandu dan penuh berteknologi.  

Mats Fägerhag, Ketua Pegawai Eksekutif CEVT (China Euro Vehicle Technology) pusat R&D Geely/Volvo  

Latar Belakang LYNK & CO  

LYNK & CO ialah jenama kereta global baharu yang memenuhi keperluan dan pilihan generasi global terhubung dan mencabar kelaziman industri kereta. Produknya direka dan dibangunkan di Sweden dan akan dijual secara global, bermula dengan 01 di China pada 2017 diikuti oleh Eropah dan U.S.

LYNK & CO ialah sebuah jenama daripada Geely Auto Group, sebuah anak syarikat Zhejiang Geely Holding Group – pemilik Volvo Cars dan London Taxi Company. Geely Auto Group ialah salah satu daripada pengeluar kereta terbesar China.

Lawati kami di http://www.lynkco.com

Hubungi: +44-07391-015-151, media@lynkco.com

Video: https://www.youtube.com/watch?v=qydaNhBUOp8
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161019/431033 )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161019/431034 )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161019/431035 )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161019/431036 )

Source: LYNK & CO
Related Links:
Keywords: Auto Transportation New products/services