BEIJING, 24 Oktober 2016 /PRNewswire/ -- WCA mengadakan Kejohanan Pertandingan Dunia selama tujuh hari untuk CS:GO, dengan China, UK dan juga Rusia beradu tenaga di Beijing, dan berakhir pada hari Rabu. Sembilan pasukan terbaik dunia berhimpun bagi mengambil bahagian dalam pertandingan yang cukup sengit ini.
Antara tiga pasukan Britain, FMesports merupakan bintang yang semakin bersinar. Pasukan ini telah mengembara ke beberapa negara untuk bertanding, seperti Denmark, Belgium, Sepanyol, Jerman di Eropah dan juga Amerika Syarikat bagi menyertai Pertandingan Liga Utama. Dua lagi pasukan merupakan organisasi e-sukan baharu iaitu Endpoint dan CAZesports. Ketiga-tiga pasukan dari UK itu amat teruja kerana diundang untuk bertanding di Beijing bagi projek kali ini.
Pasukan Rusia terkenal dengan kekuatannya. 5 Frags, sebuah pasukan yang berpengalaman dan QB Fire, pasukan Eropah yang handal, sangat dijangka akan menang, manakala Quantum Bellator pula menunjukkan stamina yang hebat dan merupakan sebuah pasukan yang perlu diberi perhatian pada masa akan datang.
Berhadapan dengan cabaran daripada UK dan Rusia, tiga pasukan profesional dari China turut bertarung untuk menang. Pasukan ini ialah Tyloo, juara sebanyak 13 kali pada tahun 2016; VG.CyberZen, terdiri daripada anggota yang mempunyai latar belakang e-sukan yang berbeza; serta New4, sebuah pasukan agresif yang memiliki kekuatan hebat seperti serigala.
Pemain e-sukan dari tiga buah negara ini memperlihatkan prestasi luar biasa dalam perlawanan tersebut dan menyajikan sebuah acara yang cukup menarik buat para penonton.
Pertandingan tersebut berakhir dengan kemenangan salah satu pasukan Cina. Berbanding permainan e-sukan lain yang amat popular, CS:GO mempunyai bilangan pemain yang agak sederhana di China, namun ia telah menjadi satu komponen penting untuk e-sukan di seluruh dunia.
WCA sentiasa berpegang teguh pada idea untuk mengadakan pertandingan di peringkat antarabangsa; ia berusaha menyediakan pentas e-sukan bertaraf antarabangsa demi menggalakkan perkongsian dan kemajuan antara China dan negara-negara luar selain menerajui industri e-sukan Cina.