omniture

Abu Dhabi bakal Anjurkan Perhimpunan Speaker Parlimen Wanita Terbesar Dunia

Federal National Council
2016-10-25 03:30 469
  • 50 Speaker Parlimen wanita dari serata dunia bakal berhimpun di sidang kemuncak pertama seumpamanya bertemakan "Bersatu Membentuk Masa Depan"
  • Fokus terhadap peranan speaker wanita dari seluruh dunia dalam menggembleng usaha menangani cabaran masa kini dan masa depan

GENEVA, Switzerland,  25 Oktober 2016 /PRNewswire/ --

Sempena Perhimpunan dan Mesyuarat Berkaitan Kesatuan Antara Parlimen (IPU) kali ke-135 di Geneva hari ini, Majlis Kebangsaan Persekutuan UAE berserta IPU mengumumkan Sidang Kemuncak Speaker Parlimen Wanita Global, yang bakal berlangsung di Emirates Palace Hotel, Abu Dhabi pada 12-13 Disember 2016.

Photo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20161023/431532 

Perhimpunan unik yang terdiri daripada 50 Speaker Parlimen wanita ini akan diadakan menerusi tema "Bersatu Membentuk Masa Depan" dan akan memberi tumpuan untuk merangka cadangan tindakan yang boleh dilaksanakan sekitar isu-isu utama seperti ketidaksamaan jantina, perbezaan ekonomi dan sikap tidak bertoleransi. Menerusi siri perbincangan panel yang diketuai oleh para pemikir utama daripada sektor-sektor melibatkan kerajaan, akademik, sains, organisasi antarabangsa dan masyarakat sivil, Sidang Kemuncak ini akan merangka strategi bersepadu demi melaksanakan penyelesaian melalui kaedah perundangan.

Bercakap tentang agenda IPU untuk Sidang Kemuncak itu, Presiden IPU Saber Chowdhury berkata: "Kami berasa berbesar hati kerana para speaker wanita akan berhimpun tahun ini di U.A.E.  menerusi jemputan daripada Speaker Al Qubaisi, wanita pertama yang mempengerusikan FNC dan wanita pertama yang menjadi Speaker parlimen negara di dunia Arab. Bagi Sidang Kemuncak yang akan berlangsung di dunia Arab, saya amat berharap akan memperoleh bimbingan daripada mereka mengenai kaedah untuk menjaga keamanan dan keselamatan selain menggalakkan toleransi."

Berucap di Geneva bagi mengumumkan Sidang Kemuncak itu, Speaker Dr. Amal Al Qubaisi, berkata: "Sidang Kemuncak Speaker Parlimen Wanita Global ini ialah sebuah platform bagi membincangkan trend mega yang sedang merubah ekonomi dan masyarakat kita, membahaskan cabaran-cabaran besar serta peluang-peluang yang timbul, selain menentukan pelan tindakan yang terbaik. Sebagai pemimpin, kita perlu berfikir lebih hebat; kita harus berfikir dengan lebih baik; dan kita perlu berfikir lebih jauh ke hadapan. Menerusi Sidang Kemuncak ini, kami berhasrat untuk menyediakan asas penting bagi membolehkan kita mewujudkan visi yang berkekalan untuk masa depan yang bersifat inklusif, berpewakilan dan juga realistik."

Sidang Kemuncak itu, yang dianjurkan bersama oleh IPU dan Majlis Kebangsaan Persekutuan UAE,  akan melabuhkan tirai dengan Deklarasi Abu Dhabi, yang akan menggesa parlimen-parlimen di dunia bergabung tenaga demi menangani cabaran semasa dan juga cabaran pada masa depan.

Maklumat perhubungan media:
Nadine Mazraani
Edelman DABO
Nadine.mazraani@edelmandabo.com
+9710-50-7196775

Source: Federal National Council
Keywords: Banking/Financial Service Women-related news