omniture

Panggilan Terakhir: Sidang Kemuncak Pelaburan Iran Pertama, Singapura, 26 Oktober 2016

MillionaireAsia
2016-10-25 18:18 305

SINGAPURA, 25 Oktober 2016 /PRNewswire/ -- Ini merupakan panggilan terakhir berkaitan akreditasi media untuk menghadiri Sidang Kemuncak Pelaburan Iran Pertama yang bakal diadakan di Singapura pada 26 Oktober 2016.

Sertai pihak media lain dari dalam dan luar negara ketika mereka membuat liputan mengenai acara bersejarah ini, yang mana pihak pelabur Singapura dan antarabangsa akan berpeluang untuk mendapatkan akses istimewa terhadap projek-projek yang memberi pulangan daripada Iran buat pertama kali sejak sekatan antarabangsa terhadapnya ditarik balik.

Dianjurkan oleh MillionaireAsia dengan kerjasama Basio Consultants & Services Ltd (Hong Kong), Sidang Kemuncak Pelaburan Iran Pertama itu juga telah mendapat perakuan daripada Kerajaan Republik Islam Iran. Dibantu oleh T.Y.T. Javad Ansari, Duta Iran ke Singapura, sebuah delegasi besar dari negara itu akan menuju ke Singapura, yang diketuai oleh Penceramah Utama, T.Y.T  Dr Valiollah Seif, Gabenor Central Bank, Republik Islam Iran. Anggota-anggota lain daripada delegasi khas itu terdiri daripada Dr Ahmad Jamali, Ketua Pengarah, Pelaburan Asing, Labur dalam Republik Islam Iran, Sadegh Ghafouri, Pakar dalam Perhubungan Ekonomi Luar, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi & Organisasi Kewangan untuk Pelaburan Ekonomi & Bantuan Teknikal Republik Islam Iran (OIETAI) serta perusahaan swasta Iran.

Delegasi Iran itu akan mencari pelabur asing untuk rangkaian projek memberi pulangan yang luas, bermula daripada taman tema dan pusat peranginan, pembangunan bandar dan taman sains & teknologi, marin, petrokimia, projek penerbangan, rawatan air kumbahan, taman aeroangkasa, perkapalan kontena dan kilang industri. Saiz tawaran projek bermula daripada US$5 juta sehingga melebihi US$200 juta. Selain daripada Singapura, pelabur dari Hong Kong, Malaysia dan Indonesia juga dijangka akan hadir ke acara itu. Teknologi akan menjadi subjek penting pada sidang kemuncak itu dengan syarikat teknologi kewangan dan penaja utama, DasCoin menerajui kedudukan.

MillionaireAsia ingin mempelawa anda untuk menyertai kami di persidangan antarabangsa yang penting ini, bermatlamat untuk terus menyambung hubungan dagangan antara Asia dan Republik Islam Iran. Sila klik di sini bagi mendapatkan siaran akhbar penuh.

Butiran Acara 

Tarikh: 

26 Oktober 2016 (Rabu)

Masa: 

9 pagi hingga 5 petang

Tempat: 

Singapura

Sila ambil perhatian bahawa PANGGILAN TERAKHIR ini adalah untuk kesemua pendaftaran media. Semua kakitangan media perlu menghubungi Urvashi Raizada melalui urvashi@millionaireasia.com atau di talian +65-6838-5010 berkaitan akreditasi sebelum 7 pagi 26 Oktober 2016 agar dibenarkan masuk ke acara tersebut.

Tiada Pihak Media akan dibenarkan masuk tanpa membuat prapendaftaran.

Source: MillionaireAsia
Keywords: Banking/Financial Service Trade show news