Program kesetiaan terbaik menambah 17,000 pilihan penebusan baharu, akan menghubungkan hampir 120,000 portfolio hartanah Wyndham Worldwide menjelang akhir tahun 2018
PARSIPPANY, New Jersey, 26 Oktober 2016 /PRNewswire/ -- Menyedari keperluan tetamu yang melakukan pengembaraan berbeza dari satu tempat ke tempat lain, hari ini Wyndham Rewards mengumumkan rancangan untuk meluaskan program yang memenangi anugerah ini menerusi salah satu daripada syarikat perhotelan terbesar di dunia, Wyndham Worldwide, bermula dengan penambahan lebih 17,000 kondominium dan kediaman ke dalam portfolio program yang sedia hebat itu menerusi hampir 8,000 hotel dengan ganjaran penebusan.
Alami Hebahan Berita Multimedia yang interaktif di sini: https://www.multivu.com/players/English/7961951-wyndham-rewards-loyalty-program-expansion
Rancangan ini merupakan yang pertama dalam industri dari segi skala dan kesan global. Melalui lebih 120,000 hartanah yang berada di 100 buah negara merangkumi hotel, pemilikan percutian dan sewa percutian yang diurus secara profesional, Wyndham Worldwide menawarkan pengembara dengan sesuatu yang tidak mampu ditawarkan oleh mana-mana penyedia lain: peluang untuk menikmati percutian seperti mana yang mereka inginkan tanpa mengira lokasi atau jenis penginapan. Kini, ahli-ahli Wyndham Rewards dapat menikmati pengalaman percutian yang tersendiri dan asli dengan hanya menginap di tempat penginapan peribadi, bermula dengan kotej batu yang terletak berhampiran Bordeaux & Toulouse di Perancis; kepada tempat percutian bercerun di Park City, Utah; serta rumah impian berseni bina di Palm Springs, California.
"Para pengunjung hotel telah sekian lama menerima ganjaran atas kesetiaan mereka, dan inilah masanya untuk para tetamu pemilikan percutian serta sewa percutian untuk turut menerima ganjaran," kata ketua program kesetiaan Wyndham Rewards, Noah Brodsky. "Kami sedang merubah industri dan kami akan melaksanakannya dengan skala yang tiada tandingan. Wyndham Worldwide bukanlah seperti mana-mana syarikat perhotelan lain di dunia, dan melalui perkembangan ini, kami dapat melengkapi portfolio hotel kami dengan menyediakan akses untuk ahli-ahli kami kepada beberapa hartanah pemilikan percutian dan sewa percutian yang paling beraspirasi."
Mulai hari ini, ahli-ahli Wyndham Rewards boleh memilih daripada senarai 25,000 hotel, kondominium dan kediaman di serata dunia bagi menebus mata hasil titik peluh mereka untuk mendapatkan ganjaran penginapan bermalam secara percuma dengan mengunjungi www.WyndhamRewards.com/Redeem. Penginapan bermalam percuma di mana-mana hotel Wyndham Rewards boleh ditebus dengan hanya 15,000 mata, manakala peluang bermalam percuma daripada 17,000 pilihan baharu dalam portfolio itu boleh ditebus dengan hanya 15,000 mata bagi setiap bilik tidur, untuk satu malam.
Brodsky menambah, "Ini merupakan satu perubahan yang amat penting dan bakal menentukan industri untuk Wyndham Rewards. Kami sedia maklum bahawa ahli-ahli kami menginap lebih lama dan turut berbelanja lebih berbanding yang lain. Kini, dengan lebih banyak pilihan tebusan berbanding gabungan lima pesaing terbesar kami, kami menyediakan dunia pengalaman serba baharu buat ahli-ahli kami, bagi memberikan mereka kemudahan untuk mengembara di mana-mana sahaja dan seperti mana yang mereka inginkan mengikut keperluan masing-masing. Ini semua adalah untuk menyerlahkan potensi sebenar Wyndham Rewards, di samping menyediakan nilai yang tiada tandingan buat ahli-ahli, para pemilik dan rakan-rakan kerjasama kami."
Sepanjang dua tahun akan datang, Wyndham Rewards akan terus menambah hartanah lain daripada portfolio Wyndham Worldwide, selain turut menyediakan kemudahan untuk setiap ahli bagi mendapatkan mata menerusi penginapan di kondominium mahupun kediaman. Kemudahan mendapatkan mata mengikut penginapan ini bakal disediakan seawal musim panas tahun 2017 untuk 17,000 kondominium dan kediaman terawal manakala pilihan baharu akan ditambah sebaik sahaja hartanah baharu beroperasi. Program ini menjangkakan penyepaduan daripada kebanyakan hotel, pemilikan percutian dan sewa percutian dalam portfolio Wyndham Worldwide menjelang akhir tahun 2018.
Latar Belakang Wyndham Worldwide
Wyndham Worldwide (NYSE: WYN) ialah salah sebuah syarikat perhotelan terbesar di dunia, yang menyediakan para pengembara dengan akses terhadap himpunan jenama hospitaliti yang dipercayai merangkumi hotel, pemilikan percutian, dan penginapan unik, termasuk pertukaran percutian, taman percutian dan sewa rumah yang diuruskan. Dengan himpunan inventori yang terdiri daripada lebih 120,000 lokasi menginap di 100 buah negara dalam enam buah benua, Wyndham Worldwide serta 38,000 rakan sekutunya mengalu-alukan orang ramai untuk menikmati pengembaraan seperti mana yang mereka inginkan. Ini dapat diperhebat bersama Wyndham Rewards®, iaitu program kesetiaan tetamu yang diperbaharui oleh Syarikat dalam seluruh segmen perniagaannya, yang memudahkan setiap ahli untuk memperoleh lebih ganjaran dan juga dapat menebus mata dengan lebih pantas. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.wyndhamworldwide.com.