omniture

Penyelesaian Teknologi Kewangan Swissquote Memudahkan Peluang Pilihan Raya Presiden AS Masa Sebenar

Swissquote
2016-10-27 01:12 535

GLAND dan ZURICH, Switzerland, 27 Oktober 2016 /PRNewswire/ --

  • Peluang pelaburan untuk hasil senario pilihan raya berbeza dalam pasaran kewangan
  • Penyelesaian pengundian kepintaran buatan baharu, dibangunkan bersama École polytechnique fédérale de Lausanne, penyedia maklumat pengundian web masa sebenar bagi setiap calon  
  • Sekumpulan pertukaran asing pilihan raya AS akan membolehkan pengguna memanfaatkan kesan daripada hasil pilihan raya terhadap kadar pertukaran 

Swissquote Bank AG, bank dalam talian yang terkemuka di Switzerland, mengumumkan peluang pelaburan yang baru diwujudkan berasaskan senario berbeza berkaitan kesan terhadap pilihan raya AS dalam pasaran kewangan.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:

http://www.multivu.com/players/uk/7963551-swissquote-fintech-us-presidential-election/

Pelabur yang ingin mengambil kesempatan terhadap pilihan raya itu akan mendapati keputusan pelaburan mereka didorong oleh instrumen analisis ramalan baharu, yang dibangunkan oleh Swissquote dengan kerjasama École polytechnique fédérale de Lausanne (EPFL). Berasaskan algoritma kepintaran buatan, keputusan undian akan tersedia kepada umum menerusi halaman khas Swissquote: http://www.swissquote.com/us-election.

Mata wang dan kadar pertukaran mereka merupakan aset kewangan paling sensitif terhadap pilihan raya AS, yang sering kali bertindak balas pada masa sebenar terhadap satu kenyataan yang dibuat oleh calon. Pertukaran Asing (Forex) Pilihan Raya AS Hillary dan Donald terdiri daripada saham mata wang berbeza yang semakin berkait rapat dengan keputusan Undian, iaitu Peso Baharu Mexico, Dolar Kanada, Yuan Cina dan Yen Jepun.

 "Pungutan suara bagi pendapat dalam web pada masa sebenar ini berpotensi menjadi faktor penting terhadap keputusan pelaburan, sama ada melibatkan hasil pilihan raya presiden atau mana-mana pelaburan lain kesan daripada perubahan sentimen orang awam," kata Swissquote Ketua Pegawai Eksekutif Marc Bürki. "Dengan menjadikan metrik unik ini tersedia kepada umum, ini menunjukkan Swissquote terus memimpin usaha untuk menggabungkan antara strategi pelaburan tradisional dengan teknologi kewangan terkini."

Swissquote - Peneraju Switzerland untuk Perbankan Dalam Talian

Sebagai penyedia utama perkhidmatan kewangan dalam talian, Swissquote menawarkan penyelesaian inovatif dan instrumen analisis bagi memenuhi pelbagai kehendak dan juga keperluan pelanggan mereka. Selain khidmat dagangan dalam talian yang pelbagai, platform mesra pengguna ini turut menyediakan penyelesaian untuk eForex, ePerbankan Persendirian, eGadai Janji serta akaun simpanan yang fleksibel. Selain perkhidmatan berkos rendah untuk pelanggan persendirian, Swissquote turut menawarkan khidmat khusus unutk pengurus aset bebas dan juga pelanggan korporat. Swissquote Bank Ltd memegang lesen perbankan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa penyeliaan Lembaga Penyeliaan Pasaran Kewangan Persekutuan Switzerland (FINMA) dan merupakan ahli Persatuan Pengurus Bank Switzerland. Syarikat induknya, Swissquote Group Holding Ltd, tersenarai dalam Bursa Swiss SIX (simbol: SQN).

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161025/432182 )
Video: http://www.multivu.com/players/uk/7963551-swissquote-fintech-us-presidential-election/

Source: Swissquote
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics New products/services